Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 1 Jun 2011

Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim terpaksa mengaku bukan golongan ulama?


"SAYA bukan galang ganti kepimpinan ulama." Demikian tegas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai peluangnya pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Malah menurut Tuan Ibrahim, walaupun beliau dan penyandang jawatan tersebut, Nasharudin Mat Isa mempunyai latar belakang pendidikan yang sama, namun isu pengganti atau penyambung kepimpinan ulama tidak seharusnya dibangkitkan.

Ternyata kenyataan itu dibuat oleh Tuan Ibrahim bagi mengelak daripada dicap sebagai mewakili golongan ulama yang memungkinkan tidak mendapat sokongan daripada puak pro-Anwar pada pemilihan parti jenama Islam itu nanti.

Kenyataan politik Tuan Ibrahim itu juga jelas membuktikan bahawa wujud dua puak dalam Pas benar-benar berlaku dan salah satu daripadanya adalah golongan pro-ulama. Sementara satu puak lagi ialah golongan pro-Anwar Ibrahim.

Golongan pro-ulama adalah kepimpinan asal Pas sejak parti itu ditubuhkan. Cuma setelah Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP yang berhasrat mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri melalui PRU 2008, barulah wujud puak yang dikenali sebagai puak pro-Anwar atau apa yang dikenali sebagai Erdogan.

Sejak itu golongan pro-Anwar agak berkuasa ke atas kepimpinan Pas melalui Nik Aziz Nik Mat yang sering membuat keputusan membelakangkan Presiden Abdul Hadi Awang dan lain-lain golongan ulama dalam parti itu.

Apabila Tuan Ibrahim bagaikan terpaksa menjelaskan kepada para perwakilan bahawa dirinya bukan dari golongan ulama, maka nyatalah ianya bertujuan meraih undi golongan pro-Anwar yang mungkin agak kuat pengaruhnya pada pemilihan kali ini.

Tuan Ibrahim seolah-olah mahu meletakkan dirinya berada di tengah-tengah antara dua golongan itu. Dia mahu makan dua pihak. Kiri kanan dia nak sapu undi. Dia membayangkan bahawa dirinya berada antara dua puak, di mana Nasharuddin mewakili golongan pro-ulama sementara Mat Sabu mewakili golongan pro-Anwar.

"Saya tak rasa begitu (pengganti). Malah saya rasa tak tepat kalau dikatakan saya ini sebagai penyambung kepimpinan ulama dalam PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online di Petaling Jaya, Rabu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas pandangan banyak pihak bahawa tindakan beliau menerima pencalonan bagi merebut jawatan nombor dua itu adalah sebagai penyelamat atau pengganti sekiranya perwakilan mengambil keputusan menolak kepimpinan Nasharudin.

Penganalisis meramalkan Nasharudin menghadapi laluan sukar bagi mempertahankan kedudukannya bagi penggal ketiga selepas menang buat kali pertama pada 2005.

Pada pemilihan PAS yang berlangsung bermula Jumaat ini, Tuan Ibrahim dan Nasharudin berhadapan dalam saingan tiga penjuru dengan seorang lagi calon iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menang jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lalu mengakui, Nasharudin sememangnya mempunyai lebih kredibiliti berbanding beliau.

"Saya bukan menafikan hak golongan profesional untuk bertanding dalam PAS. Sesiapa sahaja dalam parti ini berhak untuk menawarkan diri bertanding sebagai pemimpin.

"Namun walau apapun, ia terpulang kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat keputusan bagi memilih pemimpin mereka," katanya sambil menegaskan peluang untuk ketiga-tiga calon bagi jawatan Timbalan Presiden adalah seimbang.

Demikianlah senario politik dalaman Pas masa kini. Kerana politik dan jawatannya, seseorang yang pada mata umum dianggap sebagai golongan berpendidikan agama dan sering bercakap berlandaskan hukum dan peraturan Islam, akhirnya terpaksa mengaku dirinya bukan dari golongan ulama kerana bertanding jawatan nombor dua dalam partinya.

Keadaan menyebabkan Tuan Ibrahim terpaksa mengaku dirinya bukan pengganti golongan ulama dalam Pas.

Politikkk..... politikkkkk! Macam-macam hal boleh berlaku kerana desakan politik. Ada kalanya pendirian dan perjuangan terpaksa dikorbankan buat sementara kerana kedudukan politik.

Begitulah agaknya sikap dan pendirian yang terpaksa ditonjolkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat ketika bersunguh-sungguh mempertahankan nama baik dan maruah Anwar Ibrahim yang tercemar teruk kerana skandal seks yang tidak ada kesudahannya itu.

Kerana mempertahankan puak sendiri, mereka yang berpendidikan agama terpaksa melupakan istilah asabiyah sebenar yang bermaksud mempertahan atau membela puak walaupun terbukti anggota puak itu bersalah.

Semuanya jadi benar dan baik belaka kerana ianya dari puak sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog