KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat gagal memberi jawapan meyakinkan berhubung penyebaran video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip beliau, termasuk persoalan tentang kehilangan jam tangan Omega milik beliau.
Ketika dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live pagi Khamis, beliau sebaliknya banyak mempersalahkan UMNO, termasuk menuduh parti itu membeli beberapa rakan seperjuangannya untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam satu contoh, beliau seakan-akan cuba lari daripada menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang individu bernama Nik Abdul.
Soal Nik Abdul: ''Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengesahkan individu dalam video seks itu menyamai wajah anda? Apakah anda fikir ini adalah satu konspirasi juga?''
Anwar hanya menjawab: ''Ini adalah contoh tipikal tentang bagaimana kamu telah menjadi mangsa penipuan media UMNO. Pakar mana? Mengapa mereka tidak bersikap telus?.''
Menjawab soalan Zuzayati yang bertanyakan apakah benar Anwar merupakan individu dalam video seks tersebut, Anwar sekali lagi mengaitkan UMNO dalam menjawab persoalan tersebut.
Kata Anwar: ''Saya telah bersungguh-sungguh menafikan dan telah membuat laporan polis. Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya membiarkan politik pornografi berlaku. Dan mereka yang sering bercakap soal moral adalah hipokrit.''
Beliau kemudiannya terus bersikap dolak-dalik daripada menjawab isu tentang jam tangan Omega dan video seks berkenaan.
Menjawab soalan daripada seorang individu bernama Dr. MiM yang ingin tahu rasional beliau mengelak daripada menunjukkan jam tangan itu kepada umum, Anwar menjawab : ''Apa isunya? (What is the issue?).
''Pertama, Eskay (Datuk Shazryl Eskay Abdullah) mendakwa jam itu adalah pemberian seorang putera raja Arab Saudi. Kemudian menyatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004. Oleh itu, untuk apa saya menerangkan mengenai hal ini?,'' ujarnya.
Anwar kemudiannya mendakwa mengetahui beberapa suspek yang boleh dikaitkan dengan lelaki dalam video seks terbabit ketika menjawab soalan seorang lagi individu yang menggunakan nama samaran Om.
''Saya ada beberapa suspek; perutnya besar dan dadanya layut. Ha ha,'' jelas beliau.
Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah dalam proses menyaman Shazryl Eskay.
Selain menuding UMNO terlibat dalam isu video seks dan membeli beberapa bekas pemimpin PKR, Anwar juga mengambil kesempatan di ruang maya itu untuk terus menuduh parti berkenaan sebagai dalang di sebalik cubaan mengharamkan PKR.
Secara melulu, Anwar mudah melontarkan tuduhan itu dengan menjawab: ''Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.''
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
Apa lagi yang Anwar boleh kata atau jawab selain daripada menuduh pemimpin Umno sebagai dalang di sebalik semua pendedahan mengenai isu moral beliau yang berjembalang itu.
SM tertarik mengenai jawapan Anwar yang menyebutkan bahawa pihaknya sedang merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah untuk menyaman Datuk Eskay, iaitu bekas sahabat dan orang suruhan beliau dalam menguruskan urusan pemuasan nafsu seksnya setelah ketiadaan Nallakaruppan.
Apa perlunya Anwar merujuk pihak polis dan mahkamah syariah kalau nak saman Eskay? Saman sajalah.... kalau kamu berada di pihan yang benar?
Hakikatnya, pendedahan Trio Datuk T itu menyebabkan ‘sakit jiwa’ Anwar Ibrahim semakin parah setelah isu liwat II tidak ada tanda-tanda beliau dapat mengelak daripada berkelana di Sungai Buloh. Apa yang terhambur dari hati dan mulut busuknya semakin jelas membuktikan yang beliau tidak mampu menafikan dirinya adalah pelaku lelaki dalam video seks berkenaan.
Lagi lama kes ini berkentayangan, lagi meraban teben Anwar dibuatnya. Lagi banyak dia bercakap lagi banyak kelemahan dirinya terdedah. Dia ingat dia pandai.... dia sangka dia dah cukup bijak.... Inilah akibatnya apabila seseorang hamba Allah ‘ditimpa perasan’ dan lupa diri.
Anwar selama ini beranggapan dirinya sudah cukup lengkap, bijak, berwibawa dan dipercayai ramai. Dia sangka segala keupayaannya adalah hak milik dirinya. Dia tidak sedar bahawa pencipta dirinya dan diri terperinya itu adalah Yang Maha Esa. Yang menguasai sepenuh kehidupannya.
Dia tidak tahu bahawa Allah ciptakan Iblis untuk hamba-hambaNya membuat pilihan jalan lurus yang diredhaiNya. Jalan Allah atau jalan Iblis.... Nampaknya Anwar telah memilih jalan yang dipandu dan disemarakkan oleh Iblis.
Selagi Anwar tidak bertaubat nasuha dan kembali ke Jalan Allah, selagi itu dia akan terus jadi bahan kajian para ilmuan mengenai bagaimana penguasaan Iblis ke atas anak Adam sebagaimana yang diizinkan oleh Allah SWT....
Anwar Ibrahim telah sesat sesesat-sesatnya di sisi Allah SWT selagi dia tidak kembali ke jalan yang benar lagi lurus melalui taubat nasuha....
Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan