Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 27 Jun 2011

Saman Felda Terhadap Wan Azizah dan Tan Kee Kwong Didengar Berasingan.... Kak Wan kalian gigil?

SAMAN fitnah RM200 juta yang difailkan oleh Felda terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Azizah Ismail dan tiga defendan yang lain akan didengar secara berasingan dari samannya terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan dan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'hara membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam N.Surendran yang mewakili defendan dan peguam-peguam yang mewakili Felda, Datuk Mahinder Singh Dulku dan Datuk Firoz Ahmad Jamaluddin.

Permohonan kedua-dua saman itu untuk didengar secara bersama dibuat Wan Azizah dan Naib Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib serta wartawan akhbar itu, Rusnizam Mahat sebagai defendan.

Tan Kee Kwong
Mahkamah menolak permohonan itu dengan kos RM2,000 kerana berpendapat permohonan tersebut bersifat tidak matang.
 

Terdahulu peguam N. Surendan yang mewakili defendan-defendan berhujah bahawa permohonan untuk menggabungkan saman itu dengan saman terhadap Tan adalah untuk menjimatkan masa, selain melibatkan isu dan fakta yang sama.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Wan Azizah, Syed Husin, Dzulkarnain, dan Rusnizam kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar milik parti PKR, Suara Keadilan.

Felda mendakwa akhbar itu telah menerbitkan dua artikel yang didakwa bersifat memfitnah pada 22 Jun 2010 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bankrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Pada 25 Januari lalu pula, Felda memfailkan saman terhadap Tan, yang menyertai PKR pada 6 September 2008 atas dakwaan memfitnah melibatkan artikel yang sama.

Felda mendakwa, Tan telah mengeluarkan kata-kata fitnah tersebut semasa beliau ditemuramah oleh seorang wartawan Suara Keadilan, Faizal Zakaria beberapa hari sebelum 22 Jun 2010.

Menurut plaintif lagi, Tan mengetahui bahawa pernyataan fitnah yang dibuat kepada wartawan terbabit sepanjang temuramah berlangsung akan disiarkan dalam akhbar itu.

Plaintif seterusnya mendakwa, fitnah serius oleh defendan boleh menyebabkan penghinaan dan mengaibkan kedua-duanya di khalayak ramai, masyarakat negara ini dan luar negara selain mendatangkan kerugian maksimum.

Pada 17 Jun lalu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan agar saman terhadap Tan didengar pada 7 hingga 12 Julai ini.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kenapa Wan Azizah mohon dibicarakan secara berkumpulan? Dia tak berani nak jawab perbicaraan secara sendirian? Sebab apa? Kerana selama ini dia hanya boneka yang tak tahu apa-apa pun mengenai bahan berita Suara Keadilan?

Itulah akibatnya apabila Kak Wan kalian tu redha dirinya jadi boneka.

Kalau begitu sahlah seperti yang didakwa YB Datuk Zulkifli Nordin bahawa Anwar Ibrahim sangat takut Wan Azizah berdepan dengan kes mahkamah secara sendirian dalam kes liwat II di mana Wan Azizah jadi alibi pembelaannya nanti.

Begitulah takdir Allah SWT ke atas hambaNya yang berdusta kerana ‘menegakkan benag basah’ dan yang terlafaz tidak sama dengan isi hati.

Bagaimanapun, apa nak takut? Kalau kalah dan kena bayar kepada Felda tak jadi hal kepada Anwar dan Wan Azizah. Berbilion wang negara yang dilarikan dahulu masih kecil jika dibandingkan dengan RM200 juta yang dituntut pihak Felda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog