Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 2 Ogos 2011

Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas atau inilah 'kebajikan' yang diperjuangkan?

SEBAIK sahaja Pas menukar dasar perjuangannya daripada slogan Islam kepada ‘kebajikan’, maka puak DAP pun mengambil kesempatan membuka sebanyak mungkin pusat hiburan di negeri Kedah, negeri yang berjaya dikuasai oleh Pas melalui PRU 2008.

Walaupun ramai yang tidak senang dengan suasana berkenaan, terutamanya orang Melayu/Islam, lebih-lebih lagi ketika menyambut kedatagan Ramadhan al-mubarak, tapi kerajaan negeri tidak mampu berbuat apa kerana yang menjalankan perniagaan itu adalah sekutu utama pakatan PAS-PKR-DAP, iaitu big brother DAP.

Mungkin inilah kebajikan yang diperjuangkan oleh Pas setelah mendapat mandat baru perjuangan hasil kerjasama dengan PKR dan DAP.

Demi menjaga kesepakatan yang hanya mementingkan kelebihan DAP menjaga kebajikan ahli-ahli dan penyokongnya mengaut keuntungan mudah melalui kegiatan maksiat. Di masa sama, dengan membuka banyak pusat-pusat hiburan, maka akan bertambahlah peluang para GRO atau pelacur dari negara China yang datang sebagai pelancong tapi cari makan di pusat-pusat hiburan tajaan tauke-tauke DAP golongan kongsi gelap.

Sebagaimana diberitakan Utusan Malaysia, pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

Tunduk dan menikus bila berdepan pemimpin DAP?
"Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

"Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?" katanya dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur, Isnin.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

"Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas," katanya.

Menurut Mukhriz, kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

"Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

"Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa?" katanya.

Menurut Mukhriz, rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

Sesungguhnya Pas sangat takut kehilangan kuasa di Kedah. Jika PKR dan DAP menarik diri daripada pakatan, maka tidak berpeluanglah Pas menjadi kerajaan di Kedah.

Antara kuasa dan kepentingan Islam yang diperjuangkan selama ini, Pas lebih mementingkan kuasa.

Justeru, apa jua yang dikehendaki oleh DAP dan PKR, kerajaan Pas Kedah tidak akan mampu menghalangnya. Inilah kerajaan berkebajikan ciptaan terbaru Pas yang diberikan kepada para penyokong dan pengundi parti itu di Kedah.

Kalau Pas terus berkuasa di Kedah, tidak mustahil selepas PRU-13, semua premis maksiat di Danok akan memindahkan operasinya ke Kedah untuk kemudahan para peminat dan pengunjung tempat-tempat maksiat itu dari kalangan rakyat Malaysia. Tidak perlu lagi bersusah payah ke negara jiran bagi mencari hiburan.

Inipun satu kebajikan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kedah jika mereka terus berkuasa nanti.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog