Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 April 2011

PRN SARAWAK: Manifesto PR Janji Kosong, Ciplak, Lapok. Apa lagi yang mereka boleh lakukan selain menjanjikan bulan dan bintang?


CIPLAK, janji kosong serta lapok, demikian reaksi pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap manifesto yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan diadakan pada 16 April depan.

Malah janji pembangkang menerusi sepuluh teras utama dalam manifesto mereka turut disifatkan sebagai tidak realistik.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan manifesto yang ditawarkan pembangkang itu sudahpun dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

Menurutnya pembangkang dilihat sedikit kebelakang apabila memberi tawaran kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sudah dinikmati oleh rakyat di bawah pemerintahan BN.

"Sebahagiannya sama seperti BN, malah ada antaranya sudahpun kita lakukan selama ini," katanya ketika ditemui pada majlis sarapan bersama pengundi Satok di Kuching, Sabtu.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mengulas mengenai janji pembangkang pada pilihan raya negeri yang antara lain mahu mewujudkan pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa iaitu Cekap, Akauntabel, dan Telus (CAT).

Selain itu gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS turut menawarkan untuk menyelesaikan isu pertikaian Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui penubuhan sebuah suruhanjaya.

Sementara itu Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof berkata, rakyat Sarawak seharusnya berhati-hati agar tidak terkeliru dan jatuh ke perangkap janji-janji manis pembangkang.

Jelasnya, langkah pembangkang yang mahu mewujudkan sebuah suruhanjaya mengenai NCR agak ketinggalan kerana kerajaan BN terlebih dahulu memberikan perlindungan bagi semua jenis tanah di Sarawak.

"Sistem perlindungan telah ada, sebagai contoh Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang juga seorang peguam beberapa kali memenangi kes mengenai tanah adat.

"Kalau sistem tidak adil, sudah pasti tak ada yang menang kes di mahkamah, jadi ini membuktikan bahawa perlindungan kepada hak tersebut memang sudah wujud.

"Sebab itu saya katakan bahawa ini hanya janji-janji manis, dan pembohongan belaka," katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Apa lagi yang mampu pembangkang lakukan selain daripada menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat - terutamanya Anwar Ibrahim, dalam menghadpi PRN Sarawak sekarang. Pembangkang dari Semenanjung itu mahu menguasai pembangkang anak jati Sarawak, sedangkan kesepaktan PKR-DAP-PAS sendiri tidaklah sekukuh mana. Ada masalah tersembunyi dalam senyuman pemimpin mereka yang melebar.

Para pengundi Sarawak seharusnya didedahkan dengan segala janji pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim di Semenanjung pada PRU 2008 lalu, yang mana hingga kini tidak satupun yang mampu ditunaikan walaupun telah menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak untuk selama 11 bulan.

Yang rakyat dapat daripada kepimpinan Anwar selaku Ketua Pembangkang di Parlimen ialah kisah songsang dan salahlaku moralnya. Lepas satu, satu. Kes liwat II pun belum selesai, timbul pula isu video seks yang dikatakan membabit dirinya. Bukannya kes dahulu atau kisah lama, tetapi berlaku pada bulan Februari 2011. Baruuuuu sangat....

Beginikah perilaku pemimpin utama yang ditonjolkan puak pembangkang untuk merampas Putrajaya?
Biasanya, pemimpin sesebuah negara yang bermasalah sangat mudah diugut oleh pihak tertentu dalam mendapatkan penguasaan ekonomi dan politik ke atas negara berkenaan.

Mahuklah kita di Malaysia ini menjadi sebuah negara yang kekuasaan politik serta ekonominya dikuasai oleh kuasa asing?

Tepuk dada, tanyalah selera mengundi anda. Pembangkang yang durjana atau Barisan Nasional yang terbukti bermatlamatkan kesejahteraan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog