PRESIDEN Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berani bersumpah apa dilakukan dan diperjuangkannya selama ini adalah atas dorongan sendiri dan tiada kena mengena dengan UMNO.
Beliau dalam gurindamnya yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebaliknya tidak berani bersumpah atas tuduhan liwatnya ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan skandal video seks.
“Siapa pelawak kalau tidak kamu sendiri. Dan kamu berjaya merosak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi pelawak kamu dan juru bela kamu. Kamu merosak UMNO, kemudian merosak Pas dan Tok Guru, merosak Islam dengan fahaman pluralisme dan merosak perpaduan umat Melayu.
“Kamu menjadi juara kepada kaum tertentu. Siapa kamu ini sebenar Anwar? Cukup luar biasa. Kamu kata aku ahli politik buruk. Tuduhan kamu itu macam hujan naik ke langit, apa yang buruk? Buruk kerana tidak sokong kamu?
“Allah SWT telah tunjuk di dunia ini akan kejahatan kamu yang luar biasa,” kata Ibrahim dalam gurindamnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang menyifatkan Ibrahim sebagai seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk selain mendakwanya cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.
Meneruskan gurindamnya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau tidak seburuk dan sejahat Anwar.
“Aku ingat kamu Anwar sudah insaf dan bertaubat setelah keluar Sungai Buloh. Aku tetap menaruh sedikit lagi kasih sayang pada kamu sebagai kawan, tapi malangnya kamu tidak berubah, malah makin dahsyat,” katanya.
Menurutnya, Anwar sewaktu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menghentam UMNO dan memberi sokongan kepada Pas, apabila masuk UMNO, Penasihat PKR itu mengkhianati Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.
Apabila dipecat daripada UMNO, katanya, Anwar menubuhkan PKR, bersekongkol dengan DAP dan banyak perancangan dilakukannya untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
“Dulu bersama gerakan Islam termasuk Iran, sekarang Washington...panjang cerita kamu Anwar...kamu merosak habis dan kamulah yang terburuk. Tapi kamu pandai main wayang, mainlah Anwar. Kamu boleh tipu keluarga kamu dan rakan-rakan yang buta sepanjang masa, tapi kamu tidak boleh tipu atau perdaya aku.
“Sebab dari zaman dulu lagi, persahabatan kita macam love hate sebab walaupun bersama, tapi aku tidak ‘ya’ semua hal yang kamu buat dan kata. Ada kala kamu amat dengki, takut-takut mengatasi populariti kamu. Anwar, aku bersih sejak dari Institut Teknologi Mara sampai sekarang,” katanya.
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
Bertekaklah kamu berdua selagi mahu. Masing-masing kamu mengaku pejuang. Pejuang bangsa dan macam-macam pejuang yang muluk didengar.
Mudah-mudahan dalam pertembungan kamu itu masing-masing akan mendedahkan keburukan masing-masing. Benar atau tidak, hanya Allah SWT dan diri kamu berdua sahaja yang tahu.
Kamu pernah berkawan, bersahabat dan berjuang atas nama belia. Kamu pernah sama-sama masuk UMNO....
Berjaya mendaki melalui Umno dengan menjawat pelbagai jawatan. Kemudia kamu dipecat dari Umno atas alasan tertentu yang kamu sahaja tahu kebenarannya.
Kini kamu berada di luar Umno.... Kamu bebas lakukan apa sahaja hobi tanpa larangan.... Kamu telah mengikuti simpang yang kamu sendiri pilih. Seorang ke kiri, seorang ke kanan?
Lebih baik kamu berdua adakan siri debat umum untuk didengar oleh rakyat dan siarkan melalui TV. Pasti ianya akan jadi satu program TV yang paling popular.
Begitu persepsi rakyat yang mengenali kamu berdua.
Begitu persepsi rakyat yang mengenali kamu berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan