Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 27 Jun 2011

'Gerakan Komunis' pun cuba ambil kesempatan kerana Bersih 2?

KECEKAPAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sekali gus membanteras kegiatan antikerajaan yang dipercayai melibatkan sebuah parti pembangkang lengkap dengan bukti risalah dan pakaian prokomunis diperoleh selepas tangkapan ke atas mereka di Pulau Pinang, kelmarin.
POLIS mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,” katanya pada sidang akhbar di Kepala Batas pada Ahad.

Semalam, Jeyakumar bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini.

Kumpulan itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.

Abdul Rahim berkata, pihaknya merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah ‘Udahlah tu..Bersaralah’, 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis ‘Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah’.

Turut dirampas dalam bas berkenaan adalah dua alat pembesar suara dan mikrofon.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:
“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.

Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.

“Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan polis manakala seorang daripadanya yang berusia 16 tahun dibebaskan kerana masih di bawah umur,” tambahnya.
-UtusanOnline

SATU MELAYU:
Terlebih dahulu SM ucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Polis Di Raja Malaysia yang berjaya mengesan, menangkap dan mendedah-
kan petualang-petualang negara yang tersangat inginkan sebuah negara milik orang Melayu ini jadi milik mereka.

Begitulah cara anasir-anasir luar yang mahu menguasai Malaysia mengambil kesempatan untuk bertindak. Sebabnya? Kerana negara Malaysia kini sedang bergelombang gara-gara seorang ‘anak ha...’  yang tak sudah-sudah dengan cita-citanya untuk jadi PM, melakukan apa sahaja bagi maksud memuaskan hati dan mencapai cita-cita yang tidak diredhai oleh Allah SWT.

Kerananya, umat Melayu berpecah dan agama Islam terancam. Bila semua itu terjadi, maka pihak yang selama ini menanti peluang untuk merampas kuasa atau mengembangkan pengaruhnya bagi tujuan tertentu pun tumpang sekaki.

Bersih mungkin dianjurkan dengan bantuan kewangan NGO Kristian kerana mengambil peluang atas perpecahan umat Melayu/Islam kerana isu Anwar Ibrahim. Dan Anwar/PKR serta Pas melihat Bersih 2 sebagai peluang terbaik untuk memulihkan imej parti masing-masing yang hancai-bocai kerana masalah moral dan skandal seks serta bersekongkol dengan DAP.

Sementara itu, gerakan komunis yang berselindung di sebalik jenama sosialis juga turut mengambil peluang dengan harapan ketika negara ini huru-hara mereka ada peluang untuk berkuasa melalui keganasan.

 Strategi komunis ini pernah dipraktikkan ketika Tanah Melayu berada dalam keadaan tidak menentu apabila tentera Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua pada 1945. Ketika itu PKM mengambil-alih kuasa selama 14 hari sebelum British datang semula menjajah Tanah Melayu.

Berdasarkan catatan sejarah perjuangan komujis di Tanah Melayu, cita-cita mereka mahu menjadikan negara Melayu ini sebagai Republik Malaya dan gerakan mereka berpusat di Singapura.

Fikir-fikirkanlah jalinan sejarah dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

Sejarah sentiasa berulang dengan cara dan jenama yang bersesuaian mengikut masa. Contoh, bila jenama komunis menjadi phobia kepada warga Malaysia, maka di guna-pakai. Namanya lain tetapi matlamat dan cara pergerakannya sama.

1 ulasan:

abatasa berkata...

masuk akal juga. pkm masoh hidup di belakang dap. pasti melayu terjerap dalam permainan ini.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog