Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 12 Jun 2011

Anwar punca kemelut politik

TIGA Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas itu diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok di sini bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, ceramah tersebut bermula agak lewat disebabkan hujan lebat sejak petang.

Ketiga-tiga mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ibrahim Ali berkata, Pas perlu mengkaji kembali hubungannya dengan Anwar memandangkan pemimpin itu mempunyai terlalu banyak tuduhan, termasuk yang terbaru berkaitan video seks.

Secara menyindir, beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mendakwa tidak menonton video itu tetapi mereka telah berani membuat 'fatwa' sendiri bagi mempertahankan Penasihat PKR itu.

Zulkifli pula yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, menyifatkan Anwar sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.

"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.

"Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat, ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah. Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain berkata, Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.

"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.

"Anwar memang luar biasa, kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa. Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Orang Melayu kini sepatutnya sedar bahawa Anwar Ibrahim kini tidak lagi bergantung harap kepada orang Melayu. Harapan terakhir Anwar untuk berjaya menduduki Putrajaya hanyalah melalui kaum Cina yang dimonopoli kuasa undinya oleh DAP.

Justeru, siapa sahaja rakan, sahabat dan pemimpin berbangsa Melayu yang cuba menegur strategi chauvanis Cina DAP itu, Anwar akan pecat kalau dia ahli PKR dan akan desak pemimpin Pas singkirkan kalau dianya ahli Pas.
Harapan Anwar kepada bangsanya sendiri dah hancur. Dia sedar apa yang dilakukannya selama ini, terutamanya dari segi pembohongan, kelentong dan auta selama dia berada dalam Umno dan kemudiannya dalam PKR telah disedari oleh umat Melayu. Mahu tak mahu, Anwar terpaksa memecat mereka yang berada dalam PKR demi menutup rasa malunya.

Keadaan menjadi bertambah teruk lagi apabila kes liwat II dan terbaru kes video seks yang didakwa membabitkan dirinya itu tidak mampu ditepis dan ditangkis secara sempura menikut adat dan budaya Melayu/Islam, itu bersumpah laknat menafikan dirinya terlibat.

Semua ini membuatkan Anwar semakin menjauhkan diri daripada rakan dan sahabat berbangsa Melayu. Keikhlasan dan kebenaran yang ditagih oleh sahabat dan rakan Melayunya membuatkan Anwar serba salah dan tidak mampu ditunaikan.

Yang tidak menyakitkan hati Anwar dalam isu moralnya ialah pemimpin dan ahli DAP yang sangat bijak memanipulasi emosi Anwar Ibrahim bagi maksud memperalatkan anak Pak Berahim itu untuk memecah-belahkan kesepakatan dan perpaduan Melayu/Islam.

Anwar Ibrahim benar-benar telah menjadi ‘musuh utama’ negara Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog