Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 2 Ogos 2011

Pembangkang membisu isu pelawa Ku Li, membuktikan ianya benar....

SIKAP membisu pemimpin utama pakatan pembangkang berhubung dakwaan wujudnya pelawaan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang membuktikan kesahihan perkara berkenaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kemelut tersebut jelas menunjukkan pembangkang mula hilang keyakinan terhadap Anwar, justeru wujud satu usaha untuk meminggirkan Ketua Pembangkang itu yang dilihat menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"Isunya bukan berkenaan Tengku Razaleigh untuk terajui pembangkang, tapi soal keruntuhan keyakinan mereka terhadap Anwar kerana pertemuan dengan Tengku Razaleigh dan pelawaan untuk beliau mengetuai PakatanRakyat adalah benar dan telah berlaku.

"Setakat ini hanya pencacai yang menyalak, pemimpin yang terlibat secara langsung dalam perundingan dengan Tengku Razaleigh diam 1,000 bahasa dan tak berani tampil membuat kenyataan," katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Selasa.

Minggu lalu Zahrain yang juga bekas pemimpin PKR mendedahkan bahawa Tengku Razaleigh atau Ku Li dipelawa memegang jawatan KetuaPembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurutnya, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan menemui Ku Li baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

Bagaimanapun pada Isnin, Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat menerusi status facebooknya menyifatkan dakwaan Zahrain itu sebagai 'lawak jenaka'.

Justeru Zahrain yang tetap berpegang kepada maklumat yang diperolehnya itu mencabar Menteri Besar Kelantan berkenaan tampil membuat kenyataan secara terbuka bagi menafikan beliau mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh dan mempelawa veteran Umno tersebut 'melompat' dan memimpin Pakatan Rakyat.

"Janganlah Nik (Abdul) Aziz berselindung di sebalik nota di laman facebook kerana tidak mustahil Tok Guru PAS ini akan mengubah kenyataan seperti dalam isu biometrik baru-baru ini.

"Takkanlah Nik (Abdul) Aziz nak berbohong di bulan Ramadan ini... saya cabar beliau buat kenyataan terbuka.
Jangan pula beliau nak berlakon seperti orang nyanyuk sedangkan kita tahu beliau belum lagi nyanyuk,lagipun kita tak tahu sama ada Nik Aziz atau orang lain yang menulis dalam facebook itu," katanya.

Ditanya mengenai penafian Anwar bahawa isu berkenaan tidak benar kerana beliau tidak mendapat maklumat mengenainya, Zahrain berkata Penasihat PKR itu tidak layak untuk menafikannya.

"Anwar tak layak nak nafi kerana memang beliau tak tahu tentang perkara ini. Rundingan berkenaan dibuat dibelakangnya tanpa pengetahuannya. Mereka memang nak membelakangkan Anwar.

"Lagipun saya mendapat maklumat bahawa selepas pendedahan saya, Anwar mengadakan pertemuan dengan (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang bertanyakan tentang hal ini... dan mereka sendiri menafikannya.

"Memanglah mereka nafi sebab bukan mereka yang terlibat... Nik (Abdul)Aziz yang berjumpa Ku Li bukannya Abdul Hadi. Malah DAP pun bukan diwakili oleh Lim Kit Siang, ada pemimpin lain," katanya.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Siapa sangka Nik Aziz boleh tikam Anwar Ibrahim dari belakang. Apa sebab dan kenapa Pok Nik bertindak sedemikian?

Ramai berpendapat, sebenarnya Nik Aziz kini benar-benar telah sedar bahawa Anwar Ibrahim memang seorang ‘kaki maksiat’ yang tidak layak langsung untuk diangkat sebagai pemimpin negara.

Sebagai manusia yang makan nasi, Nik Aziz pun boleh fikir kewajaran Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari Azlan berdasarkan air maninya yang terdapat dalam dubur budak tu.

Begitu juga dengan perlakuan seks Anwar dengan China Doll seperti yang terdedah melalui skandal video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T.

Sebagai manusia, takkan Nik Aziz tak boleh fikir kenapa Anwar tidak menyaman mereka yang mendedahkan video itu, terutamanya Datuk Eskay. Dan takkan Nik Aziz tak tahu bahawa Eskay adalah sahabat Anwar, bukannya ejen Umno.

Pendek kata ada banyak perkara yang boleh menyebabkan Nik Aziz mengubah fikiran dan pendirian.

Justeru, pilihan tepat yang difikirkan oleh Nik Aziz ialah Ku Li yang pernah menyokong negeri Kelantan dalam isu royalti minyak.

Lagi pun tak ada tokoh dan pimpinan Pas yang tahu bagaimana membangunkan negeri Kelantan selain Ku Li yang bayak pengalaman dan daripada puak Umno yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh Pok Nik....

1 ulasan:

Keris Jentayu berkata...

Bagi pandangan saya-

Tak mungkin Ku Li akan terima tawaran untuk menjadi ketua pembangkang memandangkan dia adalah tokoh terbilang dalm perjuangan umno-lagipun sudah berapa tong dia kena cerca denga puak-puak Pas

Tujuan pas..

Tujuan pas tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin menjadikkan Ku Li sebagai senjata untuk melemahkan BN diatas beberapa sebab yang mungkin benar dan mungkin juga Persapsi,antaranya untuk tidak mahu saki-baki Kerusi BN wujud di kelantan adalah dengan cara menarik Ku Li

Sebab itu mereka sanggup menawarakan kedudukkan di tempat Anwar Ibrahim,namun begitu ia hanya cadangan pas,dan tak mungkin DAP dan rakan kongsi PR akan setuju

wallah

Saya moho letakkan Link SAY di blog anda-http://kerisjentayu.blogspot.com/

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog