HIASAN: Kisah perkahwinan Gay di Argentina yang dibantah geraja Khatolik.... |
Beberapa pemimpin ajaran Kristian di negara ini berkata, amalan tersebut seharusnya ditentang dan dibanteras agar tidak menjadi satu budaya yang menjatuhkan imej agama dan negara.
Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Pais berkata, amalan homoseksual sebenarnya telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh Jesus.
"Sejak dahulu lagi agama Kristian tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis. Berkahwin sesama lelaki adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan budaya ini tidak sepatutnya dibawa ke Malaysia.
"Jika budaya import itu dibawa ke mari, nescaya ia akan menyebabkan kemusnahan terhadap nilai-nilai murni yang telah dibentuk sekian lama," katanya kepada Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur, Sabtu.
Beliau mengulas cadangan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini dan sekali gus menimbulkan banyak penentangan daripada pelbagai pihak.
Sementara itu, Paderi Gereja Anglican St. Margaret Keningau, Sabah yang hanya mahu dikenali sebagai Jeffry berkata, gejala tersebut harus dihalang daripada berlaku kerana ia bakal memberi implikasi yang buruk terhadap imej dan masa depan negara ini.
Pastor Ou Yang Wen Feng |
"Justeru, saya mengajak semua penganut Kristian yang prihatin untuk bersama-sama menentang serta-merta segala unsur yang bertentangan dengan kesucian agama seperti ini," ujarnya.
Dalam pada itu, paderi dari sebuah Gereja Methodist, juga di Sabah, yang mahu dikenali sebagai David berkata, Kristian sebagai agama yang mementingkan martabat sememangnya mengutuk gejala homoseksual kerana ia mencalar imej agama terbesar di dunia itu.
"Penganut Kristian perlu sensitif dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan yang besar terhadap keharmonian yang dikecapi oleh negara ketika ini," katanya lagi.
- Berita: UtusanOnline
SATU MELAYU:
Pastor Ou Yang Wen Feng yang berhasrat mengawini kekasih gaynya bukan mengikut ajaran agama yang dianutnya – Kristian, tetapi ingin menyokong Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan tuduhn liwat di mahkamah.
Semua ini dilakukan kerana kepentingan politik Anwar yang sangat disokong oleh puak tetentu teruamanya dari kaum imigran yang bercita-cita merampas negara ini dari tangan orang Melayu/Islam sebagaimana yang dilakukan di negara pulau seberang tambak.
Nak kawin, kawinlah, apa perlu diuar-uarkan kalau tidak ada maksud lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan