Kafir harbi anti-Islam yang jadi idola Pas masa kini.... mencicit lari.... Baru kena ges pemedih mata dah takut... Kalau lihat 'oarang terbang' tak tahu mana dia nak lari sorokkan diri |
Siapa mereka ini? Melayu, Cina atau India? |
KISAH bangang pemimpin dan penyokong Pas masih belum berakhir rupanya. Tak habis-habis kena peralat dan jadi kuda tongangan Anwar Ibrahim dan puak pengkhianat negara dari kaum imigran.
Dari apa yang dapat dilihat semasa perhimpunan haram aktif bergerak pada petang Sabtu di Kuala Lumpur, yang meramaikan perhimpunan ialah puak Melayu Pas. Baju kuning entah ke mana, lebai dan ketayap yang jadi tontonan dunia.
Maka tercapailah hasrat puak-puak pengkhanat yang mahu menghancurkan negara Malaysia ini mempropagandakan bahawa orang Melayu sendiri yang memberontak menentang kerajaan sedia ada.
Orang Cina dan orang India sekadar jadi tukang kipas. Bila api dah marak bayang mereka tak nampak. Yang tinggal menunjukkan kebangangan sendiri ialah anak-anak muda yang menyokong PKR dan puak dewasa lelaki dan wanita Pas yang berbangga dengan penampilan masing-masing.
Pemimpin Bersih yang ditahan polis hanya Ambiga, selebihnya adalah pemimpin parti politik dari Pas dan PKR. Turut tumpang sekaki nak jadi pengkhianat dengan mengadakan perhimpunan yang tidak diketahui apa tujuannya ialah Pemuda Umno pimpinan menantu Pak Lah dan konconya.
Daripada senarai pemimpin politik yang ditahan polis hanya Tian Chua seorang sahaja yang bukan Melayu. Lain semuanya Melayu dan pemimpin Pas adalah yang paling ramai. Presiden, timbalan Presiden dan dua Naib Presidennya telah ditahan.
Mungkin inilah jenis ‘kebajikan’ yang cuba diperjuangkan oleh ‘Pas Wajah Baru’ pimpinan Hadi dengan dibantu oleh Mat Sabu. Iaitu kebajikan untuk Anwar Ibrahim mendapat peluang menangguhkan lagi perbicaraan kes liwat II-nya di mahkamah minggu depan.
Anwar Ibrahim berjaya melepaskan diri daripada ditahan polis kerana ‘cedera parah dan sedang nazak’, di mana dia terpaksa berada di bilik hotel semasa ‘lembu-lembu’ lain berhempas pulas melawan ges pemedih mata dan pancutan air oleh pihak polis.
Lim Kit Siang pun selamat. Tunjuk muka sekejap, kemudian lesap entah ke mana menyoroknya. Lim Guan Eng langsung tak nampak bayang. Tapi mereka dua beranak inilah yang kuat mengapi-apikan puak pembangkang supaya menentang kerajaan Umno/BN pimpinan DS Najib Tun Razak.
Apalah malangnya nasib bangsa Melayu jenis puak Pas di tanah air sendiri apabila terus-terusan jadi bangang dan tidak sedar diri dijadikan alat dan kuda tonggangan pengkhianat negara yang mempunyai kepentingan tersendiri.
Justeru, antara tiga kaum terbesar di negara bertuah ini, kaum manakah yang paling bodoh dan tak sedar diri hingga jadi kufur nikmat kerana sanggup jadi ‘lembu’ yang menyusahkan warga Kuala Lumpur. Melayu? Cina atau India?
Mungkin inilah yang Ahmad Nesfu maksudkan: “Kecik-kecik tak mahu mamposs, dah besar menyusahkan orang”, iaitu dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok.
- SM
1 ulasan:
saya rasa pengamatan yg awak berikan adalah tepat sekali..kita telah di permain dan ditipu oleh puak puak mereka..
izin kan sy ulangi kenyataan -keadaan yg terjadi hari ini telah penampilkan konon nya rakyat melayu melakukan revolusi di kaca mata dunia..apakah kuasa barat ingin menjatuhkan kubu terakhir umat islam alaf ini..iaitu negara kita tercinta Malaysia..
Catat Ulasan