PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana diberitakan Utusan Malaysia hari ini berkata, sebuah pilihan raya yang adil dan telus di negara ini tidak wajar dipertikaikan kerana sekiranya sistem demokrasi itu boleh dimanipulasi, maka adalah mustahil untuk pembangkang memenangi pilihan raya tertentu.
Malah, Perdana Menteri turut memberi contoh bagaimana kerajaan Pas berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan pada pilihan raya 2004 dengan kelebihan satu kerusi yang beza majoritinya hanya dua undi.
''Jika benar kerajaan boleh memanipulasi undi, maka adalah mustahil untuk kita melepaskan Kelantan dengan kemenangan dua undi iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemumin, Machang," katanya.
Semua rakyat negara ini faham apa yang dikatakan PM itu. Semua tahu bahawa apa yang dikatakan itu adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Penyokong dan ahli Pas sendiri mengakui di dalam hati akan kebenaran fakta dan logik berkenaan. Cuma kerana dah pemimpin berkeras mahu mempersalah dan mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), apa nak dikatakan.... Ikut saja lerrr.... Dasar Pas ‘melembukan’ penyokong setia sangat berjaya....
Kepada yang mungkin berasa hairan kenapa Pas begitu beriya-iya mempertikai dan memprotes sistem biometrik yang bakal digunakan pada PRU akan datang, jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai satu persediaan parti itu dan pembangkang untuk membantah keputusan PRU-13 nanti.
Berdasarkan sokongan terhadap pembangkang, terutamanya Pas dan PKR yang jelas semakin merosot... merosot dan merosot hari demi hari, maka jalan mudah yang terfikir di kepala hotak Anwar Ibrahim dan lembunya – Pas, ialah menyalahkan SPR apabila keputusan PRU akan datang ini menyaksikan PAS dan PKR kalah teruk, sementara DAP mungkin kekal dengan apa yang mereka perolehi selama ini.
Kalau ikutkan akal Anwar Ibrahim, apabila mereka kalah maka SPR akan dijadikan sasaran yang memungkinkan rakyat akan dihasut untuk memberontak sepertimana penganjuran Bersih 2.0 baru-baru ini. Dan tidak syak lagi Bersih 2.0 adalah ujian untuk mereka menganjurkan satu perhimpunan dan bantahan rakyat yang jauh lebih besar selepas PRU-13 nanti.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, kebijaksanaan semula jadi yang pada Anwar Ibrahim ialah menganjur dan menghasut orang ramai supaya mengadakan tunjuk perasaan dan perarakan-perarakan haram yang menggugat ketenteraman awam dalam menyalahkan kerajaan yang berkuasa. Begitu dahulu dan begitu jugalah sekarang.
Oleh kerana Pas tak sudah-sudah menjadi ‘lembu tenggala’ Anwar dan DAP, maka buat masa ini yang jelas beriya-iya membantah SPR ialah Pas. Sedangkan DAP dan PKR dok diam jerrr.... Kalau kejayaan Bersih 2.0 pun hanya kerana adanya sokongan Pas, maka hanya Pas sahaja yang berkebolehan melancarkan protes terhadap kerajaan dan agensi-agensi tertentu.
DAP mungkin tidak gusar dengan sokongan kaum Cina terhadap parti itu memandangkan penguasaan DAP ke atas kaum Cina melalui kongsi gelap tetap utuh dari sejak dulu, kini dan selamanya. Yang semakin cemas dan resah gelisah ialah Pas dan PKR.
Pas semenjak bertukar slogan daripada ‘negara islam’ kepada ‘negara kebajikan’ jelas meruntun sokongan para penyokong yang mula sedar bahawa kepimpinan baru Pas kini benar-benar telah dikuasai oleh DAP melalui orang tengahnya – Anwar Ibrahim.
Lebih penting lagi, berdasarkan tinjauan Pas sendiri, penguasaan Nik Aziz Nik Mat terhadap negeri Cik Siti Wan Kembang akan terlucut ke tangan Barisan Nasional melalui PRU-13 nanti sangat besar kemungkinannya. Rakyat Kelantan dah bosan dengan kemiskinan dan katandusan pembangunan yang amat ketara berbanding negeri-negeri lain.
Setelah lebih 20 tahun Nik Aziz menjadi MB Kelantan, rakyat telah hilang sabar terhadap pelbagai masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh Pok Nik yang dianggap Tok Wali dan tokoh ulama yang berkaramah. Keadaan menjadi bertambah kalut apabila kepimpinan Pas melalui Muktamar 2011 telah mencampakkan slogan Islam untuk diganti dengan slogan baru – kebajikan. Sedangkan kebajikannya entah apa-apa.... Tak ada pa kebajikan yang mampu dan pernah dihulurkan kerajaan Pas kepada rakyat....
Rakyat negeri Kelantan yang selama ini berkeyakinan bahawa Pas adalah parti islam yang benar-benar memperjuangkan Islam mula sedar selama ini mereka telah tertipu dan ditipu mentah-mentah oleh Tok Guru dan para ustaz yang telah begitu banyak mengaut wang kutipan derma melalui ceramah-ceramah politik parti itu selama ini.
Islam entah ke mana, dunia pun merana....
Makanya, protes Pas terhadap SPR adalah persediaan awal untuk menyalahkan pihak lain apabila parti itu tewas nanti. Sementara untuk Anwar Ibrahim, jika dia masih bebas, inilah peluang terbaik untuknya menganjurkan satu rusuhan besar rakyat memprotes keputusan pilihan raya.
Strategi Anwar merampas kuasa sebagaimana yang berlaku di Mesir baru-baru ini masih membara. Para pelabur yang melabur atas dirinya dari luar tentulah diyakinkan oleh Pengkhianat Negara itu bahawa dia akan berjaya menjadi PM melalui rampasan kuasa selepas PRU-13 nanti.
Hasrat Anwar untuk menghuru-harakan negara dengan kacau-bilau melalui kuasa rakyat masih belum padam. Kepada Anwar, hanya dengan cara itu sahajalah dia boleh jadi PM dan boleh menjatuhkan DS Najib Tun Razak.
Di masa sama janji dan kelentongnya terhadap pemimpin-pemimpin utama zionis yang telah banyak melabur untuknya dapat ditunaikan.
Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan