Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 18 Ogos 2011

‘Insya-Allah, kebenaran akan bangkit’ - Saiful


Mohd. Saiful Bukhari bersama bapanya, Azlan Mohd. Lazim ketika mengimbau kembali sumpah laknat yang dilakukannya tiga tahun lepas.
TIGA tahun lalu, iaitu pada 15 Ogos 2008, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu peristiwa besar apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat mendakwa beliau diliwat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Peristiwa itu membawa tuduhan liwat oleh Mohd. Saiful Bukhari kepada satu episod baru apatah lagi cabarannya supaya Anwar membuat sumpah yang sama tidak disahut sehingga kini.

Semalam (Selasa 16 Ogos), Mohd. Saiful Bukhari menggagahkan diri sekali lagi mengunjungi Masjid Wilayah Persekutuan yang banyak merubah nasib dirinya selepas peristiwa tersebut.

Ditemani ayah, Azlan Mohd. Lazim yang menjadi simbol kekuatannya, Mohd. Saiful Azlan mengakui dia berasa terharu dan tersentuh untuk kembali ke masjid itu apatah lagi peristiwa yang penuh bersejarah tersebut masih lagi segar dalam ingatan.

“Pelbagai kisah berlaku sebelum, sewaktu dan selepas tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada antaranya diketahui umum dan ada juga yang tidak pernah saya kongsi dengan orang lain,” katanya.

Mengimbau bagaimana dia tergerak untuk membuat sumpah tersebut, Mohd. Saiful Bukhari berkata, walaupun dia dengan rela hati melakukannya, namun tindakan itu tercetus daripada saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas berbincang dengan keluarga dan beberapa tokoh agama, katanya, dia mempelawa Anwar untuk bermuhabalah pada 7 Julai 2008, namun tiada sebarang tindakan diambil Anwar.

“Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan Anwar. Namun, setelah dipelawa dan sering berdolak-dalik untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat,’’ katanya.

Mohd. Saiful Azlan menambah, selepas melafazkan sumpah tersebut, beliau telah difitnah dengan pelbagai tuduhan antaranya dikatakan sakit tenat dan terpaksa membuang air besar menggunakan tiub.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan tersebut ternyata tidak benar dan pihak yang memfitnahnya sudah memohon maaf selepas dua tahun.

Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat kekuatan dalam menempuh hari-hari selepas mengangkat sumpah itu, Mohd. Saiful Bukhari berkata, dia tidak pernah putus memohon bantuan daripada Allah SWT.

“Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan. Namun, saya bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan daripada Allah yang saya terima,” katanya.

Berkenaan dengan prosiding mahkamah pula, Mohd. Saiful Bukhari berkata, dia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan negara meskipun prosiding kes liwat berjalan agak perlahan atas sebab tertentu.

Ketika ini, katanya, dia bersyukur kerana telah memberi keterangan dan kes di pihak pendakwaan telah pun selesai sebelum memasuki peringkat pembelaan.

“Lebih pada itu saya reda dan berserah pada Allah,” katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun tempoh tiga tahun itu terasa begitu lama dan mencabar, namun dia bertuah kerana ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa berdoa dan membelanya dengan ikhlas.

Dia juga sangat terharu dengan perjuangan para blogger yang membelanya dengan penuh ikhlas tanpa sedikit pun mengharapkan balasan.

“Saya juga bersyukur kerana telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi serta berkesem-
patan mengiringi nenek mengerjakan ibadat haji hujung tahun lalu.

“Paling utama, saya bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya,” kata beliau.

Mengakhiri pertemuan hampir sejam itu, Mohd. Saiful Bukhari yang kelihatan sangat bersemangat dan tidak lekang dengan senyuman sempat menitipkan pesanan yang mahu dikongsi olehnya dengan semua pihak.

Katanya: “Insya-Allah, di bulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.”
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tidak ada sebaik-baik tempat untuk menyerahkan diri dan harapan selain daripada Allah swt.
SM dturut mendoakan agar Saiful ditunjukkan oleh Allah swt dengan kebenaran dan keadilan yang dinantikan itu. Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog