R. Matan (depan), N. Pathmanabhan (tengah) dan R. Kathavarayan |
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada hari Khamis diberitahu bahawa terdapat beberapa transaksi pada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama dua tertuduh, R. Matan dan R. Kathavarayan di sekitar kawasan Banting pada 30 Ogos tahun lalu.
Pengurus Besar Bahagian Bil, Celcom Axiata Bhd., Abdul Latif Mohamad berkata, kedua-duanya berkomunikasi antara satu sama lain selepas pukul 8.30 malam pada hari jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dibunuh di Ladang Gadong pada tarikh tersebut.
"Transaksi telefon bimbit itu menunjukkan terdapat komunikasi antara kedua-duanya menggunakan stesen pemancar Batu Laut di Banting," katanya semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor.
Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.
Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu
Semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Abdul Latif mengakui keterangannya itu semata-mata berdasarkan rekod transaksi yang tidak dicetak oleh beliau sendiri.
Saksi itu juga mengaku baru pertama kali melihat rekod transaksi bagi nombor yang didaftarkan atas nama Matan dan Kathavarayan dan diserahkan kepada pihak polis oleh Eksekutif Kanan Unit Perantara, Jabatan Siasatan dan Pencegahan Penipuan, Nor Azlina Ahmad.
Sementara itu, pakar bahagian teknikal dalam telekomunikasi dan teknologi Celcom, Haizal Hambali pula memberitahu transaksi telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Sosilawati, Ahmad Kamil dan Noorhisham berlaku di sekitar Banting selepas pukul 5 petang, 30 Ogos 2010.
Katanya, ia berdasarkan lokasi stesen pemancar yang tertulis di dalam rekod terperinci transaksi tersebut seperti Kanchung Laut, TM Banting, Telok Panglima Garang dan lain-lain lagi.
"Berdasarkan rekod transaksi yang menggunakan stesen pemancar Johan Setia, diikuti Jenjarom dan Banting, pengguna telefon bimbit 019-2266222 (Ahmad Kamil) bergerak dari Lebuhraya Kesas ke Banting.
"Sementara rekod transaksi nombor 019-2295153 (Sosilawati) menunjukkan pergerakan berlaku dari Telok Panglima Garang ke Banting antara pukul 4 sehingga 6 petang, 30 Ogos 2010," jelas beliau.
Seorang lagi saksi, Haslin Mohamad Baharudin yang merupakan Pengurus Teknikal Celcom pula mengesahkan nombor telefon bimbit 019-2266222 didaftarkan atas nama beliau.
Bagaimanapun jelas beliau, nombor tersebut diberikan kepada Ahmad Kamil dan ia digunakan oleh peguam itu pada Ogos 2010.
"Saya serahkan nombor itu atas dasar kepercayaan kepada rakan saya. Masa itu dia masih belajar. Nombor tersebut tidak dikenakan bayaran perkhidmatan," jelasnya.
- Laporan: UtusanOnline
1 ulasan:
kalau ikut hati, geram amat sgt & nak marah bila tengok keling2 ni dibela sedangkan terang2 mrk membunuh mangsa mrk tanpa belas kasihan. bukan melayu sj tp bangsa mrk sendiri mrk hapuskan semata2 krn tamakkan harta orang...peguam setan ni patut disula sj!! kalau dia terlepas krn kesilapan teknikal, harap2 adala yg tau apa yg patut dibuat supaya nyawa dibayar nyawa!!
harap undang2 menyebelahi mrk yg telah dianiayai!!
Catat Ulasan