Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 2 Julai 2011

Pendedahan Gobala mengenai pengubahan wang haram oleh Anwar Ibrahim:

Anwar dicabar nafi dan saman Gobalakrishnan

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dicabar supaya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengenai dakwaan beliau terlibat dalam penggubahan dan pengaliran wang haram.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, jika Gobalakrishnan berbohong, maka Anwar diminta supaya menyaman bekas ahli PKR tersebut kerana ia merupakan suatu tuduhan yang berat.

"Di Parlimen semalam, Gobalakrishnan ada meminta supaya kerajaan memastikan imuniti terhadap saksi yang boleh membantu siasatan keterlibatan Anwar dalam penggubahan dan pengaliran wang haram dan ia satu tuduhan yang berat.

"Pertuduhan itu mencemarkan imej Anwar sebagai ketua pembangkang kerana beliau selama ini melaungkan konsep ketelusan dan rakyat perlu mengetahui perkara sebenar," katanya ketika dihubungi.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Gobalakrishnan menggelarkan Anwar sebagai 'raja' kepada segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram.

Semalam pula, Gobalakrishnan dalam satu sidang akhbar meminta supaya kerajaan menjanjikan imuniti ke atas beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti didakwa melibatkan Anwar itu.

Anuar menambah, Anwar tidak harus berdiam diri dalam hal itu kerana dakwaan tersebut melibatkan kepentingan negara serta kewibawaannya sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim pula memberitahu, dakwaan yang dibuat Gobalakrishnan itu pasti mempunyai asas kukuh kerana Anwar pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

"Jadi Anwar kena jawab segera bagi membersihkan dirinya daripada pertuduhan tersebut.

"Gobalakrishnan juga pernah bergelumang lama dengan Anwar ketika mereka bersama-sama dalam PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai itu baru sahaja meninggalkan parti keluarga berkenaan.

"Saya dengar juga mengenai perkara itu (keterlibatan Anwar dalam penggubahan wang haram) tetapi saya keluar meninggalkan PKR lebih awal daripada Gobala jadi dia lebih tahu," katanya sinis.

Kemukakan saksi – Gani

AHLI Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan diminta mengemukakan saksi yang boleh memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, soal ‘imuniti’ ke atas saksi itu tidak timbul kerana undang-undang sedia ada negara menyaksikan kewujudan Akta Perlindungan Saksi serta Akta Pemberi Maklumat dan ia terpakai bagi individu dimaksudkan oleh Gobalakrishnan.

“Jika benar Ahli Parlimen Padang Serai boleh berhubung dengan saksi-saksi itu, kemukakan sahaja kepada pihak berkuasa kerana kita ada undang-undang yang menjaga keselamatan setiap daripada kita di negara ini.

“Ia seperti Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat, jadi ia jelas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas kenyataan Gobalakrishnan di Parlimen semalam yang meminta kerajaan menjanjikan imuniti ke atas beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram didakwa melibatkan Anwar.

Kata Gobalakrishnan, imuniti itu diminta sendiri oleh ‘saksi’ tersebut bagi menambah keyakinan mereka dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan untuk tampil bagi mendedahkan kebenaran mengenai aktiviti bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, beliau juga mendakwa Anwar merupakan ‘raja’ kepada segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik sebuah syarikat perjudian.
- Utusan
SATU MELAYU:
Kepada juak-juak Melayu bangang yang menyokong Anwar, sila ambil perhatian bahawa semua pendedahan itu dilakukan oleh bekas kawan baik Anwar sendiri. Bukannya oleh pemimpin Umno, waima Tun Dr. Mahathir pun, sedangkan tuduhan Gobala terhadap Anwar itu berlaku di zaman Tun Dr. M jadi PM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog