SEMUA pihak diminta menghentikan penggunaan istilah 'bir halal' kerana penggunaannya adalah tidak sesuai dan boleh mengelirukan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, 'bir' secara umum diketahui umat Islam adalah haram dan tidak sesuai untuk digunakan kepada minuman yang tidak beralkohol.
Katanya, semua pihak adalah dicadangkan membuat permohonan awal mengenai produk mereka kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri supaya ia boleh diperbetulkan.
"Di Malaysia kita ada protokol sendiri dalam menentukan status halal sesuatu produk, mungkin ia berbeza dengan negara-negara lain tetapi selepas ini kita akan tetapkan mana-mana produk yang diimport walaupun ada logo halal ia akan tetap dikaji bagi menentukan ia benar-benar halal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2010 bersempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 di Kuala Lumpur, Khamis.
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri akan dibenarkan untuk melakukan tugas penguatkuasaan dan penyeliaan berhubung isu pensijilan halal selepas Akta Perihal Dagangan 1972 dipinda di Dewan Rakyat bulan ini.
Katanya, pindaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu juga akan menghadkan pensijilan halal hanya dibuat oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri bukannya oleh pihak swasta.
Namun katanya, pindaan Akta Perihal Dagangan itu tidak boleh menjangkaui bidang yang telah ditetapkan dan satu akta baru iaitu Akta Halal yang akan berdiri dengan sendiri akan diwujudkan.
''Oleh itu bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih berkeyakinan, Akta Perihal Dagangan ini akan dipinda untuk lebih memantapkan proses penguatkuasaan dan penyeliaan serta pensijilan halal yang dikeluarkan itu hanya dari Malaysia," katanya.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, kesedaran pihak swasta terhadap sijil halal telah meningkat terutamanya dalam bidang perhotelan di mana Jakim telah menerima hampir 95 peratus permohonan dari industri itu.
Tambahnya, bagi bidang farmaseutikal, hanya tinggal 15 peratus daripada 136 syarikat belum mendapat sijil halal.
- Utusan
SATU MELAYU:
Apa kata selepas terdapatnya ‘Bir Halal’ akan ada pula ‘Babi Panggang Halal’?
1 ulasan:
Babi Panggang Halal , Sedap tu.....
Catat Ulasan