Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 2 Julai 2011

Tiada Siapa Dapat Beri Jaminan Semasa Perhimpunan - Muhyiddin

Siapa yang boleh jamin 'lembu-lembu' ini tidak merusuh dan buat kacau?
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sesiapa pun dapat memberi jaminan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak baik pada perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan dari hanya satu pihak sahaja sudah cukup untuk mencetuskan huru hara dan tiada siapa boleh memberi jaminan 100 peratus bahawa perhimpunan akan diadakan secara aman.

"Lebih baik mengambil langkah awal sebelum tercetus kejadian tidak diingini. Inilah rasional pihak berkuasa melarang perhimpunan itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis "Kenduri Rakyat" di Dataran Alor Pongsu, Bagan Serai, pada Sabtu.

Muhyiddin berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga atau Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak boleh menyatakan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tiada perkara buruk akan berlaku.

"Tak boleh jamin 100 peratus...letak deposit cakap takde apa berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata soal pokok sekarang adalah perhimpunan itu boleh menyebabkan pergolakan dan ketegangan yang akan menyebabkan negara kita menghadapi masalah besar, ekonomi akan terbantut dan perpaduan rakyat akan tergugat.

"Pengalaman di negara-negara yang kita tahu di Timur Tengah (apabila berlaku pergolakan), kuasa-kuasa asing mudah campur tangan dengan menghantar pasukan tentera dan sebagainya kononnya nak bantu selesai masalah negara itu," katanya.

Katanya pengalaman negara lain harus dijadikan iktibar supaya tidak berlaku di negara ini.

Mengenai tindakan kumpulan yang membantah perhimpunan haram itu dengan mengadakan demonstrasi seperti di Pulau Pinang, semalam, Muhyiddin berkata keadaan boleh menjadi lebih buruk jika pihak yang menyokong dan membantah bertembung.

Oleh itu, bagi mengelak kejadian lebih buruk, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan tanpa memilih bulu, katanya.

Mengenai dakwaan supaya perhimpunan itu dibenarkan dan dikawal, Muhyiddin berkata perhimpunan Bersih adalah untuk menyerahkan memorandum dan ia tidak memerlukan 100,000 orang dan cukuplah hanya seorang untuk melakukannya.

"Saya pesimistik dalam hal ini. Apa saja yang dilakukan bukan hasilkan keputusan yang baik...sama ada sokong atau tak ia takkan bawa kesan yang baik kepada negara," katanya.

Muhyiddin berkata asas kepada pembangunan masa depan negara bergantung kepada negara kekal stabil dan tidak berdepan dengan pergolakan sama ada keselamatan atau politik.
- Bernama

SATU MELAYU:
Berhak sangatkah makhluk perosak ini?
Apa komen para cerdik pandai bertaraf Profesor yang konon ‘pakar perlembagaan’ yang mengatakan rakyat ada hak berhimpun dan memprotes pemerintah sebagaimana di peruntukkan Perlembagaan Negara?

Apa yang berlaku sekarang ialah rakyat yang konon ada hak berhimpun ada dua kumpulan – pro dan kontra. Yang menyokong dan yang menentang. Kedua-dua pihak adalah rakyat yang ada hak berhimpun.

Apabila kedua kumpulan rakyat yang berhak kelihatan seolah-olah mahu bertempur (pasti akan bertempur kalau tidak dicegah), apakah kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak ada hak pula untuk mencegah daripada diteruskan perhimpunan itu?

Siapa yang ada hak sekarang? Dua kumpulan rakyat yang bertentangan atau kerajaan? Mungkin hanya ‘orang gila’ sahaja yang berkata perhimpunan mesti diteruskan demi mengutamakan hak rakyat....

Hak rakyat mana yang harus diutamankan sekarang? Pengacau negara bernama Ambiga, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng atau Mat Sabu?

2 ulasan:

enalrahim berkata...

Salam Pak Sulung,
Masalahnya Prof yang bercakap tu, semua Prof yang dah habis pandai. Kebanyakkan Prof-prof tu semuanya sibuk dengan business sendiri, bukannya sibuk mendidik anak bangsa.

Pak Sulung berkata...

Assalammualaikum wmt.
Kalau nak berniaga buat cara nak berniaga. Ikut macam orang Cina. Mana ada mereka sibuk pasal politik. Yg sibuk tu hanya yg aktif dalam politik ajer. Yg berniaga dok diam, dok cari duit tambah harta.

Jenis cerdik pandai Melayu ni, konon nak jadi pendidik bangsa, tapi ada niat nak jadi kaya dgn berniaga. Bila tak berjaya salahkan kerajaan dan hentam kerajaan.

Akhirnya, kerjaya entah kemana, niat nak cari kaya tak jadi. Bila kecewa kutuk kerajaan dan sesatkan orang ramai atas nama akademik.
Wallahhualam....

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog