Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 April 2011

PRN SARAWAK: PKR Akan Bertanding Di 49 Kerusi, pemilik kedai runcit dari Mukah tentang Taib di Balingan


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 49 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April ini walaupun hanya menang di Padungan pada 2006 apabila pertama kali membuat penampilan dengan bertanding di 25 kerusi.

Ini menyebabkan parti itu akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di lebih 20 kerusi.

Ketua PKR negeri Baru Bian disahkan akan sekali lagi bertanding di Ba'Kelalan, satu-satunya kerusi yang Barisan Nasional masih belum mengumumkan calonnya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Ahad berkata PKR akan bertanding di 49 kerusi tetapi hanya memberikan senarai nama 47 calonnya tanpa memberikan nama calon bagi Jemoreng dan Semop.

Digugurkan ialah Dominique Ng yang menang di Padungan, kerusi yang ditukarkan dengan kerusi Batu Lintang antara PKR dan DAP.

Bercakap pada sidang media di sini, Azmin berkata PKR telah sebaik mungkin untuk mencapai persetujuan dengan parti-parti pembangkang dalam pembahagian kerusi tetapi gagal mencapai kata sepakat dengan SNAP dalam pembahagian kerusi di kawasan yang majoriti penduduknya etnik Iban.

Katanya PKR tidak akan bertanding di dua kawasan daripada 27 kawasan yang akan ditandingi oleh SNAP iaitu Pakan dan Marudi.

"Kami cuba menghormati semangat dalam Pakatan Rakyat untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN. Bagaimanapun, dalam pertemuan terakhir, SNAP mendesak untuk bertanding di 27 kawasan, yang majoritinya daripada etnik Iban," katanya.

PKR memutuskan untuk meletakkan calon di 25 kawasan yang mahu ditandingi SNAP atas faktor "calon yang boleh menang" kerana calon-calon PKR dirasakan lebih baik, kata Azmin.

"Saya yakin calon-calon kami adalah yang terbaik. Daripada 49 orang, lebih 50 peratus adalah muka baru," kata Azmin.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sibu hari ini untuk menyerahkan surat perakuan daripada parti kepada 22 calon termasuk dua wanita.


Berdepan pemilik kedai runcit
Antara mereka ialah pemilik kedai runcit di Mukah, Suriati Abdullah, 50, yang akan mencabar Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingin.

Calon-calon: Boniface Willy Anak Tumek (Opar), John Tenewi Nuek (Tasik Biru), Wan Zainal Abdin Wan Senusi (Pantai Damai), Ali Hossen bin Abang (Demak Laut), Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (Tupong), Zulrusdi Mohamad Hol (Samariang), Ahmad Nazib Johari (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Arip Ameran (Asajaya), Willie ak Mongin (Bengoh), Peter Ato ak Mayau (Tarat), Christopher ak Kiyui (Tebedu), Lainus ak Andrew Luwak (Kedup), Mashor Hossen (Simunjan), Abg Ahmad Arabi Abg Bolhassan (Lingga), Ibi ak Uding (Balai Ringin), Jimmy Lim @ Jimmy Donald (Bukit Begunan), Marudi @ Barudi ak Mawong (Engkilili), Nicholas Bawin ak Anggat (Batang Ai), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Saribas), Stanny Embat Pharoh ak Laja (Layar);

Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (Bukit Saban), Mohd Yahya Abdullah (Kalaka), Ali ak Biju (Krian), Abdul Wahab Abdullah (Belawai), Jamaludin Ibrahim (Daro), John Brian Anthony ak Jeremy Guang (Meluan), Aris anak Alap (Ngemah), George Chen Nguk Fa (Machan), Norisham Mohamed Ali (Nangka), Sylvester Ajah Subah @ Ajah bin Subah (Dalat), Mengga ak Mikui (Tamin);

Paul Anyie Raja (Kakus), Edward Sumbang ak Asun (Pelagus), Munan ak Laja (Katibas), Bedindang ak Manjah (Baleh), Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (Belaga), Abdul Jalil bin Bujang (Jepak), Bernard Binar Bayang ak Rading (Kemena), Ishak Mahwi (Bekenu), Zolhaidah Suboh (Lambir), Michael Teo Yu Keng (Senadin), Harrison Ngau Laing (Telang Usan), Dr Lau Liak Koi (Batu Danau), Baru Bian (Ba'Kelalan) and Japar Suyut (Bukit Sari)

Nama calon bagi DUN Semop dan DUN Jemoreng belum diumumkan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Sebagai tonggak pakatan pembangkang, sewajarnyalah PKR bertanding lebih banyak kawasan daripada parti-parti komponen lain. Lagi pun segala perbelanjaan pembangkang akan ditanggung oleh PKR.

Justeru, sebagaimana yang berlaku di Semenanjung pada PRU 2008 lalu, kebanyakan calon pilihan PKR adalah mereka yang dikutip dari tepi-tepi jalan. Mereka sanggup menawarkan diri kerana berpeluang dapat wang. Kalau menang nanti, belum tentu mereka kekal dengan PKR. Itulah yang berlaku dengan ramai wakil PKR di Semenanjung ini. Tidak mustahil di Sarawak juga serupa. Siapa yang akan menentang Taib Mahmud membuktikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog