Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 26 Jun 2011

BERSIH 2: Amaran!... Amaran!... Amaran!... Lagi banyak amaran lagi eksyen ler demer....

ISA Boleh Digunakan Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

"Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah(JI)...sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti diekploitasi pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor.

Hishammuddin berkata polis sedang memantau situasi dan perkembangan berkaitan perhimpunan haram tersebut termasuk reaksi daripada pelbagai pihak sama ada menyokong atau membantah perhimpunan haram itu.

Mengenai kemampuan polis dalam menangani perhimpunan pada hari itu nanti, beliau berkata polis dan pasukan keselamatan bersedia menghadapi kemungkinan pada hari tersebut.

Berhubung 31 orang termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang pada Sabtu, Hishammuddin berkata siasatan awal mendapati mereka ditahan kerana mempunyai agenda tertentu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tak ada kata-kata ‘kemungkinan’ untuk pengkhianat dan pengacau negara. Contohilah pemerintahan Tun Dr. Mahathir dulu. Rujuk apa yang Tun pernah lakukan terhadap makhluk perosak. Buya dulu baru cakap. Jangan cakap kemudian belum tentu boleh buat. Kurangkan bercakap. Bila banyak cakap bagaikan memberi publisiti kepada mereka.

Penjawat Awam Diminta Tidak Terlibat Dengan BERSIH

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

"Jika mereka terlibat dan tertangkap atau sebagainya, Cuepacs tidak akan membela mereka dan perkara itu merupakan risiko tanggungjawab mereka sendiri dan kita nasihatkan supaya mereka mematuhi Aku Janji yang dalam pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Kulim.
- Bernama

SATU MELAYU:
Apa yang CUEPACS boleh buat kalau kakitangan kerajaan turut serta dan menjadi penyokong tegar pembangkang melalui Bersih? Tahukah Presiden CUEPACS berapa ramai ahlinya yang menjadi penyokong tegar pembangkang dan sedia lakukan apa sahaja menjahanamkan negara yang tanggung mereka cari makan? Cuba cek tengok!

Selangor Tak Tanggung Kos Guaman Penduduk Yang Ditahan Pada 9 Julai - Khalid Ibrahim

KERAJAAN Selangor tidak dapat memberi jaminan sama ada akan menanggung kos perundangan bagi penduduk negeri itu yang ditahan pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak berani menjanjikan apa-apa berhubung perkara itu kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya.

"Kita tidak boleh janji, nanti tidak mampu bantu orang (yang ditahan dalam perhimpunan itu nanti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Beliau berkata pihaknya sedang mencari jalan bagi menghulurkan bantuan lain kepada penduduk Selangor yang ditahan pada perhimpunan itu nanti.
- Bernama

SATU MELAYU:
Belum apa-apa Khalid dah angkat tangan tak jamin boleh menolong sesiapa rakyat Selangor yang ditahan kerana himpunan Bersih 2 nanti. Pemimpin macam ini pun ada. Apa punya pemimpin. Sokongan penyokong diperlukan tapi tak sanggup pulak bertanggungjawab. Itu pun masih ada yang sokong puak ‘haram jadah’ ini?

2 ulasan:

Cicit Maharajalela berkata...

salam perjuangan,

mohon link blog saya: gerakanantidap.blogspot.com

blog tuan telah saya link ke blog saya.

TQ.

enalrahim berkata...

Salam Pak Sulung,
Rasanya Tun M adalah orang yang paling sedih melihat keadaan pada hari ini.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog