Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 3 Jun 2011

HANCURNYA PERJUANGAN SEBUAH PARTI JENAMA ISLAM: PAS Henti Perjuangan Negara Islam?


Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, Jumaat.
APA dah jadi dengan kepimpinan Pas sekarang? Dengan berani dan tanpa rasa malu, Presidennya Abdul Hadi Awang mengisytiharkan parti itu tidak lagi mahu melaksanakan agenda perubahan menerusi slogan ‘negara Islam’.

Pendedahan itu membuktikan bahawa selama ini apa jua slogan yang digunapakai Pas adalah ‘temberang’ dan ‘omong kosong’ semata-mata. Siapa yang Hadi nak tipu? Rakyat Malaysia atau ahli-ahlinya yang selama ini begitu taat dan setia menyokong parti itu kerana agama islam?

Kalau dah slogan ‘negara Islam’ itu boleh diketepikan sesuka hati, apakah slogan-slogan lain selepas ini boleh dipercayai?

Aduhai! Malang sungguh nasib para pejuang Pas yang selama ini menyokong parti itu kerana mahukan negara Islam, Undang-undang Islam dan macam-macam lagi aturan kehidupan mengikut Islam.

Kalian semua telah kena tipu rupanya... kesiannnnnnnn..!

Tidak syak lagi inilah pengorbanan paling besar dan berharga oleh pemimpin Pas demi memenuhi hasrat dan cita-cita Anwar Ibrahim yang sekian lama bagaikan orang gila kerana meroyankan kediaman dan pejabat di Putrajaya.

Hadi selaku Presiden Pas telah mengorbankan perjuangan asal penaja-penaja awal Pas selepas gagal meyakinkan komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP mengenai konsep negara Islam. PAS kini tegas mahu melaksanakan agenda perubahan menerusi slogan 'negara berkebajikan'.

Abdul Hadi menyifatkan konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh parti itu kini lebih terbuka khususnya bagi mengukuhkan hubungan dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

"Negara berkebajikan adalah satu istilah yang terkandung dalam Al-Quran... ia sesuai untuk semua tanpa mengira fahaman agama.

"Ia satu konsep yang ada dalam Islam, jadi kita dahulukan kebajikan untuk rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57 di Gombak, Jumaat.

Kalau ikutkan ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quraan tidaklah ‘Ketua Nombor Satu’ pakatan haram jadah – Anwar Ibrahim, meliwat dan melanggan pelacur bila-bila masa dia teragak.

Janganlah gunakan al-Quran sebagai dalih atau lasan untuk menegakkan benang basah. Itu sebab sampai bila pun Pas tak akan berjaya.... Al-Quraan dan agama suci Allah SWT itu jadi bahan kempen politik bagaikan barang mainan. Pakai ikut suka hati dan ikut kesesuaian kepentingan politik asabiyah.

Ketika ditanya sama ada PAS sudah melupakan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangan parti itu sebelum ini, Abdul Hadi bagaimanapun berkata kedua-dua konsep berkenaan hanya disifatkan sebagai label atau jenama.

"Dalam al-Quran tak sebut tentang negara Islam, tapi ada menyebut tentang negara kebajikan," katanya.

Inilah dalil bagaimana pemimpin Pas mempermainkan ayat-ayat suci demi politik kepentingan dunia. Outar sana sini berdalih cari ruang untuk membetulkan sabdu. Tendang terajang, ahli yang mereka anggap bangang jadi mangsa ideologi.

Malah Abdul Hadi turut menyatakan bahawa masih belum tiba masa bagi PAS untuk melaksanakan agenda negara Islam.

"Belum tiba masanya (laksana negara Islam). Apa yang penting ialah pelaksanaan.

"Kalau letak jenama sahaja tapi tak laksana tetap tak ada faedah," katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Membangun Negara Berkebajikan' Abdul Hadi turut berikrar bahawa PAS komited untuk memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara bersama dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

"Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita bahawa Islam itu merangkumi seluruh cara hidup yang berkonsepkan amal kebajikan," katanya.

Tak payahlah Hadi sebut perkataan Islam lagi. Ikut saja apa yang disuruh oleh Anwar seperti yang diarahkan Lim Kit Siang.

Jahanam....

Muktamad, PAS-Umno Tidak Akan Bergabung - Hadi

PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno khususnya berkaitan dengan penggabungan ataupun kerjasama politik.

Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata, parti itu tegas dan konsisten untuk terus bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Untuk gabung dalam pilihan raya... tak ada. Tapi kalau nak bincang untuk cari persefahaman mewujudkan satu sistem pilihan raya yang adil, itu boleh," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57.

Beliau mengulas mengenai polemik yang dibangkitkan Umno khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berterusan mengajak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkan gagal memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mempersoalkan keupayaan Umno untuk berhadapan dengan rakyat khususnya apabila terus membangkitkan isu kerajaan perpaduan terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 .

"Susah sangat ke Umno sekarang ini? Susah sampai nak memerlukan PAS (untuk kerjasama)?

"Kita akan terus dengan Pakatan Rakyat mengikut agenda yang kita atur dan seterusnya untuk berhadapan pilihan raya umum," ujarnya.

Umno tak pernah akan jadi susah kerana Pas. Yang Umno susahkan ialah bagaimana sekumpulan orang Melayu yang berada di bawah pimpinan kamu telah tergadai kepada DAP dan Anwar hingga mata jadi kelabu dan otak jadi buntu.

Parti jenama Islam tapi masih bersekongkol dengan puak kafir harbi dan bermati-matian membela raja maksiat – Anwar Ibrahim, yang dulu pernah melabelkan Nik Aziz sebagai ‘ulama terompah’.

Nampaknya Abdul hadi benar-benar telah dipicit anunya oleh Anwar Ibrahim (kumpulan Erdogan) hingga dia terpaksa tunduk dan patuh kepada apa yang dikehendaki oleh pimpinan atasannya – PKR dan DAP.

Bolehlkah lagi orang Melayu yang masih berada dalam Pas menerima kata-kata Hadi yang telah menggadaikan parti kesayangan kalian kepada DAP dan PKR semata-mata kerana mengidamkan Putrajaya, sedangkan yang akan diangkat jadi PM di Putrajaya nanti bukan dirinya, tetapi Anwar Ibrahim (Jaguh Skandal Seks Terhebat Malaysia) dan kaki temberang nombor wahid?

Dua kenyataan ini – membatalkan slogan ‘negara Islam’ dan ‘taat setia bersama PKR dan DAP’ – adalah satu kenyataan yang sangat mengecewakan orang Melayu beragama Islam dalam Pas.

Benarkah ini kata-kata dari Abdul Hadi Awang atau dia sekadar membacakan teks yang telah disediakan untuknya?

Kalian ahli Pas kena fikir panjang-panjang sebelum menerima kenyataan Hadi itu. Presiden kalian itu nampaknya bagaikan telah diletakkan muncung pistul di kepalanya.

Habilah Pas lepas ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog