Beliau berkata, adalah tidak wajar pembangkang terus memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tetapi pada masa yang sama mempertikai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan pilihan raya di negara ini.
"Yang kita yakini, proses (pilihan raya) yang dilakukan di negara ini adalah adil dan telus. Sebelum ini, semuanya berjalan lancar termasuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini atau pilihan raya umum 2008," kata Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pembangunan Pendidikan Kawasan Parlimen Semporna sempena Hari Guru peringkat daerah itu pada Sabtu.
Beliau mengulas mengenai hasrat kumpulan pengacau untuk mengadakan perhimpunan haram secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai depan.
Shafie berkata, sekiranya proses pilihan raya yang diamalkan di negara ini selama ini tidak telus dan adil, bagaimana pembangkang boleh menang di lima negeri dalam pilihan raya umum 2008 manakala PAS pula terus memerintah Kelantan melebihi 20 tahun.
- Bernama/Utusan
SATU MELAYU:
Sebab itulah huru-hara yang dirancang melalui perhimpunan Bersih 2 itu dibuat atas nama NGO yang diketuai pula oleh seorang wanita hindu yang tidak pernah bertanding dalam pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan