Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 3 Ogos 2011

DAP akan kuburkan PKR tapi PAS masih mampu talkinkan sahabatnya....

APABILA Singapura diandaikan sebagai Israel di Nusantara, maka anak kandung parti Lee Kuan Yew - DAP, adalah Israel atau Yahudi/Zionis dalam politik di Malaysia. Tidak siapa boleh menafikan bahawa tindak-tanduk DAP sama seperti Yahudi di Asia Barat, malah di dunia seluruhnya. Mereka mahu menguasai politik dan ekonomi. Mereka mahu merampas hak sesiapa sahaja yang lemah dan berjaya dilemahkan.

Tapi yang menjadikan kesialan ialah puak Melayu sesat tak faham sejarah, yang sanggup bersekongkol dengan DAP walaupun mereka tahu DAP itu anak kepada PAP, iaitu parti Lee Kuan Yew yang begitu berkuasa di negara pulau seberang tambak.

Sebagaimana diberitakan di Utusan Malaysia, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan 'tenggelam' dengan tindakan DAP untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa sama, mereka harus sedar bahawa kepentingan tiga gabungan parti itu sebenarnya diambil alih oleh DAP.

''Saya fikir, DAP harus disedarkan oleh Pas dan PKR yang mewakili kawasan Melayu bahawa DAP telah melangkaui batas-batas yang sepatutnya menjadi kawasan tanggungjawab kepada kedua parti itu.

''Justeru, saya minta Pas dan PKR sedar akan permainan yang sedang dibawa DAP ini," katanya.

Soalnya mampukah pemimpin PKR dan PAS menyuarakan seperti yang disuarakan oleh Ahmad Zahid itu walaupun mereka ada kesedaran? Anwar tersangat bergantung kepada DAP untuk sokongan kaum Cina, sementara dengan PAS ia mengharapkan sokongan kaum Melayu.

Puak inilah yang menjamin DAP berkuasa....
Bagaimanapun, PAS telah berjaya dikembiri politiknya oleh DAP melalui pujuk rayu Anwar yang menggunakan kuasa wangnya yang berbilion itu.

Kepada Anwar, kalau DAP menarik diri daripada pakatan, maka akan berkecailah harapannya untuk jadi PM seperti yang diangaukannya sejak tersingkir dari UMNO dan Kabinet di zaman Tun Dr. Matahir setelah belasan tahun ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ itu di kelentongnya.

Begitu juga dengan PAS. Kalau DAP cabut harapan wakil parti itu untuk jadi menteri dan timbalan perdana menteri akan hancur berkecai bagaikan kaca jatuh ke batu. Begitu juga dengan dendam kesumat PAS terhadap kaum sebangsanya UMNO yang mahu dilanyak sehancur-hancurnya melalui PRU-13 tidak akan berjaya.

Sama ada PAS atau PKR, kedua-duanya sangat bergantung harap kepada sokongan Cina DAP. Tanpa DAP apa yang pemimpin mereka impikan akan kantoi. Maka dengan sendirinya DAP, khasnya Lim dua beranak jadi ‘besar kepala’ dan mampu menuntut apa sahaja daripada PAS dan PKR/Anwar bagi menguat dan memantapkan strategi lama Lee Kuan Yew yang mahu menguasai Malaysia.

Pada PRU-13, DAP sudah tentu akan menggertak dengan meletakkan syarat sekiranya penyokong PAS dan PKR tidak menyokong calaon DAP, parti itu akan keluar pakatan. Maka calon DAP mungkin akan bertambah sementara calon PKR dan PAS belum tentu.

Ketika itu DAP mungkin akan bertambah kerusi yang dimenanginya kerana tambahan sokongan kaum Melayu PAS dan PKR, sementara sokongan Melayu terhadap PKR dan PAS akan merosot teruk.

Inilah contoh lebai bangang yang tak guna otak....
Pada ketika itulah PKR akan dikuburkan. PAS mungkin masih mampu membacakan talkin untuk sahabatnya itu kerana sokongan terhadap PAS dari negeri pantai timur masih belum berupaya digugat. Melayu di sana masih tak faham bayakl hal kerana mereka berada di dalam kepompong kaum mereka tanpa melihat jauh keluar.

DAP tetap yakin di kawasan-kawasan yang telah mereka menangi pada PRU 2008 akan berjaya dikekalkan melalui sokongan padu kaum Cina. Walaupun DS Najib melambakkan berbilion ringgit untuk menarik hati kaum Cina, SM yakin undi mereka tetap akan diberikan kepada DAP.

Sebabnya? Kerana DAP secara senyap telah menjanjikan kepada kaum Cina di negara ini bahawa jika mereka berjaya, negara ini akan bertukar menjadi seperti Singapura. Ketika itu hak istimewa orang Melayu dan Institusi Raja Melayu yang sangat tidak disenangi kaum itu akan terhapus secara perlahan-lahan.

Inilah modal kempen senyap DAP kepada kaum Cina yang sangat menyanjung tinggi Lee Kuan Yew dan Singapura yang telah secara tidak langsung berjaya dijadikan ‘Mini China’ atau ‘Mini Hong Kong’ atau ‘Mini Taiwan’ di Nusantara.

Fikir-fikirkanlah.... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis....
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog