Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 1 Ogos 2011

Bawa Ku Li Sertai Pembangkang: Anwar berang hasrat Pas?


SIAPA yang tak marah kalau haknya dirampas dan diberikan pula kepada orang lain? Siapa yang tidak akan jadi sasau kalau kedudukan yang sangat diharapkan menjadi milik orang lain?

Itulah nasib malang terbaru yang menimpa Ketua Pembangkang bernama Anwar bin Ibrahim. Ketika beliau sedang berserabut dengan masalah membebaskan diri daripada dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan pada peringkat penhujungnya, tetiba timbul pula puak tertentu dalam Pas yang mahu menyingkirkannya sebagai pemimpin utama puak pembangkang.

Sesungguhnya, usaha puak tertentu dalam Pas yang berusaha membawa Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai puak pembangkang menggantikan Anwar adalah sesuatu yang tidak diduga oleh ahli parlimen Permatang Pauh itu sendiri.

Ketika umat Islam seluruh dunia sibuk menyambut kedatangan bulan mulia – Ramadhan, puak tertentu dalam Pas meletupkan sebutir bom asap yang memedihkan mata dan memeningkan kepala Pak Syeikh yang memang pun dok telan penadol tak henti-henti kerana ‘feninnnnn...’

Justeru, sebagaimana diberitakan Utusan Malaysia hari ini, Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya, Ahad.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.

Inilah berita kantoi yang sangat berat untuk diterima oleh seorang insan malang yang sangat mengharapkan sokongan Pas untuk dirinya menduduki Putrajaya.

Putrajaya entah kemana, Sungai Buloh yang menjelma....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog