Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 17 Ogos 2011

Anggota sindiket curi kereta ‘Black Water’ diikat jamin RM1.96 juta

Anggota sindiket curi kereta ‘Black Water’ diikat jamin RM1.96 juta
MAHKAMAH Sesyen Klang, Selasa mencatat sejarah perundangan apabila membenarkan empat lelaki yang terbabit dalam sindiket curi kereta terbesar di Lembah Klang, ‘Black Water’ diikat jamin RM1.96 juta setiap seorang setelah masing-masing didakwa atas 196 pertuduhan.

Keempat-empat mereka masing- masing didakwa dengan 98 pertuduhan menerima harta curi iaitu 98 buah kereta mewah dan 98 pertuduhan lagi atas perbuatan menolong menyembunyikan kesemua kereta tersebut.

Mereka yang dituduh Wong Ooi Kay, 34, Sim Cee Wei, 39, Lau Kuan Zui, 39, dan Tan Ching Swee, 40, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin kepada mereka di dua Mahkamah Sesyen Klang.

Ooi Kay dan Cee Wei menghadapi tuduhan di hadapan Hakim Siti Nor Sharida Awang manakala Kuan Zui dan Ching Swee didakwa di hadapan Hakim Siti Nuraida Sulaiman.

Bagi setiap tertuduh, 190 pertuduhan didakwa dilakukan di No. 1, Lot 8638, Kampung Black Water off Jalan Banting-Klang pada pukul 5 petang, 29 Jun lalu manakala enam pertuduhan lagi didakwa dilakukan di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi pada pukul 6 petang, hari yang sama.

Kesemua 98 kenderaan yang dicuri ialah 59 buah Honda City, Toyota Hilux (22), Honda CRV (7), Toyota Rush (6), Honda Civic (2) serta masing-masing sebuah Honda Accord dan Toyota Fortuner.

Kesalahan menerima harta curi didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan manakala kesalahan menolong menyembunyikan kesemua kereta tersebut didakwa di bawah Seksyen 414 kanun yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohd. Yusoff yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan oleh kesemua tertuduh adalah serius serta melibatkan jenayah terancang.

‘‘Kes ini melibatkan sindiket besar dengan modus operandi menerima dan menyembunyikan 98 kereta mewah jenis Honda dan Toyota yang dicuri selain ia merupakan satu perbuatan jenayah merentasi sempadan,’’ katanya.

Beliau turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar dan Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Kedua-dua hakim terbabit membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhannya RM1.96 juta setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes terhadap Ooi Kay dan Cee Wei ditetapkan pada 15 September ini manakala kes terhadap Kuan Zui dan Ching Swee akan disebut semula pada 12 Oktober depan.

Pada 29 Jun lalu, polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 98 buah kenderaan curi bernilai RM8 juta ke Kepulauan Cyprus selepas menahan empat anggota sindiket curi kereta dalam serbuan ‘Ops Lejang Mewah’ terbesar di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting, Klang.

Gudang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama itu disewa oleh sindiket dikenali sebagai ‘Black Water’ itu yang sebelum ini dikesan menyeludup 456 kereta bernilai RM49 juta yang dicuri di negara ini sejak tahun lalu ke Hong Kong, Thailand dan Dubai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, modus operandi mereka adalah mendapatkan kenderaan- kenderaan curi daripada orang tengah dan mengumpulkan kenderaan itu dalam gudang sebelum diseludup ke luar negara.
- Laporan: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tahniah SM ucapkan kepada pihak berkuasa polis yang berjaya mengesan, menagkap dan menuduh di mahkamah penjenayah curi kereta terancang yang mengaut kekayaan melalui kegiatan menyeludup keluar kereta-kereta curi berkenaan.

Beginilah caranya kaum ini mengaut kekayaan di negara ini. Hasil kekayaan sebeginilah yang menjadikan kaum mereka menguasai ekonomi negara sejak dulu lagi. Dengan wang yang banyak itulah mereka menuasai hartanah dan lain-lain perniagaan utama.
SM yakin di belakang mereka ada jerung yang lebih besar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog