Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 29 Jun 2011

BERSIH 2: Suasana tegang apabila dua kumpulan bertembung di Seberang Perai....

SUASANA di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) malam ini tegang apabila lebih 200 penduduk setempat berarak dan bertembung dengan sekumpulan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkampung di kawasan itu sejak semalam.

Tinjauan mendapati, satu-satunya laluan menuju bangunan tersebut yang biasanya senyap sunyi bertukar hingar-bingar dengan jeritan bantahan penduduk yang berarak dari Dewan Milennium, dekat sini bermula pukul 9 malam.

Difahamkan, beberapa aduan dibuat kepada polis mengenai tindakan kira-kira 50 penyokong parti tersebut yang berkumpul di kawasan itu sejak petang semalam sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk selepas parti itu dikaitkan dengan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Kumpulan penduduk itu turut disertai ahli Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas serta anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Belia 4B sekitar daerah ini.

Tinjauan juga mendapati, polis mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan kira-kira 20 anggota Unit Pencegah Rusuhan (PORU) di kawasan tersebut bagi mengelakkan pertempuran antara dua kumpulan itu.

Perarakan yang mulanya berlangsung aman bertukar tegang apabila kumpulan penduduk menghampiri bangunan IPD dengan laungan 'Allahuakbar' serta jeritan seperti 'Negara kita ada undang-undang', 'Jangan rosakkan keamanan negara' dan 'Ini bukan negara komunis'.

Pada satu ketika, keadaan seperti tidak dapat dikawal apabila kedudukan dua kumpulan itu semakin hampir sehingga memaksa polis berada di tengah-tengah laluan bagi mengelak berlakunya pertempuran.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kaum imigran dah naik tocang.... Sampai bila orang Melayu harus bersabar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog