Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 1 Ogos 2011

Rahsia Keutamaan Tarawih....

RASULULLAH SAW bersabda, maksudnya: Sesiapa yang menunaikan ibadah solat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosannya yang lalu.

Malam 1 :  Dihapuskan semua dosa-dosa orang mukmin seperti bersihnya bayi yang baru lahir.
Malam 2 :  Diampunkan dosa-dosa orang mukmin dan kedua orang tuanya.
Malam 3 :  Berseru para malaikat di bawah Arasy, “Teruskan kalian solat tarawih nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kalian”.
Malam 4 :  Memperoleh pahala sebagaimana pahala yang diperolehi orang yang membaca kita-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.
Malam 5 :  Allah kurniakan pahala kepada kalian seperti orang yang solat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
Malam 6 :  Allah SWT kurniakan pahala kepada kamu pahala para malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (Tujuh puluh ribu malaikat sekali tawaf).
Malam 7 :  Seolah-olah dipertemukan dengan Nabi Musa seraya menolong Rasulullah SAW menentang musuh besarnya, iaitu Firaun.
Malam 8 :  Allah SWT memberikan kurnia pahala sebagaimana kurnia yang didapatkan oleh Nabi Ibrahim.
Malam 9 :  Allah SWT memberikan pahala dan menaikkan darjah hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam 10 :  Allah SWT memberikan kurnia kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11 :  Ketika meninggal dunia akan dibersihkan semua dosa-dosanya seperti bayi yang baru lahir.
Malam 12 :  Dibangkitkan di hari kiamat dengan muka bercahaya (cahaya ibadahnya).
Malam 13 :  Dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan terlindung daripada kejahatan.
Malam 14 :  Malaikat datang menyaksikan solat tarawih kalian dan Allah SWT tidak menyesatkan pada hari kiamat.
Malam 15 :  Semua malaikat berselawat dan mendoakan agar Allah SWT tidak menyesatkan kalian pada hari kiamat.
Malam 16 :  Allah SWT membebaskan kalian dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17 :  Allah SWT memberikan kurnia pahala sebanyak pahala yang diberikan untuk nabi-nabi.
Malam 18 :  Malaikat berseru: “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kalian dan ibu bapa kalian (sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)
Malam 19 :  Allah SWT akan meninggikan darjah kalian di dalam syurga Firdaus.
Malam 20 :  Allah SWT mengurniakan kepada kalian pahala sebagaimana yang didapatkan orang mati syahid dan orang soleh.

Malam 21 :  Allah SWT akan membina istana dalam syurga.
Malam 22 :  Dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan terbebas daripada dukacita dan kerisauan ketika dikumpulkan di padang mahsyar.
Malam 23 :  Allah SWT akan memasukkan kalian ke dalam syurga yang diperbuat daripada Nur Allah.
Malam 24 :  Allah SWT mengabulkan 24 doa mustajab yang dipanjatkan ketika dalam sujud.
Malam 25 :  Allah SWT akan mengangkat kalian daripada azab seksa kibur.
Malam 26 :  Allah SWT memberikan kernia iaitu pahala orang yang telah beribadat selama 40 tahun lamanya.
Malam 27 :  Allah SWT memberikan kemudahan melintasi siratalmustaqim sepantas kilat menyambar.
Malam 28 :  Allah SWT memberikan kurnia pahala sebanyak seribu darjat di akhirat.
Malam 29 :  Allah SWT akan melimpahkan pahala seperti orang yang seribu kali haji mabrur.
Malam 30 :  Allah SWT memberikan penghormatan yang tertinggi lalu berfirman, maksudnya: “Wahai hambaKu, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga yang bernama Salsabila serta minumlah air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW bernama al-Kausar.”

Semoga Allah SWT memberkati kita semua yang bersolat tarawih.... Aminnnn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog