Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 27 April 2011

“Saya tak ambil kisah apa kata Azmin, dia tertekan...”, Mustafa balas ‘serangan’....

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia"....
SELEPAS tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Anwar Ibrahim mahupun Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Bila batang sudah tumbang, kura-kura pun boleh memanjatnya”.

Demikian agaknya apa yang sedang berlaku dalam ‘Pakatan Haram Rakyat’ kini. Selain kekecewaan kerana tak dapat walau pun satu kerusi pada PRN Sarawak baru-baru ini, Pas mula merasakan bahawa betapa tidak relevennya parti jenama Islam itu berada dalam pakatan.

Anwar dgn 'ayam tambatannya' dalam Pas
‘Musibah’ yang bertimpa-timpa ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim kini sangat membebankan Pas selaku sekutu dalam pakatan. Dan sokongan pemimpin Pas membela apa jua isu yang menimpa Ketua Pembangkang itu sejak bersekongkol, mencetuskan ‘pergolakan dalaman’ yang membakar bagaikan ‘api dalam sekam’.

Selain itu, sebagai seorang Setiausaha Agung yang sudah tentu sangat rapat dengan Presiden – Abdul Hadi Awang, Mustaffa tentulah tahu dan menyedari bagaimana puak erdogan pro-Anwar menjadi duri dalam daging pada Pas menjelang Muktamar pada Mei nanti yang menyaksikan kepimpinan anak Terengganu mahu disepak keluar.

Hakikatnya, serangan Azmin tergadap Mustaffa kerana perkara kecil seperti itu, adalah isyarat daripada PKR kepada ‘kumpulan erdogan’ dalam Pas supaya memastikan Abdul Hadi dan kumpulannya mesti disingkirkan daripada kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu itu melalui muktamaar Mei nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog