Muhyiddin berkata dakwaan yang tersebar di Internet itu adalah tidak benar kerana proses pengundian belum selesai dan masih berjalan sehingga 5 petang ini.
"Ada berita-berita khabar angin oleh pembangkang (kononnya) mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, pakatan pembangkang (telah) ambil alih (kerajaan negeri).
"Ini merupakan satu pembohongan...pengundian belum selesai...undi pun belum dikira," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini pada Sabtu.
Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau mendapat maklumat bahawa ketua pembangkang yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak untuk ke London atau Amerika Syarikat.
"Kalau dia menang mesti dia tunggu sampai habis, kenapa awal-awal dia tinggalkan Sarawak? Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua mengundi kononnya takut jadi apa-apa," kata beliau.
Muhyiddin berkata khabar angin seumpama itu hanya disampaikan oleh orang yang terdesak.
"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)...saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu," katanya.
Beliau berkata tindakan pembangkang itu adalah satu perang psikologi bertujuan untuk mengelirukan pengundi.
"Ini adalah satu politik kotor yang terdesak. Belum ada kenyataan rasmi. Mereka ini sudah mendahului SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya.
Mengenai proses pengundian hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata bilangan yang keluar mengundi ketika ini agak baik tetapi beliau berharap lebih ramai akan keluar mengundi sebelum pukul 5 petang.
"Kawasan-kawasan rumah panjang...ramai yang mengundi awal. Jadi saya harap jentera BN dapat membawa lebih ramai orang untuk pergi mengundi," katanya.
Muhyiddin berkata banyak kawasan dilihat ada perubahan besar di kalangan pengundi-pengundi yang memahami tentang pilihan raya dan mereka memberi sokongan kepada calon-calon BN.
Beliau berkata pakatan pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tidak mempunyai sokongan di Sarawak manakala DAP hanya di sesetengah kawasan.
"Mereka kena import penyokong dari tempat lain...mereka ini bawa sekali budaya samseng. Ramai orang tempatan tidak suka keadaan ini kerana selama ini mereka hidup aman," katanya.
- Bernama
SATU MELAYU:
Undi belum dikira dan masa mengundi belum ditutup, tapi ada pulak yang buat cerita konon pembangkang dah menang dan BN dah tumbang di Sarawak... Gilerrr apa?
Kalau nak kelentong pun, biarlah ada logiknya sikit. Ini tak logik langsung.
Agaknya mereka yang sebar khabar angin tu belum tamat menuntut ‘ilmu kelentong dan membohong’ daripada mahaguru Anwar al-Jub....
Kalau pembangkang dah menang takkan Anwar dah cabut lari bersembunyi di London atau USA? Akai ada ka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan