Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 20 April 2011

PRN SARAWAK: SNAP dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu?

PARTI Kebangsaan Sarawak (SNAP) hari ini mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus miliknya dengan alasan calon Bebas, George Lagong yang menang di kawasan itu adalah ahlinya.

Presiden SNAP, Edwin Dundang turut mendakwa George telah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dan berjuang bersama parti pembangkang itu.

"Meskipun menang sebagai calon Bebas, George kekal sebagai ahli parti ini. Beliau yang tidak dapat hadir hari ini membenarkan saya mengumumkan pendiriannya itu.

"Justeru, secara tidak rasminya SNAP memenangi satu daripada 26 kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) SNAP di Kuching pada Selasa.

Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, George menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Edwin Dundang
Mengulas lanjut, Edwin berkata, George terpaksa bertanding di Pelagus atas tiket Bebas kerana beliau tidak sempat mendapatkan surat kebenaran rasmi daripada pihak parti pada hari penamaan calon.

"Seperti yang anda tahu, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon SNAP di DUN Baleh tetapi menukar fikiran dengan bertanding di DUN Pelagus pada saat-saat akhir.

"Bagaimanapun, kami telah dimaklumkan mengenainya dan keputusan beliau itu mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya.

Sementara itu, George yang dihubungi Utusan Malaysia memberikan kenyataan berbeza malah menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.

Katanya, beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai statusnya sebagai ADUN SNAP kerana berada di luar kawasan sejak tiga hari lalu.

"Saya ingin tegaskan, sama ada saya ahli SNAP atau tidak, saya bertanding dan menang sebagai calon Bebas, bukan calon SNAP," tegasnya.

George Lagong
Dalam pada itu, George mendedahkan sehingga hari ini masih belum ada mana-mana parti mempelawa beliau menyertai mereka namun mengakui bahawa beliau adalah seorang yang mesra Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan untuk menyertai parti pemerintah itu adalah tinggi.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa, saya perlukan masa. Saya perlukan kenderaan politik (parti) untuk kerjaya politik," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Pulakkkk! Hai... macam-macam kisah menarik mengenai pilihan raya Sarawak ke-10 ni.
Ingatkan semasa kempen sahaja ianya hebat, rupa-rupanya setelah selesai pun kisahnya masih tak habis.

Mana satu yang betul pun kita tak tahu. SNAP kata ADUN Pelagus tu ahlinya dan mendakwa parti itu menang satu kerusi di situ. Sementara tuan badannya kata, dia menang sebagai calon Bebas dan menunggu mana-mana parti mempelawanya.

Bagaimanapun, dia berminat kalau dapat menyertai BN. Mahu ke BN terima sedangkan dia menang di DUN berkenaan mengalahkan calon BN?

Entahlah.... kita tunggulah apa sudahnya kisah selepas menang ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog