Hiasan: Akan berulangkah drama lakonan terbaik ini? |
Demikian antara ungkapan yang tercetus dari mulut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan mengenai kes liwat Anwar-Saiful kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai pembelaan diri Anwar selaku ‘Orang Kena Tuduh’, Isnin depan.
Bekas sahabat karib Anwar Ibrahim sejak lebih 30 tahun itu yakin ketika ini Anwar Ibrahim sedang mencari helah untuk menangguhkan kes liwat yang dihadapinya meskipun hakim telah mengarahkan beliau memberi keterangan bela diri 22 Ogos ini.
Katanya, beliau berani membuat jangkaan tersebut kerana selama tiga tahun kes liwat itu dibawa ke mahkamah, Anwar berulang-kali membuat pelbagai helah sehingga memaksa kes berkenaan ditangguh lebih 50 kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
“Saya seperti juga seluruh rakyat Malaysia mahu melihat kes ini diselesaikan dengan segera bagi memberi keadilan bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Namun, mengenali Anwar saya percaya beliau akan cuba bermain helah.”
“Sebab itu sehingga sekarang dia gagal mengemukakan saksi dan alibi bagi kes ini, sebaliknya cuba mengheret Perdana Menteri dan isteri bagi memperdaya rakyat kononnya wujud konspirasi. Tapi bila saya dan beberapa rakan menawarkan diri menjadi saksi tidak pula dipanggil.
Sahabat baik Anwar, S. Nallakarupan |
Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, ketua pembangkang itu perlu mengambil peluang daripada keberkatan bulan Ramadan ini untuk menyucikan diri bagi menghadapi kes liwat tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.
Tambahnya, dalam usia yang sudah melewati 60-an, Ketua Pembangkang itu tidak boleh lagi hanya memikirkan tentang kepentingan peribadi, sebaliknya beliau perlu memikirkan tentang masa depan agama, bangsa dan negara yang telah banyak dirosakkannya selama ini.
“Anwar sepatutnya menjadikan peluang membela diri ini bukan sahaja medan membersihkan diri, tetapi untuk menginsafi kembali segala tindak-tanduk yang telah banyak membawa kerosakan kepada negara semata-mata demi bergelar Perdana Menteri,” katanya.
Kepada SM, Anwar sudah tindak mampu lagi untur berundur walaupun setapak. Apa yang telah dilakukannya teramat teruk. Dia mungkin boleh menipu jutaan manusia, tetapi dia tidak akan mampu menipu dirinya sendiri.
Justeru, jangan haraplah dia akan berfikir dari segi keagamaan dan juga keadaan dirinya. Dia sedang tersepit dalam jejaring yang dibinanya sendiri. Apa yang ada di kepala hotaknya hanyalah bagaimana nak melepaskan diri dengan apa cara sekalipun.
Sama-samalah kita tunggukan Isnin ini apakah Anwar Ibrahim akan muncul atau tidak di mahkamah....
1 ulasan:
satu saja nak tengok dia betui2 sakit ka dak...biaq yg jaga tu misi2 pompuan comel2 mcm china doll & yg jantan2 cute mcm sukma... gerenti terpacak sihat!
adui..sakitnya anu...
Catat Ulasan