Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 1 Jun 2011

Perwakilan Pas diminta bawa usul isu Anwar

PERWAKILAN Pas diminta membawa usul khas iaitu membincangkan kedudukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai salah laku pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 yang akan bermula esok.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad (gambar) berkata, kedudukan Anwar dalam pakatan pembangkang perlu diputuskan secepat mungkin kerana ia turut memberi kesan kepada Pas terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas perlu menyekat pengaruh ketua pembangkang itu dalam parti tersebut kerana tindak-tanduknya akan menghakis dasar perjuangan mereka.

"Saya harap perwakilan Pas melihat perkara ini secara mendalam, lihat di Turki dan Indonesia, pemimpin yang dikaitkan dengan kes peribadi seperti seks semuanya meletakkan jawatan kerana imej mereka sudah tercalar, tetapi Anwar bersikap sebaliknya.

"Perwakilan Pas perlu menilainya kerana parti itu akan mendapat tempiasnya disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap Anwar. Jangan biarkan Pas dikuasai oleh pemimpin seperti ini kerana dia hanya memperjuangkan kepentingan peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan pro-Anwar yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi perwakilan Pas pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, sememangnya wujud dua kumpulan dalam Pas iaitu pro-Anwar dan golongan ulama yang memperjuangkan dasar Islam dalam parti itu.

"Puak pro-Anwar ini amat rapat dan mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau digunakan sepenuhnya sehingga dalam beberapa isu pendiriannya bertentangan dengan Pas Pusat," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Berapa ramai antara perwakilan Pas yang sedar parti mereka sedang dialihkan dasar dan matlamat perjuangannya oleh puak pro-Anwar dengan memastikan golongan mereka menguasai kepimpinan parti itu?

Lebih penting lagi adakah perwakilan yang berani menyuarakan persoalan ini dalam muktamar nanti? Adakah yang berani menentang pendirian Nik Aziz Nik Mat - Mursyidul Am yang lebih berkuasa daripada Hadi selaku Presiden?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog