Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 3 Jun 2011

PAS bertekad menumbangkan Umno/BN bersama PKR dan DAP. Fikirkan apa akan jadi selepas itu?

PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat - walaupun terdapat perbezaan dasar serta konsep perjuangan - bertekad untuk bersama-sama menggantikan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa mengulangi komitmen parti itu menegaskan, walaupun konsep perjuangan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berbeza, namun ketiga-tiga komponen tersebut tetap mempunyai matlamat sama iaitu memperjuangkan keadilan untuk semua.

“Walaupun adanya perbezaan dasar dan konsep dengan rakan-rakan yang lain, tetapi banyak titik persamaan dalam pelaksanaan dan objektifnya dalam aspek pentadbiran dan penglibatannya ke dalam masyarakat majmuk.

Apa titik persamaan yang boleh diharapkan rakyat kepada ‘pakatan haram jadah’ itu kalau dah terang dan nyata ketiga-ketiga parti yang bergabung jadi pemerintah, tidak sehaluan dalam banyak urusan kecuali satu, iaitu tekad untuk menumbangkan Umno/BN dan merampas Putrajaya.

Setelah kerajaan Umno/BN tumbang dan Putrajaya berjaya diduduki, bolehkah pemimpin ‘pakatan haram jadah’ itu mentadbir negara dengan baik kalau niat dan perjuangan masing-masing bercabang dan berserabut bagaikan benang kusut yang tidak boleh dileraikan?

Ketika itu, Anwar Ibrahim yang jadi Perdana Menteri – kalau dia tak beristirehat di Sungai Buloh – asyik untuk membetulkan salahlaku seks dan moralnya sahaja. Terlalu banyak yang dia kena betul dan padamkan. Undang-undang kena pinda, jabatan polis kena disusun semula, RTM terpaksa memadamkan berapa banyak berita yang pernah tersiar dan macam-macam lagi.

Pendek kata setelah jadi PM, Anwar tak ada masa nak fikirkan masalah rakyat, ekonomi, isu perkauman dan segala urusan berkaitan negara. Tumpuannya hanya kepada bagaimana membersihkan dirinya daripada dua tuduhan liwat, video seks yang didakwa Eskay dia terlibat melanggan pelacur warga China dengan bayaran RM2,000 dan banyak lagi.

Begitu juga dengan kisah cinta tiga segi Anwar dengan isteri Azmin sebagaimana yang didakwa oleh Ummi Hafilda – adik kandung Azmin Ali. Tidak cukup dengan skandalnya sahaja, ada perkara lain yang berkaitan dengan skandal itu juga terpaksa dibersihkan.

Berlambak kerja yang terpaksa Anwar buat bagi mebersihkan dirinya ketika berada di kerusi Perdana Menteri.

Di masa sama, Pas yang hanya jadi ‘tukang angguk’ dan ‘tukang ampu’ mungkin tidak akan diberi banyak peluang oleh DAP dalam kebinet kerana parti chauvanis Cina itu sangat takut dengan perjuangan Pas yang mahu menubuhkan negara Islam.

Apabila pemimpin Pas tersisih dan mula sedar bagaimana mainan kotor Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, apakah ketika itu keamanan negara yang dinikmati selama ini boleh terjamin?

Orang Melayu, kalau ikutkan susilanya, apabila marahnya telah memuncak maka jalan terbaik yang ada untuk penyelesaiannya ialah ‘amok’. Bila Melayu Pas mengamok dan ditambah pula oleh Melayu Umno yang berdukacita kerana kalah PRU-13, akan aman makmurkah negara bernama Malaysia ini?

Itu belum kita kaji lagi kelakuan dan kekurangajaran chauvanis Cina DAP apabila mereka berkuasa nanti. Lihat sahaja apa yang telah terjadi di Pulau Pinang dan Selangor. Kerja jahat DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam amat jelas dan nyata di mata rakyat.

Tidak mustahil sejarah pemerintahan komunis selama 14 hari selepas kekalahan tentera Jepun pada Perang Dunia ke-2 akan berulang. Chauvanis Cina DAP akan bertukar ke wajah sebenarnya – komunis, akan mengganas dan membalas dendam terhadap musuh utamanya, iaitu Melayu dan Islam.

Berdasarkan apa yang berlaku sekarang, Anwar dan pemimpin Pas tidak akan berani menyanggah atau menentang kehendak kaum chauvanis Cina DAP. Itu baru mereka dapat Pulau Pinang. Di Selangor, walaupun PKR yang berkuasa tetapi yang benar-benar memerintah adalah DAP.

Kalau di Selangor dan Pulau Pinang terdapat ribuan tempat maksiat hasil usaha kongsi gelap belaan DAP, apakah setelah berkuasa ke seluruh Malaysia, puak kongsi gelap DAP akan memelepas peluang untuk buat duit melalui kegiatan maksiat seperti rumah pelacuran dan macam-macam jenis judi?

Ketika itu, pemimpin Pas tak berani tegur dan pemimpin PKR tak mampu berkata apa seperti yang terjadi di Selangor sekarang.

Maka akan jadilah kerajaan Malaysia selepas PRU-13 nanti sebuah kerajaan yang penuh dengan ugutan dan rasa takut hilang kuasa di kalangan pemimpin ketiga-tiga parti yang memerintah. Sementara chauvanis Cina DAP terus mengasak untuk merampas kuasa sepenuhnya.

Kerana matlamat perjuangan masing-masing tidak sama, masing-masing boleh mengugut untuk keluar pakatan dan memungkinkan kerajaan ‘pakatan haram jadah’ Malaysia ketika itu bagaikan telur di hujung tanduk. Masing-masing takut sekutunya cabut lari kerana perjuangan berbeza, sedangkan di masa sama mereka juga takut hilang kuasa.

DAP menyambut kemenangan pada PRU Mei 1969 di KL
Tidak mustahil jika ‘pakatan haram jadah’ berkuasa, negara akan huru-hara dan besar kemungkinan peristiwa hitam negara 1969 akan berulang.

Sebabnya kerana rakyat akan tertekan, perkauman chauvanis Cina DAP memuncak kerana dendam kesumatnya terhadap orang Melayu, agama Islam dan yang lebih utama ketika itu mereka merasakan mereka telah berjaya merampas negara Tanah Melayu ini sebagaimana Lee Kuan Yew merampas Singapura.

Tidak mustahil ketika itu Singapura akan bercantum semula dengan Malaysia. Bila Singapura jadi sebahagian Malaysia seperti Sabah dan Sarawak, maka akan ramailah pemimpinnya yang  menyertai kabinet kerajaan Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya, jika negara di kuasai oleh ‘pakatan haram jadah’ selepas PRU-13 nanti, cita-cita dan matlamat Parti Komunis Malaya menjadikan negara Melayu sebuah Republik Sosialis terbuka luas.

Inilah yang mungkin tidak disedari oleh pemimpin agung Pas seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat yang bermati-matian mempertahan kesepakatannya dalam ‘pakatan haram jadah’ sedangkan yang akan jadi PM bukannya pemimpin Pas sendiri tetapi Anwar Ibrahim – tokoh maksiat negara – dengan DAP yang mampu menundukkan Anwar bagaikan kucing bermain dengan tikus.

Apakah kenyataan ucapan Hadi yang pernah terkencing dalam kain akibat diherdik Nik Aziz dan ditengking Anwar kerana usulnya mengenai perpaduan dengan Umno itu suatu teks yang disediakan oleh orang lain? Hadi sekadar membacanya sahaja?

Bangang punya Melayu.....

Wallahhualam....
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog