Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 April 2011

PRN SARAWAK: Pertembungan PKR-SNAP Leburkan Rancangan Pakatan Pembangkang


PERTEMBUNGAN kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang bercita-cita besar dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) meleburkan rancangan bagi mewujudkan pakatan pembangkang yang bersatu padu bagi mencabar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April.

Lebih satu pertiga daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN, berikutan pengumuman PKR pada Isnin yang akan meletakkan 49 calon, bertindih dengan SNAP di 25 kawasan yang majoriti pengundi kaum Dayak.

Ini sama sekali tidak termasuk cabaran yang dibawa oleh calon bebas, satu perkara yang menjadi kelaziman di negeri ini dan sebuah parti baru yang masih belum didaftarkan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), yang mengumumkan hasrat bertanding di 38 kerusi.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata parti itu tidak boleh ‘bertentang mata’ dengan SNAP di kawasan majoriti Iban.

"Kami cuba memenuhi semangat Pakatan Rakyat untuk bertanding sebagai satu pasukan menentang BN. Bagaimanapun, dalam mesyuarat kami, SNAP bertegas untuk bertanding bagi 27 kawasan majoriti Iban," katanya ketika mengumumkan senarai calon PKR.

Bagi kerusi yang ditandingi DAP dan PAS, PKR tidak meletakkan calon.

Dalam maklum balasnya, Presiden SNAP Edward Dundang berkata parti itu mungkin mempertimbangkan akan meletakkan calonnya pada saat akhir, selepas menamakan 27 calon sebelum ini, memungkinkan berlakunya pecah undi yang lebih besar.

PKR turut berdepan satu pengalaman kurang menyenangkan apabila peguam, Dominique Ng yang merupakan satu-satunya calon yang memenangi kerusi Padungan apabila parti itu tewas di 24 daripada 25 kerusi yang ditandingi pada 2006.

Ng, yang telah mencetak poster dan bahan kempen sebagai persediaan untuk bertanding, mendapati dirinya telah digugurkan oleh PKR yang bertukar kerusi Padungan bagi Batu Lintang dengan DAP.

Dengan hanya tinggal sehari sebelum penamaan calon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menamatkan teka-teki kononnya beliau merupakan ‘calon misteri’ bagi kerusi Ba'Kelalan di kawasan pedalaman daerah Baram, kampung halaman beliau.


"Saya boleh mengesahkan saya sama sekali tidak akan bertanding dalam pilihan raya," kata beliau kepada Bernama menerusi SMS.

Semalam, BN mengumumkan 70 calon parti itu tetapi tidak menamakan calon Ba'Kelalan, di mana PKR akan meletakkan Ketua PKR Sarawak Baru Bian, yang telah dua kali tewas di kawasan itu, masing-masing sebagai calon bebas dan SNAP.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi BN Sarawak, akan sekali lagi mengetuai cabaran parti pemerintah akan berhadapan dengan seorang pemilik kedai runcit berusia 50 tahun, Suriati Abdullah, yang mewakili PKR.

Taib merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti tunjang BN Sarawak dengan tiga lagi parti komponen iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
- Bernama

SATU MELAYU:
Cakap mudahnya, orang Sarawak tidak mahu terima untuk dijadikan alat oleh Anwar Ibrahim melalui PKR untuk merampas negeri itu melalui PRN Sarawak ke-10 ini.
Keyakinan mereka terhadap PKR, khasnya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang datang bagaikan penjajah itu semakin hilang. Hasrat Anwar dan Azmin yang bagaikan mahu memandai-mandai di Sarawak tidak disenangi oleh rakyat negeri itu.

Maka terwujudlah pembangkang di Sarawak pada PRN ke-10 ini berpecah kepada dua kumpulan besar, iaitu pakatan PKR-DAP-PAS dan SNAP. Itu belum lagi dikira tentangan bersendirian kalangan mereka yang akan bertanding atas tiket bebas.

Hasrat Anwar mahu merampas Sarawak yang kaya dengan hasil minyak itu terbantut dan besar kemungkinan tidak akan kesampaian. Kantoi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog