ANWAR Ibrahim hari ini (Isnin) memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi termasuk dua pembantu rumah warga Indonesia, yang nama mereka disenaraikannya dalam notis saksi beliau.
Dalam permohonan yang difailkan pagi ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.
Lapan lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Prof Dr Mohamad Ariff Abdul Karem (bekas pengarah eksekutif MIER), Mohd Khoharullah Abdul Majid, Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank) dan bekas ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.
Minggu lalu (26 Julai), Anwar memfailkan permohonan serupa untuk menemu bual lima saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam afidavit sokongan bagi permohonan terbarunya itu, Anwar memberikan alasan yang sama sepertimana dalam permohonan terdahulu mengikut undang-undang, iaitu adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membenarkan saksi ditemu bual oleh pihak pembelaan dan kos dibayar oleh pihak pendakwaan.
Peguam Ram Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar kedua-dua permohonan Anwar pada 3 Ogos.

Karpal Singh semasa dihubungi berkata kebanyakan daripada 10 saksi itu pada awalnya adalah senarai saksi pihak pendakwaan dan kenyataan mereka telah direkodkan oleh polis.
"Kami mahu temu bual itu diadakan sebelum kes pembelaan bermula, mengenai apa yang sebenarnya mereka (10 saksi) beritahu polis dan kemudiannya akan memutuskan sama ada kami masih boleh bergantung pada mereka," katanya,
Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.
Beliau menetapkan 8-26 Ogos untuk mendengar kes pembelaan.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
- Laporan: BHOnline/Bernama
SATU MELAYU:
Selain alasan seperti ini, adakah cara lain lagi untuk Anwar Inrahim menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwat beliau yang telah pun memakan masa tiga tahun itu?
Apapun, perbicaraan kes liwat Anwar ini terlalu banyak keistimewannya. Perkara yang tak pernah kita semua dengar berlaku boleh berlaku. Rupa-rupanya terlalu banyak ruang dalam perundangan ciptaan manusia ini untuk dipertikai dan dipersoal itu dan ininya....
Jangan-jangan hingga Anwar Ibrahim dah masuk kubur pun kes liwat ini masih belum selesai....
1 ulasan:
mentang2la dia diiktiraf isterinya 'anu...gerah tuhan', sampai tiga tahun tertangguh2!! hanya kira hak dia? hak mangsa2nya macam mana?
Catat Ulasan