Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 28 Jun 2011

BERSIH 2: Gerakan Komunis ‘tumpang sekaki’ atau memang mereka terlibat?


PENDEDAHAN polis mengenai keterlibatan gerakan komunis dalam merencanakan Bersih 2 melalui tangkapan beberapa orang ahli Parti Sosialis Malaysia beberapa hari lalu menyedarkan kita semua bahawa gerakan komunis ala Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, masih wujud dan bergerak aktif bila ada peluang.

Jika dirujuk sejarah Parti Komunis Malaya, pada 6 Mac 1933 satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka perlembagaan PKM.

Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930-an.

Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada 1936-1937.

Sebagai contoh, satu permogokan besar berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937 di mana 6,000 pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak majikan.

Berikutan peristiwa itu, kerajaan (penjajah British) telah mengisytiharkan Banishment Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap kerana melanggar undang-undang tersebut. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China.

PKM telah diharamkan penubuhannya oleh kerajaan negara kita sama ada semasa sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka – dulu, kini dan selamanya. Gerakan komunis melalui PKM dianggap telah mati, tetapi benihnya masih ada. Gerakan PKM kekal berada di dalam NGO tertentu hingga kini. Mungkin namanya berubah tapi edeologinya masih kekal.

Buktinya, apabila ‘pakatan haram jadah’ mula beroleh kuasa di lima buah negeri melalui PRU 2008, pemimpin tertentu dalam DAP memulakan rencana dengan cuba mendesak kerajaan membenarkan Chin Peng – pemimpin utama PKM yang berkelana di luar negara, dibawa pulang.

Pemimpin utama DAP Perak – Ngeh dan Nga, ketika itu beriya-iya mendesak kerajaan menerima permintaan mereka. Tunjuk perasaan mendesak kerajaan dilancarkan. Tapi kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu, mereka gagal dan terhenti dengan sendirinya.

Ketika itu, orang Melayu bersama beberapa NGO menentang keras usaha DAP itu. Usaha mereka gagal apabila kerajaan menolak permohonan mereka. Isu itu terhenti dan tidak berdetik lagi. Walaupun apinya telah padam dan asapnya tidak kelihatan, baranya masih membakar di bawah tanah.

Rupa-rupanya usaha mereka masih belum mati. Gerakan senyap ala-komunis masih berjalan. Mereka sentiasa menanti peluang untuk bertindak. Setelah gagal membawa Chin Peng kembali ke Tanah Melayu, kini Bersih 2 mereka lihat berpotensi dijadikan kuda tonggangan.

Perhimpunan Bersih 2 yang dirancang sekian lama dan diuar-uarkan lama sebelum tarikh 9 Julai membuka ruang untuk PKM ‘tumpang sekaki’.

Melihatkan Anwar Ibrahim serta PKR-nya dan juga PAS menyokong penuh apa yang direncanakan Bersih, PKM melalui gerakan sosialis yang telah dilupakan rakyat, ‘tumpang sekaki’ untuk mengambil peluang meruntuhkan politik dan ekonomi negara Malaysia berilhamkan ‘gerakan rakyat’ di negara-negara Timur Tengah baru-baru ini.

Perjuangan atas nama rakyat dan ‘sama rata sama rasa’ adalah mainan komunis. Sementara gerakan sosialis dan komunis adalah ‘adik beradik kembar’.

Sesungguhnya, cita-cita PKM untuk merampas negara ini dari tangan orang Melayu masih belum padam. Apinya masih membara. Ada pihak yang masih menaruh harapan untuk menjadikan negara ini milik kaum mereka. Anwar Ibrahim hanya alat sementara.

Kalau berjaya, Anwar mungkin diguna untuk seketika. Selepas itu, bayang Melayu pun tak akan ada dalam pemerintahan perampas kuasa itu nanti.

Itulah yang terjadi kepada Melayu di Singapura. Bila Singapura merdeka kerana keluar dari Persekutuan Malaysia, Presiden pertama negara itu adalah orang Melayu – Yusuf Ishak. Lepas itu, lebih tepat selepas Melayu itu mati, jangan harap ada Melayu lain yang jadi Presiden Singapura.

Tragedi 13 Mei tercetus kerana perarakan dan perhimpunan
Apapun, peluang yang datang kepada mereka adalah kerana negara ini dilihat semakin berkecamuk politiknya gara-gara seorang ‘anak ha...’ yang bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri. Malang baginya, Allah SWT tidak mengizinkan angan-angan hambaNya itu bilamana tabiat dan nafsu serakahnya masih tidak dapat dikawal dan kini segalanya terdedah satu demi satu. Begitu takdir awal Ilahi terhadap makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

Kesimpulannya, kalau negara tercinta ini kacau-bilau dan huru-hara kerana karenah politik Anwar Ibrahim melalui ‘pakatan haram jadah’, kuasa asing seperti gerakan komunis akan cuba mengambil kesempatan untuk merampas kuasa. Cubaan mereka setelah tentera Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia Kedua gagal. Kini mereka mencuba pula melalui kecelaruan yang timbul kerana politik orang Melayu berpecah-belah kerana Anwar Ibrahim.

Selain gerakan komunis ada puak lain yang turut sama merencanakan Bersih 2 itu. Mereka juga mempunyai matlamat dan cita-cita serupa seperti PKM. Antara mereka kelihatannya bersatu buat masa ini, tapi jika berjaya nanti puak komunis mungkin akan kalah.

Yang benar-benar akan berkuasa nanti ialah puak zionis....
Wallahhualam.

1 ulasan:

Wake UP! berkata...

Salam. Mana ada sekaki? Memang mereka terlibat pun. Tapi siapa pun akan menafikan bila mereka didedahkan menjadi dalang kuasa asing.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog