Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 3 Ogos 2011

Enam Aktivis PSM Dihadapkan Ke Mahkamah

Hero yang mahu memperjuangkan fahaman sosialis di Tanah Melayu. Mereka ialah Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, Letchumanan a/l Aseer Patham, Choo Chon Kai, Sarasvathy a/p Muthu dan Saratbabu a/l Raman.
ENAM aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSM yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran.
- Berita: BernamaOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog