Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 10 Oktober 2011

KESIAN! Masih ada yang tidak dapat habuan daripada Bajet 2012.... Tahniah Pembangkang?

BAJET 2012 yang dibentangkan DS Najib pada Jumaat lalu diketahui umum faedahnya merangkumi semua peringkat rakyat. Tak ada golongan yang tidak mendapat nikmat daripadanya. Semua dapat.

Bagaimanapun, setelah dibuat pembetulan setelah tidak menepati syarat, ada golongan yang tidak berpeluang menerima habuan.

Mereka yang dimaksudkan ialah 222 orang Ahli Parlimen. Sebabnya kerana ada bantahan daripada Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Salahudin Ayub dan Lim Guan Eng.

Sebagaimana disyaratkan DS Najib, kenaikan elaun MP akan dipertimbang untuk dinaikkan sekiranya semua MP bersetuju.

Justeru, bila ada bantahan, maka tak dapatlah mereka dinaikkan elaun.

Tak apalah, tak ramai pun, cuma 222 orang sahaja.

Kepada SM, perangkap DS Najib mengena. Pembangkang terkedu dan terpaksa bertindak membantah.... Baguslah. Semoga tidaklah ramai sangat yang berangan-angan nak jadi wakil rakyat.

Berita mengenainya seperti berikut:

Kerajaan Tarik Balik Cadangan Naikkan Elaun Anggota Parlimen - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun anggota parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak anggota parlimen lain daripada parti masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Anwar merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), sementara Azmin pula Timbalan Presiden PKR, manakala Lim adalah Setiausaha Agung DAP dan Salahuddin Naib Presiden PAS.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kerajaan akan menaikkan elaun anggota parlimen dengan peruntukan kira-kira RM30 juta, jika cadangan itu mendapat sokongan semua anggota parlimen termasuk pembangkang dan wakil bebas.

Mohamed Nazri berkata pembatalan kajian semula elaun itu turut melibatkan kenaikan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

"Cadangan ini bukan hendak mengayakan wakil rakyat kerana kita tahu gaji mereka digunakan untuk rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing. Wakil rakyat 'junior' juga hadapi masalah jalankan kerja mereka dengan gaji sekarang," katanya.

Beliau berkata gaji anggota parlimen di Malaysia ialah RM6,500 sebulan, iaitu paling rendah berbanding rakan sejawatan di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bagaimanapun katanya, pembangkang membantah cadangan itu sebelum kerajaan sempat menjelaskan perincian kenaikan berkenaan.

Mohamed Nazri berkata cadangan mengkaji elaun Anggota Parlimen itu akan dikemukakan pada Belanjawan 2013 jika terdapat sokongan daripada mereka.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata pembangkang membantah cadangan kenaikan elaun tersebut kerana tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat pada masa sekarang.

Beliau berkata adalah tidak wajar mengusulkan kenaikan itu pada ketika rakyat menghadapi kenaikan harga barang, tiada pelaksanaan gaji minimum RM1,100 dan pelbagai faktor yang menekan rakyat daripada segi ekonomi.

"Saya tidak katakan elaun anggota parlimen terlalu tinggi, tetapi kita perlu fikirkan perkara lain dahulu untuk rakyat seperti pendapatan rakyat dan harga barang ini," katanya.
--
BernamaOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog