Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 13 Jun 2011

Anwar Pergunakan Bersih 2 Untuk Alih Tumpuan Kes Bicara Liwatnya

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim mempergunakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes yang sedang dihadapi.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin menyatakan bahawa demonstrasi jalanan yang dicadang itu mungkin berhubung kait dengan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

“Demonstrasi Bersih 2 mempunyai niat jahat dan mempunyai agenda lain, kita jangan lupa Anwar Ibrahim akan berhadapan dengan pembelaan, saya kenal Anwar Ibrahim , Anwar akan berhadapan dengan pembicaraannya 16 Julai.

“Masa itu dia kena bagi keterangan, dia kena justifikasi pembelaaan alibi (pembicaraan kes liwat membabitkan Anwar dengan Mohd Saiful Bahri) di situ kena beri (keterangan) yang di bawa ke mahkamah, DNA dan lain-lain, bersama seorang saksi orang yang paling dicintai (isterinya) Wan Azizah. Dia tidak konfiden Wan Azizah boleh berdiri dalam kandang saksi nanti,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurutnya, perancangan mengadakan demonstrasi jalanan itu adalah antara usahanya untuk alih tumpuan kerana Anwar berada dalam keadaan tertekan dan cuba mencari cara lain.

Demonstrasi jalan antara agenda tertentu untuk mengadakan himpunan, orang yang sudah terdesak, tersepit yang perlu mencari jalan keluar, dalam mengenali dia dan penglihatan saya sendiri, saya tahu dia ada agenda sendiri, mungkin Pas pun tidak tahu, dan saya cukup yakin Pas tidak tahu tindak tanduk Anwar,” katanya.

Zulkifli berkata, berdasarkan pada perhimpunan 1998 di Masjid Negara, sememangnya wujud provokasi untuk menimbulkan kekacauan.

“Ketika perhimpunan rakyat di masjid Negara pada 1998, sememangnya untuk mewujudkan kekacauan, memang ada arahan masa itu suruh buat kekecohan, pukul wartawan, bakar tempat tempat tertentu, saya antara orang yang terlibat.

“Tahun 2007, yang dikatakan himpunan bersih , kita dapati apa yang terjadi lepas itu, jadi inikah orang yang hendak sistem pilihan raya bersih, dalam keadaan parti dia sendiri buat pilihan raya tak bersih, yang lawan kena tendang, yang tegur kena terajang, dia sendiri jawatan yang tak ada dalam parti boleh jadi Ketua Umum,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membabitkan diri dalam demontrasi berkenaan kerana bukan sahaja akan menimbulkan pelbagai masalah tetapi akan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan.
-MediaUMNO.

SATU MELAYU:
Selagi Anwar masih terjebak dengan kes salahlaku moralnya yang berpanjangan dan terdedah pulak lepas satu, satu, selagi itu dia berada dalam keadaan gelabah.

Kepada Anwar, cara mudah untuknya menutup segala rahsianya yang telah dan akan terdedah ialah memastikan negara berada dalam huru-hara atau dharurat.

Inilah yang cuba dicetuskan oleh Anwar Ibrahim melalui konco-konconya yang bergantung hidup dengannya selama ini.

1 ulasan:

enalrahim berkata...

Salam Pak Sulung,
mohon pautkan
http://dtenggara.blogspot.com.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog