Awang tak pasti sama ada hendak senyum atau bermuram. Mahu geleng kepala pun tak larat. Adakalanya terasa ia seperti bahan jenaka. Belum pernah berlaku sebegitu banyak aduan polis. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan ketenteraman kini menanti tindakan pihak berkuasa.
Aktiviti ekonomi di ibu negara akan lumpuh. Jalan pasti sesak teruk. Suasana tegang. Industri pelancongan menerima kesannya. Sudah ada ramai warga kota yang bimbang dan memohon cuti. Itu belum menyentuh persiapan membeli lebih banyak barang dapur dan keperluan untuk hadapi kemungkinan situasi lebih buruk. Imej Malaysia di luar negara juga akan terjejas.
Awang seperti juga ramai rakyat Malaysia, sesungguhnya sudah bosan dengan amaran demi amaran. Sebab itu pihak penganjur terutama Ambiga Sreenevasan besar kepala. Anwar Ibrahim yang menjadi perancang utama senyum nakal betapa rancangannya hampir berjaya.
Seperti yang Awang tulis dua minggu lalu, perhimpunan itu kotor dan bukannya bersih. Ia bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu kes video seks beliau dan sokongan merudum ke atas pembangkang terutama PKR.
Tanpa perhimpunan besar-besaran pun, jika rakyat terpikat dengan pembangkang, mereka akan menyokong pembangkang pada pilihan raya umum. Mudah sahaja. Perhimpunan haram itu hanya mahu menyelamatkan Anwar. Dalam kaitan ini, Awang setuju dengan komen mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mereka yang berhati bersih tidak akan menyertai perhimpunan Bersih.
Motif Ambiga juga boleh dibaca. Ia ternyata bertujuan politik dengan bertopengkan desakan menuntut pilihan raya bersih. Beliau juga dilihat oleh beberapa pihak sebagai seorang yang anti-Islam dalam beberapa isu, yang terserah kepada pembaca untuk nilaikan sendiri.
Apakah Ambiga mahu bertanggungjawab jika berlaku kekacauan dan ibu negara bermandi darah?
Selain agenda tersirat untuk menggugat ketenteraman, Awang melihat perhimpunan itu mahu membuka pintu kemudian hari bagi mencabar Perlembagaan negara. Jika perhimpunan itu berjaya, akan menyusul perhimpunan lain menuntut banyak perkara lagi.
Kepada kebimbangan akan berlaku pertempuran di antara penyokong perhimpunan haram Bersih dan kumpulan yang menentangnya, itulah risiko terbesar. Peserta perhimpunan yang majoriti Melayu akan bertempur dengan kumpulan penentang, yang juga ramai Melayu.
Ada pihak seperti pemimpin DAP akan bersorak dalam hati. Umat Islam dan Melayu bukan sahaja berpecah belah malah diperbodohkan.
Jika pertempuran berlaku, ia akan lebih buruk daripada pertentangan dua kumpulan rakyat di Bangkok tidak lama dulu. Apatah lagi memang ada pihak ketiga yang mahu menangguk di air keroh dan menanti rusuhan besar di Kuala Lumpur.
Awang percaya pihak berkuasa sudah bersedia untuk bertindak tegas. Masa berlembut dan asyik memberi amaran sudah berlalu. Kita tiada pilihan.
- Mingguan Malaysia
SATU MELAYU:
Melayu memang banyak dan tebal sifat tolak ansurnya. Tapi, bila Melayu dah hilang sabar buruk padahnya. Bak kata Usman Awang:
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan