Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 2 Jun 2011

KES LIWAT II: Dia Buat Dahhh! Sekali lagi mohon Hakim tarik diri....

KISAHNYA, Anwar Ibrahim sekali lagi akan memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya.

Ini kali ketiga Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan yang sama sepanjang perbicaraan kes liwat yang dihadapinya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut peguam Anwar, Sankara Nair melalui e-mel yang dihantar kepada pemberita hari ini, permohonan tersebut akan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10 pagi ini.

Sankara menyatakan bahawa permohonan itu dikemukakan dengan alasan hakim berkenaan telah membuat penghakiman terlebih dahulu di peringkat pendakwaan kes tersebut.

 Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada 6 Jun ini selepas Hakim Mohamad Zabidin mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya di akhir kes pendakwaan bertarikh 16 Mei lalu, hakim tersebut selepas meneliti kesemua keterangan saksi, berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Selain itu, keterangan saksi utama tersebut disokong dengan keterangan doktor-doktor bahawa berlakunya penetrasi zakar serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kedua-duanya berada di kondominium berkenaan pada masa seperti dalam pertuduhan.

Beliau juga menerima keterangan dua ahli kimia yang mendapati bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) Anwar adalah sepadan dengan DNA Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar pertama kali mengemukakan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari tahun lalu atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November 2010 apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh.

Ia didakwa dilakukan setelah Karpal memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan agar hakim itu menarik diri daripada kes itu kerana tidak mematuhi prinsip keputusan Mahkamah Agung pusanada 1993 semasa menolak permohonan pembelaan untuk dibekalkan dengan nota klinikal tiga doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog