Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 28 Jun 2011

Apabila Pihak Berkuasa Negara Membersih 'Bersih yang Kotor', maka....

Empat Peguam PSM Cuba Dapatkan Perintah Mahkamah Tinggi Semak Semula Arahan Reman....

EMPAT orang peguam yang mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk menyemak semula keputusan arahan reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth ke atas 30 anggota parti itu.

Permohonan tersebut dikemukakan oleh V. Parthipan, C. Ravichandran, Agatha Foo dan Karen Lai di Mahkamah Tinggi George Town, tengah hari Selasa.

V. Parthipan yang mewakili peguam-peguam tersebut berkata, ahli keluarga mereka yang ditahan itu berasa tidak puas hati dengan perintah tahanan reman tersebut dan mahukan ia disemak semula.

Arahan tahanan reman itu berakhir Sabtu ini.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani A. Rahim akan mendengar permohonan mereka pada jam 2.30 petang Rabu.

Sabtu lalu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan 30 yang lain telah ditahan kerana memiliki beberapa bahan serta kemeja-t yang memaparkan wajah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.

Mereka disiasat atas dakwaan cuba mencetuskan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
- Bernama

PSM Buat Laporan Polis Laporan Utusan Malaysia....

PARTI Sosialis Malaysia (PSM) pada Selasa membuat laporan polis ke atas laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung campur tangan pihak asing dalam membantu NGO mencetuskan huru-hara sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Setiausaha Agungnya, S. Arutchelvan mengesahkan bahawa beliau telah membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dekat Bertam.

Laporan polis itu dibuat atas apa yang telah disiarkan oleh Utusan, Selasa.

Dalam laporannya itu,Utusan menyebut Romeo Castillo dari Filipina dan Min Young Song dari South Korea, sebagai agen asing yang datang ke sini untuk menjalankan propaganda negatif ke atas kerajaan, yang pada pandangan Arutchelvan adalah tidak benar.

"Bagaimana polis yang menahan mereka Ahad lalu membebaskan kedua-duanya jika benar mereka adalah agen asing," tegas Arutchelvan sambil menambah, Castillo sebenarnya adalah timbalan setiausaha PartiLabouring Masses yang datang ke sini atas jemputan PSM untuk menghadiri kongres PSM pada 3 hingga 5 Julai nanti.

Young Song pula katanya adalah wakil Yayasan May 18 Korea Selatan yang berada di sini untuk menghadiri program.

Kata Arutchelvan, walaupun pada mula ditahan polis tetapi mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan haram atau mengedarkan risalah mahupun melakukan lain-lain aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negara ini.

Tegasnya, adalah tidak masuk akal sama sekali bahawa mereka ini dituduh cuba mengulingkan Kerajaan Malaysia.

Hujung minggu lalu, 30 ahli PSM beserta ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar telah ditahan di Pulau Pinang dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Dua apabila polis menemui beberapa helai kemeja-t yang mempunyai cop pemimpin Parti Komunis Malaya yang diharamkan seperti Ching Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah.
- mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog