Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Mei 2011

Phobia Dengan Utusan: Pemimpin Pakatan ‘pendek akal’....

PARA pemimpin pembangkang dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas disifatkan ‘pendek akal’ dan fobia dengan laporan Utusan Malaysia apabila bertindak 'menghentam' akhbar itu secara berterusan sejak sekian lama.

Terbaru, para pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut dilihat menyalahkan akhbar itu dengan sewenang-wenang ekoran laporan yang mempersoalkan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menukarkan Kristian sebagai agama Persekutuan bagi menggantikan Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
 Menurut portal berita Selangordaily, tindakan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan mereka fobia terhadap akhbar berkenaan serta 'pendek akal'.

"Bagi mereka (pemimpin pembangkang), Utusan Malaysia adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Apa sahaja isu yang timbul tidak kira daripada mana puncanya, maka mereka akan putar belit untuk menyalahkan Utusan. Pada mereka Utusan harus dihentam habis-habisan sekarang kerana tidak mahu ia menjadi penghalang kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum akan datang," kata laporan itu.

Portal tersebut menjelaskan, berita Utusan Malaysia mengenai isu itu hanyalah bersifat persoalan yang memetik laporan daripada dua blog iaitu 'BigDog' dan 'Marahku' mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Utusan Malaysia juga bersikap adil dengan menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengenai perkara tersebut pada peringkat awal berita itu.

"Sepatutnya Utusan Malaysia dipuji kerana bertindak adil melaporkan berita dari kedua-dua belah pihak.

"Jika benar Utusan hendak menimbulkan perasaan benci orang Islam kepada orang Kristian atau hendak meniupkan sentimen keagamaan, mereka tidak perlu menyiarkan apa yang dikatakan oleh Jeff Ooi dan tidak perlu untuk meletakkan tanda soal pada tajuk itu," kata portal tersebut.

Untuk rekod, tajuk berita yang disiarkan muka depan akhbar ini semalam ialah "Kristian agama rasmi?"
- Utusan

SATU MELAYU:
Paparan inipun menakutkan mereka....
Orang yang sedang dalam ketakutan yang amat sangat sering menyangkakan bayang-bayangnya sendiri sebagai hantu yang mahu mengacaunya.

Kisah ‘menyangak’ DAP di Selangor dan isu bertimpa pemimpin utama PKR yang semakin memudarkan carta sokongan rakyat terhadap pembangkang membuatkan mereka berada dalam keadaan takut yang amat sangat.

Kalau ikutkan sejarah, peranan Utusan memanglah sangat ditakuti oleh mana-mana puak pembangkang atau kumpulan yang mahu merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Begitu di zaman penjajah British dan begitu jugalah ketika Lee Kuan Yew mahu menguasai negara ini ketika Singapura berada dalam Malaysia dulu.

Laporan dan berita dalam Utusan bagaikan hantu dan jembalang buat mereka.

Apa nak diharapkan kecerdikan akal mereka apabila mereka berada dalam keadaan takut yang amat sangat?

Kerana takut, mereka tak faham apa maksud tanda soal (?) pada tajuk berita. Mereka juga bangang dari segi memahami maksud ‘petikan berita’ atau ‘sumber berita’. Yang mereka tahu Utusan menyekat pengaruh mereka untuk membodohkan mana-mana rakyat yang memang telah jadi bodoh kerana terpengaruh dengan kempen mereka.

Pemimpin pembangkang seharusnya diajar bagaimana memahami berita yang tersiar di akhbar. Terlalu banyak hal yang mereka tidak faham mengenai dunia pemberitaan atau kewartawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog