Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 20 Ogos 2011

Adakah menyerapkan ajaran Kristian kepada kanak-kanak Islam di kelas tuition itu juga mainan Umno?

"Kesian! Tuhan cikgu mati kena paku...."
BELUMPUN sempat isu ‘memurtadkan’ umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) selesai, timbul pulak cerita baru mengenai usaha halus mengkristiankan umat Islam kepada anak-anak orang Melayu di sebuah kelas tuition percuma di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Apa yang dipaparkan media massa bukannya satu konspirasi politik Umno, tetapi benar-benar berlaku tanpa disedari oleh ibu bapa kanak-kanak terlibat.

Daripada paparan siaran berita TV3, jelas membuktikan bahawa memang tardapat gerakan halus dan tersembunyi dilakukan oleh seorang guru khas di kelas tuition berkenaan. Ianya diceritakan oleh kanak-kanak Melayu terbabit dengan lancar tanpa skrip.

Takkanlah kanak-kanak sekecil itu pandai berbohong atau menjawab pertanyaan mengikut skrip yang telah disediakan Umno?

Sekarang apa pula komen dan ulasan pemimpin-pemimpin Pas yang dalam isu mertad di GMDU menuduh ianya dirancangatur oleh Umno?

Adakah mereka akan kata mengajarkan ajaran Kristian kepada kanak-kanak Melayu Islam itu juga gara-gara mainan politik Umno?

Mana komen Nik Aziz, Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mat Sabu atau sesiapa sahaja pemimpin Pas yang telah tercucuk hidungnya oleh DAP dan Anwar Ibrahim?

Yang pasti semua ini adalah petunjuk daripada Allah swt terhadap parti jenama Islam bernama Pas yang selama ini memperalatkan agama suci Islam untuk tujuan politik, tapi akhirnya mencampakkan slogan Islam kerana tunduk dengan kehendak chauvanis cina DAP.

Tak tahulah apa lagi bukti yang Allah swt akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khasnya umat Islam yang taksub dengan Pas dan kelentong ‘raja peliwat’ yang terkial-kial mencari helah untuk mengelak daripada membela diri Isnin ini.

Sesungguhnya gerakan mengristiankan umat Islam di negara ini sedang bergerak cergas dan begitu berani sekali setelah mereka mendapat sokongan puak Melayu Pas dan PKR yang berketuakan seorang insan yang tercemar teruk moralnya.

Dulu puak imigran yang bercita-cita merampas negara ini dari tangan orang Melayu tidak berani melakukannya, tetapi setelah yakin dengan sokongan padu orang Melayu daripada Pas dan Anwar Ibrahim, maka semakin hebatlah gerakan mereka.

Setelah kaum Melayu berjaya dipecah-pecahkan kepada tiga golongan, tindakan mereka seterusnya ialah menghapuskan akidah umat Islam di bumi Malaysia.

Kalau di GMDU melibatkan orang dewasa, dikelas-kelas tuition yang dibiayai gerakan Kristian menanamkan secara halus ajaran Kristian kepada kanak-kanak sekolah.

Tidak diketahui berapa banyak usaha seperti itu sedang berkembang-biak di negara bertuah ini tanpa disedari oleh umat Islam dan orang Melayu.

Sebabnya? Kerana Melayu sama Melayu asyik bercakaran dan berpecah-belah kerana fahaman politik, puak imigran mengambil kesempatan melumpuh dan melamahkan orang Melayu dan menghancurkan ajaran Islam.

Melayu akan ranap akhirnya setelah agama Islam berjaya dilumpuhkan secara perlahan-lahan.... Apa yang telah berlaku di negara jiran serumpun kita, cuba diterapkan pula di negara kita ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog