Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 Julai 2011

Orang Ramai Penuhi PWTC Dengar Ucapan PM

Bersemangat... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Run Abdul Razak dengan penuh semangat memberi ucapannya tentang perhimpunan haram Bersih dan beberapa isu politik lain dalam Majlis Penerangan Perdana pada Ahad di PWTC.
SERAMAI hampir 6,000 orang membanjiri Dewan Merdeka pada pagi Ahad untuk menghadiri sesi khas bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menjelaskan tentang beberapa isu terkini.

Antara mereka yang hadir di Majlis Penerangan Perdana yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah pemimpin atasan cawangan dan wakil badan-badan bukan kerajaan Melayu.

Hadirin yang datang adalah begitu ramai sehingga kerusi yang disediakan ditambah bilangannya namun masih ramai yang dilihat terpaksa berdiri.

Malah keadaan dalam dewan agak sesak sehingga ramai yang tidak dapat masuk dan terpaksa mendengar ucapan Perdana Menteri dari luar dewan.

Sambutan terhadap ucapan Perdana Menteri dilihat sangat menggalakkan dengan orang ramai memberi respon semasa beliau menerangkan tentang beberapa isu termasuklah mengenai perhimpunan Bersih yang diadakan pada Sabtu dan beberapa isu politik.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Perhimpunan yang dilakukan DS Najib ini tidak menyusahkan warga KL. Tak ada sekatan jalan raya kerananya. Tak ada barisan FRU untuk mengawal keadaan dan yang penting tak ada tembakan ges pemedih mata dan semburan air oleh pihak polis.

Yang lebih penting, dengan perhimpunan ini para peniaga di KL boleh buat duit...

1 ulasan:

khalifah berkata...

Saya berada dalam Maj. Penerangan Perdana, di PWTC, DS Najib cakap memang betul dan bernas sekali tentang perjuangan, tentang NGO, tentang bersih, ttg anwar dan semuanya untuk perpaduan bangsa dan negara. Memang emang bernas dan menark. Tq DS Najib. PKR "Penipu Kepada Rakyat"

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog