Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan sebagai bulan projek ibadah....

BULAN Ramadhan adalah bulan mulia. Di bulan ini kita diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mendapat ganjaran pahala yang lebih atau berganda. Bayangkan kalau satu nilai ibadah kita di bulan Ramadhan sama dengan tiga puluh amalan di bulan-bulan lain.

Maknanya, ibadah dalam bulan Ramadhan ganjaran pahalanya tujuh puluh kali ganda daripada pahala ibadah di sebelas bulan yang lain sebelumnya.

Rasulullah saw mengajarkan, jika kita membaca satu ayat al-Quran di bulan Ramadhan, ganjaran pahalanya sama dengan menghatamkan Quran di bulan-bulan lain.

Bagaimanapun, kita wajib berhati-hati dalam membicarakan soal ganjaran pahala ini. Jika nilai pahala ibadah dilipat gandakan pada bulan Ramadhan, maka nilai dosa yang kita lakukan di bulan Ramadhan juga turut berganda. Satu perlakuan dosa di bulan Ramadhan akan berlipat ganda seksanya berbanding bulan-bulan lain.

Walaupun kita berpuasa penuh pada bulan Ramadhan, tetapi jika kita tidak dapat menjaga diri daripada hal-hal yang diharamkan Allah swt, maka kita akan kehilangan semua pahala, malah semua amalan jadi sia-sia. Puasa kita jadi berlapar dan dahaga sahaja. Tak lebih dari itu.

Oleh itu kita perlu menjaga dengan baik semua indera kita supaya tidak melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah swt di bulan mulia ini.

Jika sepuluh hari pertama bulan Ramadhan itu adalah bulan berkat, maka sepuluh hari keduanya adalah bulan rahmat. Bulan di mana kita dilatih untuk meningkatkan perasaan kasih sayang iaitu bukan hanya kepada ibu bapa atau kaum keluarga sahaja tetapi juga kepada orang sekitar kita terutamanya fakir miskin dan anak yatim.

Jika bulan-bulan sebelum Ramadhan kita tidak menghiraukan mereka, maka inilah waktunya untuk kita memberikan lebih perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Bayangkan andainya kita menjadi seperti mereka, dan orang di sekeliling kita tidak menghiraukan kita, pastinya kita berasa sedih dan tersisih.

Gambar hiasan....
Justeru, Ramadhan sering disebut sebagai bulan berkongsi, iaitu berkongsi harta, perhatian dan kebahagiaan. Mencintai Tuhan hanya dapat dilakukan dengan mencintai sesama manusia.

Amalan yang paling disukai Tuhan pada bulan Ramadhan ini bukanlah ibadah ritual yang bersifat individual semata-mata, tetapi ibadah sosial yang memberikan kebahagian kepada orang lain.
Wallahhualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog