Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya Sarawak. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

PRN SARAWAK: SNAP dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu?

PARTI Kebangsaan Sarawak (SNAP) hari ini mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus miliknya dengan alasan calon Bebas, George Lagong yang menang di kawasan itu adalah ahlinya.

Presiden SNAP, Edwin Dundang turut mendakwa George telah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dan berjuang bersama parti pembangkang itu.

"Meskipun menang sebagai calon Bebas, George kekal sebagai ahli parti ini. Beliau yang tidak dapat hadir hari ini membenarkan saya mengumumkan pendiriannya itu.

"Justeru, secara tidak rasminya SNAP memenangi satu daripada 26 kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) SNAP di Kuching pada Selasa.

Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, George menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Edwin Dundang
Mengulas lanjut, Edwin berkata, George terpaksa bertanding di Pelagus atas tiket Bebas kerana beliau tidak sempat mendapatkan surat kebenaran rasmi daripada pihak parti pada hari penamaan calon.

"Seperti yang anda tahu, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon SNAP di DUN Baleh tetapi menukar fikiran dengan bertanding di DUN Pelagus pada saat-saat akhir.

"Bagaimanapun, kami telah dimaklumkan mengenainya dan keputusan beliau itu mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya.

Sementara itu, George yang dihubungi Utusan Malaysia memberikan kenyataan berbeza malah menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.

Katanya, beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai statusnya sebagai ADUN SNAP kerana berada di luar kawasan sejak tiga hari lalu.

"Saya ingin tegaskan, sama ada saya ahli SNAP atau tidak, saya bertanding dan menang sebagai calon Bebas, bukan calon SNAP," tegasnya.

George Lagong
Dalam pada itu, George mendedahkan sehingga hari ini masih belum ada mana-mana parti mempelawa beliau menyertai mereka namun mengakui bahawa beliau adalah seorang yang mesra Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan untuk menyertai parti pemerintah itu adalah tinggi.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa, saya perlukan masa. Saya perlukan kenderaan politik (parti) untuk kerjaya politik," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Pulakkkk! Hai... macam-macam kisah menarik mengenai pilihan raya Sarawak ke-10 ni.
Ingatkan semasa kempen sahaja ianya hebat, rupa-rupanya setelah selesai pun kisahnya masih tak habis.

Mana satu yang betul pun kita tak tahu. SNAP kata ADUN Pelagus tu ahlinya dan mendakwa parti itu menang satu kerusi di situ. Sementara tuan badannya kata, dia menang sebagai calon Bebas dan menunggu mana-mana parti mempelawanya.

Bagaimanapun, dia berminat kalau dapat menyertai BN. Mahu ke BN terima sedangkan dia menang di DUN berkenaan mengalahkan calon BN?

Entahlah.... kita tunggulah apa sudahnya kisah selepas menang ni...

Ahad, 17 April 2011

KEPUTUSAN PRN SARAWAK: PKR akan cabar keputusan DUN Senadin

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya, Dr Michael Teo Yu Keng, kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Tian Chua, menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi.


"Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," katanya kepada pemberita.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.

Penyokong PKR, termasuk Ahli EXCO Selangor, Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula.
- Bernama

SATU MELAYU:
Mencabar sesuatu keputusan pilihan raya memang dibolehkan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada di negara ini. Hasrat PKR nak cabar di mahkamah tu memang wajar dan dibolehkan.

Cuma yang agak kurang syok didengar oleh penyokong tegar pembangkan, khasnya PKR ialah kenapa hanya Naib Presiden yang buat kenyataan itu? Mana perginya Timbalan Presiden, Azmin Ali dan juga Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail?

Nak harapkan Anwar sudah tentu tak boleh sebab sebaik selesai proses mengundi, dia siang-siang dah cabut lari ke luar negara.

Sepatutnya Wan Azizah lerrr.... yang cakap. Baru ada umph.... Bukannya Tian Chua.

Kalau Anwar Ibrahim yang keluarkan kenyataan itu kan lebih baik! Masa kempen bukan main berapi-api lagi, bila dah terdapat tanda-tanda partinya tidak mendapat sokongan padu dia pun apa lagi.... lintang pukang cabut lari....

Sama ada Anwar takutkan wartawan kerana kekalahan pembangkang menawan Sarawak atau sebab takut wartawan telah menyediakan pelbagai soalan sampingan mengenai kes di mahkamah, kes video, kes jam tangan Omega dan kes pendedahan RPK yang pada hari Jumaat dia kata nak komen selepas PRN Sarawak? Kah... kahh... kahhh.... Nuar! Nuar!.... Bilalah kelentong kamu nak dihentikan....

Sabtu, 16 April 2011

KEPUTUSAN PRN SARAWAK KE-10

BN - 55

PKR - 03

DAP - 12

PAS - 0

SNAP - 0

BEBAS - 01


BARISAN NASIONAL:

01.  N32 Bukit Saban
02.  N56 Baleh
03.  N37 Daro
04.  N24 Beting Maro
05.  N55 Katibas
06.  N57 Belaga
07.  N21 Simunjan
08.  N44 Machan
09.  N35 Belawai
10.  N71 Bukit Daro
11.  N69 Batu Danau
12.  N47 Bawang Assan
13.  N41 Pakan
14.  N18 Tebedu
15.  N51 Balingian
16.  N31 Layar
17.  N20 Sadong
18.  N25 Balai Ringin
19.  N01 Opar
20.  N27 Simanggang
21.  N29 Batang Ai
22.  N36 Semop
23.  N22 Sebuyau
24.  N17 Tarat
25   N49 Nangka
26.  N58 Japak
27.  N03 Tanjung Datu
28.  N15 Muara Tuang
29.  N68 Bukit Kota
30.  N28 Engkilili
31.  N33 Kalaka
32.  N50 Dalat
33.  N43 Ngemah
34.  N04 Pantai Damai
35.  N05 Demak Laut
36.  N06 Tupong
37.  N61 Bekenu
38.  N14 Asajaya
39.  N67 Telang Usan
40.  N19 Kedup
41.  N26 Bukit Begunan
42.  N07 Samariang
43.  N08 Satok
44.  N52 Tamin
45.  N65 Senadin
46.  N30 Saribas
47.  N23 Lingga
48.  N38 Jemoreng
49.  N62 Lembir
50.  N16 Bengoh
51.  N42 Meluan
52.  N60 Kemena
53.  N66 Merudi
54.  N02 Tasik Biru
55.  N53 Kakus

PKR:

01.  N70 Ba'kelalan
02.  N34 Krian
03.  N11 Batu Lintang
04.
05. 

DAP:

01.  N63 Piasau
02.  N45 Bukit Asek
03.  N09 Padungan
04.  N12 Kota Sentosa
05.  N10 Pending
06.  N48 Pelawan
07.  N39 Repok 
08.  N40 Meradong 
09.  N64 Pujut 
10.  N46 Dudong
11.  N59 Kedurong
12.  N13 Batu kawah 

PAS:

01.
02.
03.


SNAP:

01.
02.
03.
04.
05.

BEBAS:

01.  N54 Pelagus
02.
03.
04.

Jangan Terperdaya Khabar Angin Pembangkang Dah Menang, tapi Anwar dah cabut ke London atau US - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak terperdaya dengan dakwaan pembangkang kononnya mereka telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu.

Muhyiddin berkata dakwaan yang tersebar di Internet itu adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai dan masih berjalan sehingga 5 petang ini.

"Ada berita-berita khabar angin oleh pembangkang (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, pakatan pembangkang (telah) ambil alih (kerajaan negeri).

"Ini merupakan satu pembohongan...pengundian belum selesai...undi pun belum dikira," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini pada Sabtu.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau mendapat maklumat bahawa ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat.

"Kalau dia menang mesti dia tunggu sampai habis, kenapa awal-awal dia tinggalkan Sarawak? Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua mengundi kononnya takut jadi apa-apa," kata beliau.

Muhyiddin berkata khabar angin seumpama itu hanya disampaikan oleh orang yang terdesak.

"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)...saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu," katanya.

Beliau berkata tindakan pembangkang itu adalah satu perang psikologi bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

"Ini adalah satu politik kotor yang terdesak. Belum ada kenyataan rasmi. Mereka ini sudah mendahului SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya.

Mengenai proses pengundian hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata bilangan yang keluar mengundi ketika ini agak baik tetapi beliau berharap lebih ramai akan keluar mengundi sebelum pukul 5 petang.

"Kawasan-kawasan rumah panjang...ramai yang mengundi awal. Jadi saya harap jentera BN dapat membawa lebih ramai orang untuk pergi mengundi," katanya.

Muhyiddin berkata banyak kawasan dilihat ada perubahan besar di kalangan pengundi-pengundi yang memahami tentang pilihan raya dan mereka memberi sokongan kepada calon-calon BN.

Beliau berkata pakatan pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mempunyai sokongan di Sarawak manakala DAP hanya di sesetengah kawasan.

"Mereka kena import penyokong dari tempat lain...mereka ini bawa sekali budaya samseng. Ramai orang tempatan tidak suka keadaan ini kerana selama ini mereka hidup aman," katanya.
- Bernama


SATU MELAYU:
Undi belum dikira dan masa mengundi belum ditutup, tapi ada pulak yang buat cerita konon pembangkang dah menang dan BN dah tumbang di Sarawak... Gilerrr apa?
Kalau nak kelentong pun, biarlah ada logiknya sikit. Ini tak logik langsung.
Agaknya mereka yang sebar khabar angin tu belum tamat menuntut ‘ilmu kelentong dan membohong’ daripada mahaguru Anwar al-Jub....

Kalau pembangkang dah menang takkan Anwar dah cabut lari bersembunyi di London atau USA? Akai ada ka?

PRN SARAWAK: Bahan berfikir sebelum mengundi....

MULAI jam 8 pagi ini para pengundi negeri Sarawak akan keluar mengundi untuk memilih wakil dan parti politik yang diamanahkan mentadbir negeri selama lima tahun lagi.

Setelah sepuluh hari kempen diadakan, bermacam cerita dan janji yang telah diluahkan kepada rakyat Sarawak oleh calon-calon bertanding dan pemimpin-pemimpin mereka. Ada puji dan tidak kurang juga yang mengutuk lawan masing-masing.

Sebagaimana dilaporkan pelbagai media, kempen PRN ke-10 Sarawak ini dianggap sebagai pertarungan paling hebat.

Ianya jadi begitu hebat kerana puak pembangkang dari Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada PKR, DAP dan PAS turun habis-habisan bagi merampas negeri Sarawak daripada Barisan Nasional. Kehebatan kempen oleh pemimpin mereka menenggelamkan pembangkang tempatan Sarawak – SNAP, yang gagal dipujuk untuk bekerjasama oleh PKR dan DAP.

Sebagai panduan kepada para pengundi yang akan mengundi nanti, sila fikir dan ambil iktibar daripada kisah seekor anjing kelahiran Sarawak yang sempat dirakam aksinya ketika kemerihan suasana kempen rancak dengan pelbagai bendera, poster dan kain rentang yang mungkin agak asing kepada haiwan berkenaan.

Mungkin anjing ini tidak dapat menerima kemeriahan bahan kempen yang mewarnai bandar dan kampung di Sarawak itu dengan pelbagai warna dan lambang parti.

Kerana bosan dan marah dengan kemeriahan itu, anjing ini telah bertindak sendirian dengan meruntun turun kain rentang PKR.

Sebagai bahan berfikir untuk para pengundi yang akan mengundi awal pagi nanti, persoalan yang seharusnya timbul difikiran masing-masing ialah kenapa anjing ini memlilih kain rentang PKR untuk diruntunnya turun menyembah bumi?

Apa pengajaran atau iktibar yang cuba dizahirkan oleh haiwan cerdik ini? Dan ianya bukan satu joke atau sekadar bahan ketawa, tapi ada yang tersirat disebalik aksi haiwan ini.
Fikir-fikirkanlah....

Rabu, 13 April 2011

Parti Cinta Malaysia Ingatkan Rakyat Sarawak Bahayanya Undi DAP

PARTI Cinta Malaysia (PCM) mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak mengundi DAP atau Pakatan Rakyat jika mereka tidak mahu parti dari Semenanjung "mengambil alih" negeri ini jika mereka memenangi pilihan raya negeri Sabtu ini.

Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan Selasa berkata: "Jika Pakatan Rakyat mengambil alih Sarawak, mereka akan bawa masuk orang mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk 'cari makan'".

Beliau berkata DAP telah berbuat demikian di Pulau Pinang apabila mereka mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 2008 dan telah memberi layanan buruk kepada penduduk negeri itu.

Lim Kit Siang
"Mereka nombor satu dalam berbohong dan putar-belit. Mereka sanggup janjikan apa sahaja hanya untuk memancing undi. Mereka janji akan cat semula 15 blok pangsapuri Rifle Range di Pulau Pinang dalam masa sebulan jika mereka menang pada pilihan raya, tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan.

"Mereka juga menggunakan taktik kekerasan untuk membuli peniaga kecil dan merobohkan gerai penjaja yang telah menyebabkan penduduk tempatan menderita. Juga tidak ada ketelusan dan tiada siapa tahu kontrak kerajaan negeri diberikan kepada siapa," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Katanya Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seorang yang panas baran yang gemar bertekak dengan semua orang dan hingga ke hari ini mentadbir negeri itu seperti mereka ialah pembangkang sedangkan mereka ialah kerajaan negeri.

"Mereka ialah kerajaan negeri yang tiada wawasan. Di manakah rangka tindakan bagi Pulau Pinang dan Butterworth. Mereka hanya tahu berbohong. Mereka hanya pandai mencetuskan isu perkauman dan agama dan suka menimbulkan kebencian, Mereka juga tidak boleh dikritik," katanya.

Huan Cheng Guan

Huan juga mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang ialah juara dalam mengeluarkan saman iaitu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), yang menyusahkan penduduk Pulau Pinang.

"Mereka juga bijak memperdayakan orang ramai -- DAP bermaksud ‘Deceive All People’ (Perdaya Semua Orang). Sebaik mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka menaikkan tarif air, bayaran tempat letak kereta...hari Sabtu dan Ahad pun kutip bayaran tempat letak kereta sehingga tengah malam," katanya.

Beliau berkata Lim ialah pemimpin yang tidak kenang budi, sebaik sahaja menawan Pulau Pinang, DAP menyingkirkan penyokong setia mereka seperti Thum Weng Fatt dan lain-lainnya.

Huan berkata mereka juga berjanji untuk memasang papan tanda jalan dalam bahasa Cina tetapi sehingga kini janji itu hanya tinggal janji.

"Saya menggesa penduduk Sarawak supaya tidak terperangkap dengan helah Pakatan, mereka sanggup janjikan apa sahaja tetapi akhirnya tidak dikotakan," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 Sabtu ini, PCM buat julung kalinya bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Simunjan, Balai Ringin, Ngemah, Machan, Kakus dan Bekenu, kesemuanya kawasan majoriti Melayu.
- Bernama

SATU MELAYU:
DAP dan PKR adalah parti keluarga. Siapa yang terpengeuh dengan mereka terang-terang telah tertipu. Kalau keluarga Anwar Ibrahim menguasai PKR, DAP pula adalah parti untuk keluarga Lim Kit Siang.

Kalau PKR menutamakan survival suami, isteri dan anak, DAP pula untuk kepentingan bapa, anak dan menantu. Smentara Pengerusi DAP – Karpal Singh, berjuang untuk anak beranaknya sahaja.

Rakyat peribumi Sarwak tidak sepatutnya terpengaruh dengan mereka yang tidak ada asas perjuangan yang kukuh selain daripada kepentingan peribadi semata-mata. Sebab itu mereka tidak berusaha untuk memajukan negeri yang mereka kuasai melalui PRU 2008, melainkan untuk meramaikan konco-konco mereka mendapat segala peluang yang ada ditangan mereka.

Sesungguhnya mereka – DAP, PKR dan PAS sangat ingin berkuasa di Sarawak kerana negeri itu kaya dengan hasil minyak.

Selasa, 12 April 2011

PRN SARAWAK: Tak Mungkin Pas Dapat Perjuangkan Islam Di Sarawak Dengan Hanya Lima Kerusi – Daud

HASRAT Pas untuk bertapak di Sarawak dengan modal memperjuangkan Islam dipatah bagaikan pucuk ubi kayu oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Daud Abdul Rahman apabila beliau mempertikaikan hasrat sebenar Pas bertanding di Sarawak dengan memperoalkan apakah mungkin parti jenama Islam itu mampu memperjuangkan Islam dengan hanya bertanding di lima kerusi?

Sebaliknya, menurut beliau parti dari Semenanjung itu hanya datang untuk memecahbelahkan umat Islam di negeri ini.

"Ini berbeza dengan PBB yang merupakan parti terbesar mewakili penduduk Islam di Sarawak," katanya pada majlis perasmian Kursus Pendedahan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di Pusat Latihan Sarawak di Telaga Air, yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu, 27 daripada 35 kerusi yang ditandingi PBB terdiri daripada calon beragama Islam, kata Daud, yang juga Menteri (Hal Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri.

Justeru, tindakan PAS bertanding lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini bukanlah demi kepentingan perjuangan Islam tetapi lebih kepada kepentingan mereka sendiri semata-mata, katanya.

Lima kerusi yang ditandingi PAS adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu.

Beliau berkata PBB telah menjalinkan persefahaman yang rapat dengan rakan-rakan bukan Islam daripada parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional Sarawak.


Daud berkata mereka menghormati kepimpinan PBB kerana melihat parti itu adil untuk sama-sama mentadbir negeri ini.

Dalam pilihan raya ini, Daud akan mempertahankan kerusi Tupong berdepan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baharuddin @ Din Shah Mokhsen.

Nampaknya, temberang ala Anwar Ibrahim oleh juak-juak Pas di Bumi Kenyalang dapat dibaca dan ditolak oleh umat Islamnya.

Pas ingat orang Sarawak bodoh dan tak tahu apa yang telah mereka lakukan di Semenanjung dalam urusan yang bersangkutan dengan mempertahan dan memperjuangkan ajaran Islam.,

Apa yang berlaku di Selangor dimana Pas menjadi salah satu sekutu utama pakatan difahami dan dilihat oleh orang Islam Sarawak bagaimana Pas hanya jadi ‘pak turut’ dan tidak mampu bersuara pun dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Islam.

Bagaimana suara Pas di Selangor dipandang remeh dan dipinggirkan oleh sekutunya – PKR dan DAP, sudah diketahui oleh Melayu/Islam Sarawak.

Cerita premis arak dan tempat maksiat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Selangor sebaik sahaja pakatan berkuasa, dinilai dan diperhatikan oleh orang Sarawak. Mereka tahu setakat mana kuasa dan kekuatan Pas mempertahankan Islam. Semuanya omong kosong dan gimik politik semata-mata.

Justeru, menjual agama Islam sebagai modal politik Pas pada PRN Sarawak tidak menjadi, malah di sebuah kampung di Miri, ceramah Pas dihalau mentah-mentah oleh penduduk setempat sebagaimana tersiar dalam video di blog-blog penyokong kerajaan hari ini.

Melayu/Islam Sarawak tak boleh terima Pas sebagai pejuang Islam di negara ini.

Ahad, 10 April 2011

PRN SARAWAK: Manifesto PR Janji Kosong, Ciplak, Lapok. Apa lagi yang mereka boleh lakukan selain menjanjikan bulan dan bintang?


CIPLAK, janji kosong serta lapok, demikian reaksi pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap manifesto yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan diadakan pada 16 April depan.

Malah janji pembangkang menerusi sepuluh teras utama dalam manifesto mereka turut disifatkan sebagai tidak realistik.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan manifesto yang ditawarkan pembangkang itu sudahpun dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

Menurutnya pembangkang dilihat sedikit kebelakang apabila memberi tawaran kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sudah dinikmati oleh rakyat di bawah pemerintahan BN.

"Sebahagiannya sama seperti BN, malah ada antaranya sudahpun kita lakukan selama ini," katanya ketika ditemui pada majlis sarapan bersama pengundi Satok di Kuching, Sabtu.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mengulas mengenai janji pembangkang pada pilihan raya negeri yang antara lain mahu mewujudkan pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa iaitu Cekap, Akauntabel, dan Telus (CAT).

Selain itu gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS turut menawarkan untuk menyelesaikan isu pertikaian Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui penubuhan sebuah suruhanjaya.

Sementara itu Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof berkata, rakyat Sarawak seharusnya berhati-hati agar tidak terkeliru dan jatuh ke perangkap janji-janji manis pembangkang.

Jelasnya, langkah pembangkang yang mahu mewujudkan sebuah suruhanjaya mengenai NCR agak ketinggalan kerana kerajaan BN terlebih dahulu memberikan perlindungan bagi semua jenis tanah di Sarawak.

"Sistem perlindungan telah ada, sebagai contoh Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang juga seorang peguam beberapa kali memenangi kes mengenai tanah adat.

"Kalau sistem tidak adil, sudah pasti tak ada yang menang kes di mahkamah, jadi ini membuktikan bahawa perlindungan kepada hak tersebut memang sudah wujud.

"Sebab itu saya katakan bahawa ini hanya janji-janji manis, dan pembohongan belaka," katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Apa lagi yang mampu pembangkang lakukan selain daripada menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat - terutamanya Anwar Ibrahim, dalam menghadpi PRN Sarawak sekarang. Pembangkang dari Semenanjung itu mahu menguasai pembangkang anak jati Sarawak, sedangkan kesepaktan PKR-DAP-PAS sendiri tidaklah sekukuh mana. Ada masalah tersembunyi dalam senyuman pemimpin mereka yang melebar.

Para pengundi Sarawak seharusnya didedahkan dengan segala janji pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim di Semenanjung pada PRU 2008 lalu, yang mana hingga kini tidak satupun yang mampu ditunaikan walaupun telah menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak untuk selama 11 bulan.

Yang rakyat dapat daripada kepimpinan Anwar selaku Ketua Pembangkang di Parlimen ialah kisah songsang dan salahlaku moralnya. Lepas satu, satu. Kes liwat II pun belum selesai, timbul pula isu video seks yang dikatakan membabit dirinya. Bukannya kes dahulu atau kisah lama, tetapi berlaku pada bulan Februari 2011. Baruuuuu sangat....

Beginikah perilaku pemimpin utama yang ditonjolkan puak pembangkang untuk merampas Putrajaya?
Biasanya, pemimpin sesebuah negara yang bermasalah sangat mudah diugut oleh pihak tertentu dalam mendapatkan penguasaan ekonomi dan politik ke atas negara berkenaan.

Mahuklah kita di Malaysia ini menjadi sebuah negara yang kekuasaan politik serta ekonominya dikuasai oleh kuasa asing?

Tepuk dada, tanyalah selera mengundi anda. Pembangkang yang durjana atau Barisan Nasional yang terbukti bermatlamatkan kesejahteraan rakyat.

Rabu, 6 April 2011

PRN SARAWAK: 213 Calon Sah Bertanding


SERAMAI 213 calon melibatkan 71 kerusi disahkan bertanding pada pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10, jumlah pencalonan tertinggi diterima berbanding sebelum ini.

Pilihan raya kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila tiada mana-mana calon menang tanpa bertanding sejak kali terakhir pada 1979.

Malah, pencalonan yang diterima daripada calon bebas turut mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 41 calon melibatkan 40 lelaki dan seorang wanita.

 Sejumlah 71 calon daripada Barisan Nasional, 15 Parti Tindakan Demokratik (DAP), 26 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), 49 Parti Keadilan Rakyat (PKR), lima Parti Islam SeMalaysia (PAS), enam Parti Cinta Malaysia (PCM) dan 41 Bebas akan bertanding pada pilihan raya yang akan diadakan pada 16 April ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di pejabat SPR di Kuching, petang Rabu.

Menurutnya, sebanyak 32 bantahan diterima bagi kesemua 71 kerusi pada proses penamaan calon yang berlangsung pagi tadi.

Bagaimanapun, hanya satu bantahan diterima melibatkan calon SNAP di DUN Kakus (N.53).

"Bantahan berkenaan ialah calon, pencadang dan penyokong tidak menandatangani borang pencalonan," katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, daripada 71 kerusi terdapat dua kawasan DUN menyaksikan pertandingan enam penjuru iaitu di DUN Balai Ringin (N.25) dan DUN Belaga (N.57).

"Terdapat juga pertandingan lima penjuru melibatkan dua bahagian pilihan raya, 17 (empat penjuru), 23 (tiga penjuru) dan 27 (dua penjuru)," ujarnya.

Jelas beliau, seramai 197 calon lelaki manakala 16 wanita akan bertanding pada pilihan raya kali ini.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Kerancakan minat calon bertanding pada pilihan raya ini membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia masih subur malah tersangatlah suburnya....
Kepada yang melaungkan konon  demokrasi di negara ini telah ‘mati’ bolehlah mati bersama-sama dakwaan tak berasanya itu.

Selasa, 5 April 2011

PRN SARAWAK: Pertembungan PKR-SNAP Leburkan Rancangan Pakatan Pembangkang


PERTEMBUNGAN kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang bercita-cita besar dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) meleburkan rancangan bagi mewujudkan pakatan pembangkang yang bersatu padu bagi mencabar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April.

Lebih satu pertiga daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN, berikutan pengumuman PKR pada Isnin yang akan meletakkan 49 calon, bertindih dengan SNAP di 25 kawasan yang majoriti pengundi kaum Dayak.

Ini sama sekali tidak termasuk cabaran yang dibawa oleh calon bebas, satu perkara yang menjadi kelaziman di negeri ini dan sebuah parti baru yang masih belum didaftarkan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), yang mengumumkan hasrat bertanding di 38 kerusi.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata parti itu tidak boleh ‘bertentang mata’ dengan SNAP di kawasan majoriti Iban.

"Kami cuba memenuhi semangat Pakatan Rakyat untuk bertanding sebagai satu pasukan menentang BN. Bagaimanapun, dalam mesyuarat kami, SNAP bertegas untuk bertanding bagi 27 kawasan majoriti Iban," katanya ketika mengumumkan senarai calon PKR.

Bagi kerusi yang ditandingi DAP dan PAS, PKR tidak meletakkan calon.

Dalam maklum balasnya, Presiden SNAP Edward Dundang berkata parti itu mungkin mempertimbangkan akan meletakkan calonnya pada saat akhir, selepas menamakan 27 calon sebelum ini, memungkinkan berlakunya pecah undi yang lebih besar.

PKR turut berdepan satu pengalaman kurang menyenangkan apabila peguam, Dominique Ng yang merupakan satu-satunya calon yang memenangi kerusi Padungan apabila parti itu tewas di 24 daripada 25 kerusi yang ditandingi pada 2006.

Ng, yang telah mencetak poster dan bahan kempen sebagai persediaan untuk bertanding, mendapati dirinya telah digugurkan oleh PKR yang bertukar kerusi Padungan bagi Batu Lintang dengan DAP.

Dengan hanya tinggal sehari sebelum penamaan calon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menamatkan teka-teki kononnya beliau merupakan ‘calon misteri’ bagi kerusi Ba'Kelalan di kawasan pedalaman daerah Baram, kampung halaman beliau.


"Saya boleh mengesahkan saya sama sekali tidak akan bertanding dalam pilihan raya," kata beliau kepada Bernama menerusi SMS.

Semalam, BN mengumumkan 70 calon parti itu tetapi tidak menamakan calon Ba'Kelalan, di mana PKR akan meletakkan Ketua PKR Sarawak Baru Bian, yang telah dua kali tewas di kawasan itu, masing-masing sebagai calon bebas dan SNAP.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, akan sekali lagi mengetuai cabaran parti pemerintah akan berhadapan dengan seorang pemilik kedai runcit berusia 50 tahun, Suriati Abdullah, yang mewakili PKR.

Taib merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti tunjang BN Sarawak dengan tiga lagi parti komponen iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
- Bernama

SATU MELAYU:
Cakap mudahnya, orang Sarawak tidak mahu terima untuk dijadikan alat oleh Anwar Ibrahim melalui PKR untuk merampas negeri itu melalui PRN Sarawak ke-10 ini.
Keyakinan mereka terhadap PKR, khasnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang datang bagaikan penjajah itu semakin hilang. Hasrat Anwar dan Azmin yang bagaikan mahu memandai-mandai di Sarawak tidak disenangi oleh rakyat negeri itu.

Maka terwujudlah pembangkang di Sarawak pada PRN ke-10 ini berpecah kepada dua kumpulan besar, iaitu pakatan PKR-DAP-PAS dan SNAP. Itu belum lagi dikira tentangan bersendirian kalangan mereka yang akan bertanding atas tiket bebas.

Hasrat Anwar mahu merampas Sarawak yang kaya dengan hasil minyak itu terbantut dan besar kemungkinan tidak akan kesampaian. Kantoi....

Isnin, 4 April 2011

PRN SARAWAK: PKR Akan Bertanding Di 49 Kerusi, pemilik kedai runcit dari Mukah tentang Taib di Balingan


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 49 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April ini walaupun hanya menang di Padungan pada 2006 apabila pertama kali membuat penampilan dengan bertanding di 25 kerusi.

Ini menyebabkan parti itu akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di lebih 20 kerusi.

Ketua PKR negeri Baru Bian disahkan akan sekali lagi bertanding di Ba'Kelalan, satu-satunya kerusi yang Barisan Nasional masih belum mengumumkan calonnya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Ahad berkata PKR akan bertanding di 49 kerusi tetapi hanya memberikan senarai nama 47 calonnya tanpa memberikan nama calon bagi Jemoreng dan Semop.

Digugurkan ialah Dominique Ng yang menang di Padungan, kerusi yang ditukarkan dengan kerusi Batu Lintang antara PKR dan DAP.

Bercakap pada sidang media di sini, Azmin berkata PKR telah sebaik mungkin untuk mencapai persetujuan dengan parti-parti pembangkang dalam pembahagian kerusi tetapi gagal mencapai kata sepakat dengan SNAP dalam pembahagian kerusi di kawasan yang majoriti penduduknya etnik Iban.

Katanya PKR tidak akan bertanding di dua kawasan daripada 27 kawasan yang akan ditandingi oleh SNAP iaitu Pakan dan Marudi.

"Kami cuba menghormati semangat dalam Pakatan Rakyat untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN. Bagaimanapun, dalam pertemuan terakhir, SNAP mendesak untuk bertanding di 27 kawasan, yang majoritinya daripada etnik Iban," katanya.

PKR memutuskan untuk meletakkan calon di 25 kawasan yang mahu ditandingi SNAP atas faktor "calon yang boleh menang" kerana calon-calon PKR dirasakan lebih baik, kata Azmin.

"Saya yakin calon-calon kami adalah yang terbaik. Daripada 49 orang, lebih 50 peratus adalah muka baru," kata Azmin.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sibu hari ini untuk menyerahkan surat perakuan daripada parti kepada 22 calon termasuk dua wanita.


Berdepan pemilik kedai runcit
Antara mereka ialah pemilik kedai runcit di Mukah, Suriati Abdullah, 50, yang akan mencabar Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingin.

Calon-calon: Boniface Willy Anak Tumek (Opar), John Tenewi Nuek (Tasik Biru), Wan Zainal Abdin Wan Senusi (Pantai Damai), Ali Hossen bin Abang (Demak Laut), Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (Tupong), Zulrusdi Mohamad Hol (Samariang), Ahmad Nazib Johari (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Arip Ameran (Asajaya), Willie ak Mongin (Bengoh), Peter Ato ak Mayau (Tarat), Christopher ak Kiyui (Tebedu), Lainus ak Andrew Luwak (Kedup), Mashor Hossen (Simunjan), Abg Ahmad Arabi Abg Bolhassan (Lingga), Ibi ak Uding (Balai Ringin), Jimmy Lim @ Jimmy Donald (Bukit Begunan), Marudi @ Barudi ak Mawong (Engkilili), Nicholas Bawin ak Anggat (Batang Ai), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Saribas), Stanny Embat Pharoh ak Laja (Layar);

Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (Bukit Saban), Mohd Yahya Abdullah (Kalaka), Ali ak Biju (Krian), Abdul Wahab Abdullah (Belawai), Jamaludin Ibrahim (Daro), John Brian Anthony ak Jeremy Guang (Meluan), Aris anak Alap (Ngemah), George Chen Nguk Fa (Machan), Norisham Mohamed Ali (Nangka), Sylvester Ajah Subah @ Ajah bin Subah (Dalat), Mengga ak Mikui (Tamin);

Paul Anyie Raja (Kakus), Edward Sumbang ak Asun (Pelagus), Munan ak Laja (Katibas), Bedindang ak Manjah (Baleh), Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (Belaga), Abdul Jalil bin Bujang (Jepak), Bernard Binar Bayang ak Rading (Kemena), Ishak Mahwi (Bekenu), Zolhaidah Suboh (Lambir), Michael Teo Yu Keng (Senadin), Harrison Ngau Laing (Telang Usan), Dr Lau Liak Koi (Batu Danau), Baru Bian (Ba'Kelalan) and Japar Suyut (Bukit Sari)

Nama calon bagi DUN Semop dan DUN Jemoreng belum diumumkan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Sebagai tonggak pakatan pembangkang, sewajarnyalah PKR bertanding lebih banyak kawasan daripada parti-parti komponen lain. Lagi pun segala perbelanjaan pembangkang akan ditanggung oleh PKR.

Justeru, sebagaimana yang berlaku di Semenanjung pada PRU 2008 lalu, kebanyakan calon pilihan PKR adalah mereka yang dikutip dari tepi-tepi jalan. Mereka sanggup menawarkan diri kerana berpeluang dapat wang. Kalau menang nanti, belum tentu mereka kekal dengan PKR. Itulah yang berlaku dengan ramai wakil PKR di Semenanjung ini. Tidak mustahil di Sarawak juga serupa. Siapa yang akan menentang Taib Mahmud membuktikannya.

Berikut Adalah Senarai 71 Calon Barisan Nasional

Berikut adalah senarai 71 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
N.03 (Tanjung Datu) - Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem
N.04 (Pantai Damai) - Dr Abdul Rahman Junaidi
N.05 (Demak Laut) - Dr Hazland Abg Hipni (muka baru)
N.06 (Tupong) - Datuk Daud Abdul Rahman
N.07 ( Samariang) - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
N.08 (Satok) - Datuk Amar Abg Johari Tun Openg
N.14 (Asajaya) - Abd Karim Rahman Hamzah
N.15 (Muara Tuang) - Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud
N.17 (Tarat) - Roland Sagah Wee Inn
N.18 (Tebedu) - Datuk Seri Michael Manyin Jawong
N.19 (Kedup) - Maclaine Ben @ Martin Ben (muka baru)
N.20 (Sadong Jaya) - Aidel Lariwoo (muka baru)
N.21 (Simunjan) - Mohd. Naroden Majais
N.22 (Sebuyau) - Julaihi Narawi
N.23 (Lingga) - Simoi Peri
N.24 (Beting Maro) - Razaili Gapor (muka baru)
N.30 (Saribas) - Ricky @ Mohd Razi Sitam (muka baru)
N.31 (Layar) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang
N.32 (Bukit Saban) - Robert Lawson Chuat
N.33 (Kalaka) - Abdul Wahab Aziz
N.35 (Belawai) - Datuk Talif @ Len Salleh (muka baru)
N.36 (Semop) - Abdullah Saidol (muka baru)
N.37 (Daro) - Murni Suhaili
N.38 (Jemoreng) - Gani @Abu Sema Jahwie
N.44 (Machan) - Datuk Gramong Juna
N.49 ( Nangka) - Dr Annuar Rafa'ee (muka baru)
N.50 (Dalat) - Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming
N.51 (Balingian) - Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
N.55 (Katibas) - Datuk Ambrose Blikau Enturan
N.58 (Jepak) - Datuk Talib Zulpilip
N.60 (Kemena) - Dr Stephen Rundi Utom
N.62 (Lambir) - Ripin Lamat (muka baru)
N.67 (Telang Usan) - Dennis Ngau (muka baru)
N.68 (Bukit Kota) - Dr Abdul Rahman Ismail
N.71 (Bukit Sari) - Datuk Amar Tengah Ali Hassin @ Tengah Ali Hasan

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
N.01 (Opar) - Ranum Mina
N.09 (Padungan) - Sim Kiang Chiok (muka baru)
N.10 (Pending) - Prof. Dr Sim Kui Hian (muka baru)
N.11 (Batu Lintang) - Sih Hua Tong (muka baru)
N.12 (Kota Sentosa) - Datuk Yap Chin Loi 
N.13 (Batu Kawa) - Tan Joo Phoi
N. 16 (Bengoh) - Dr Jerip Susil
N.27 (Simanggang) - Datuk Francis Harden Hollis
N.28 (Engkilili) - Johnical Rayong Ngipa
N.39 (Repok) - Datuk David Teng Lung Chi
N.40 (Meradong) - Ling Kie King (muka baru)
N.45 (Bukit Assek) - Chieng Buong Toon (muka baru)
N.46 (Dudong) - Datuk Tiong Thai King (muka baru)
N.47 (Bawang Assan) - Datuk Seri Wong Soon Koh
N.48 (Pelawan) - Goh Chung Siong
N.59 (Kidurong) - Ling Kuong Meng (muka baru)
N.63 (Piasau) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam
N.64 (Pujut) - Chia Chu Fatt
N.65 (Senadin) - Datuk Lee Kim Shin

Parti Rakyat Sarawak (PRS)
N.25 (Balai Ringin) - Snowdan Lawan
N.26 (Bukit Begunan) - Mong Dagang
N.29 (Batang Ai) - Malcom Mussen Lamoh
N.43 (Ngemah) - Alexander Vincent (muka baru)
N.52 (Tamin) - Joseph Mauh Ikeh
N.53 (Kakus) - John Sikie Tayai
N.54 (Pelagus) - Stanley Nyitar @ Unja Malang (muka baru)
N.56 (Baleh) - Datuk Seri James Jemut Masing
N.57 (Belaga) - Liwan Lagang

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP)
N.02 (Tasik Biru) - Datuk Peter Nansian Ngusie
N.34 (Krian) - Datuk Peter Nyarok Entrie
N.41 (Pakan) - Datuk Sri William Mawan Ikom
N.42 (Meluan) - Wong Judat
N.61 (Bekenu) - Rosey Yunus
N.66 (Marudi) - Sylvester Entri Muran
N.69 (Batu Danau) - Palu @ Paulus Palu Gumbang
N.70 (Ba'kelalan) - (misteri)
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog