Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 12 April 2011

PRN SARAWAK: Tak Mungkin Pas Dapat Perjuangkan Islam Di Sarawak Dengan Hanya Lima Kerusi – Daud

HASRAT Pas untuk bertapak di Sarawak dengan modal memperjuangkan Islam dipatah bagaikan pucuk ubi kayu oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Daud Abdul Rahman apabila beliau mempertikaikan hasrat sebenar Pas bertanding di Sarawak dengan memperoalkan apakah mungkin parti jenama Islam itu mampu memperjuangkan Islam dengan hanya bertanding di lima kerusi?

Sebaliknya, menurut beliau parti dari Semenanjung itu hanya datang untuk memecahbelahkan umat Islam di negeri ini.

"Ini berbeza dengan PBB yang merupakan parti terbesar mewakili penduduk Islam di Sarawak," katanya pada majlis perasmian Kursus Pendedahan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di Pusat Latihan Sarawak di Telaga Air, yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu, 27 daripada 35 kerusi yang ditandingi PBB terdiri daripada calon beragama Islam, kata Daud, yang juga Menteri (Hal Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri.

Justeru, tindakan PAS bertanding lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini bukanlah demi kepentingan perjuangan Islam tetapi lebih kepada kepentingan mereka sendiri semata-mata, katanya.

Lima kerusi yang ditandingi PAS adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu.

Beliau berkata PBB telah menjalinkan persefahaman yang rapat dengan rakan-rakan bukan Islam daripada parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional Sarawak.


Daud berkata mereka menghormati kepimpinan PBB kerana melihat parti itu adil untuk sama-sama mentadbir negeri ini.

Dalam pilihan raya ini, Daud akan mempertahankan kerusi Tupong berdepan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baharuddin @ Din Shah Mokhsen.

Nampaknya, temberang ala Anwar Ibrahim oleh juak-juak Pas di Bumi Kenyalang dapat dibaca dan ditolak oleh umat Islamnya.

Pas ingat orang Sarawak bodoh dan tak tahu apa yang telah mereka lakukan di Semenanjung dalam urusan yang bersangkutan dengan mempertahan dan memperjuangkan ajaran Islam.,

Apa yang berlaku di Selangor dimana Pas menjadi salah satu sekutu utama pakatan difahami dan dilihat oleh orang Islam Sarawak bagaimana Pas hanya jadi ‘pak turut’ dan tidak mampu bersuara pun dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan Islam.

Bagaimana suara Pas di Selangor dipandang remeh dan dipinggirkan oleh sekutunya – PKR dan DAP, sudah diketahui oleh Melayu/Islam Sarawak.

Cerita premis arak dan tempat maksiat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Selangor sebaik sahaja pakatan berkuasa, dinilai dan diperhatikan oleh orang Sarawak. Mereka tahu setakat mana kuasa dan kekuatan Pas mempertahankan Islam. Semuanya omong kosong dan gimik politik semata-mata.

Justeru, menjual agama Islam sebagai modal politik Pas pada PRN Sarawak tidak menjadi, malah di sebuah kampung di Miri, ceramah Pas dihalau mentah-mentah oleh penduduk setempat sebagaimana tersiar dalam video di blog-blog penyokong kerajaan hari ini.

Melayu/Islam Sarawak tak boleh terima Pas sebagai pejuang Islam di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog