Hiasan jerrrrr!.... |
“Bukan sahaja dia jadi saksi upahan untuk berbohong di mahkamah malah, dia juga buat begitu kerana nak cari duit. Dia dah bankrap. Kliniknya dah tutup pun... Kalau dia benar-benar seorang doktor pakar yang profesional dia tak akan kata macam itu di mahkamah.”
Demikian antara dialog SM dengan beberapa orang kawan semasa bersembang semasa bersarapan pagi ini.
Melanjutkan hujahnya, sahabat itu berkata, “Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan Anwar Ibrahim ni... Betullah dia dah sewel dan meraban teben tak tahu nak buat apa lagi dengan kes liwatnya kali ini.”
“Yang peliknya, peguam hebat Karpal tu pun macam dah jadi buntu dengan kes ini. Dia seolah-olah lepas tangan dan membiarkan segalanya dirancang oleh Anwar sendiri. Mungkin Karpal dah tak boleh buat apa lagi atau memang dia nak kenakan Anwar dengan saksi-saksi yang keterangannya bukan pun membantu tetapi semakin menekan Anwar sendiri.”
“Macam mana pulak miker boleh kata begitu,” tanya SM memancing hujahannya.
“Miker pikior lerrr... Si Hoogland yang dijadikan saksi itu hanya wujud atau dikemukakan setelah perbicaraan memakan masa lebih tiga tahun dengan lebih 50 kali tangguhan. Kenapa tidak dia dibawa sebagai saksi sebaik sahaja Anwar Ibrahim didakwa awal-awal dulu?.”
“Mungkin si German tu dibawa jadi saksi ketika perbicaraan berada pada peringkat membela diri”, pintas SM.
“Bela diri ker hapa! Tak berani beri kenyataan dengan bersumpah pun.... Itu miker kata dia bela diri?”
“Maksud teman, dia bawak saksi tu ketika mahkamah membicarakan kesnya semasa membela diri,” jelas SM.
“Itu bukan bela diri, itu bunuh diri namanya,” jawabnya sepontan.
Tambahnya, “Miker sedor tak si german tu dah kantoi dengan kenyataannya sendiri. Kononnya dia doktor pakar yang telah merwat sakit tulang belakang Anwar. Dulu kata dah baik dan doktor tu dipuji melangit. Tujuannya untuk buktikan kenapa Anwar perlu dibebaskan dari penjara di zaman Pak Lah. Nak pegi berubat di luar negara.
“Sekarang kektika doktor tu beri keterangan di mahkamah, dia kata mustahil Anwar boleh lakukan hubungan seks kerana sakit tulang belakangnya tidak mengizinkan.
“Maknanya, yang Nuar pegi berubat dengan doktor itu di German dulu tak berhasil. Gagal. Sakitnya tak sembuh dan semakin teruk.
“Kenyataan apa ni? Dulu kata bukan main bagus kerana sakit dah sembuh. Kini si doktor yang merawatnya tu pulak kata sakit Nuar tak sembuh. Masih sakit dan tak mampu nak tonggang China Doll, Siam Doll dan macam-macam Doll lagi. Doll betina dan Doll jantan...” jawabnya selamba sambil kami sambut dengan ketawa berdekah-dekah...
“Jangan nak temberang lerrr Nuar! Rakyat dah tahu dan kenal siapa miker.... Kaki kelentong, kaki pembohong dan auta.... Dulu kita dok dengar bekas kekawan dia yang cakap. Mungkin kita tak berapa percaya... Tapi kini kenyataan temberangnya didedahkan sendiri di mahkamah. Semua orang baca dan semua orang dengar...
“Itupun kalau komer ada akal dan fikiran yang waras. Kalau dah jumud macam totok PAS dan PKR tu, lain cerita lerrr...
“Kepada teman, kali ni Anwar Ibrahim benar-benar kantoi.... Temberang dan kehebatannya membohong dah makan diri...
“Di mahkamah dia akan kantoi dengan helah ‘mati pucuk’. Dalam politik dia kantoi pulak dengan Bajet 2012 Datuk Seri Najib. Bajet Syok Sendiri puak pembangkang yang dibentangkan Anwar tak ada umphhh... Macam bajet yang dibuat di kedai kopi oleh orang-orang macam kita ni.... Yang tak sekolah tinggi dan tak ada Phd macam kakitangan Kementerian Kewangan dan Bank Negara....
“Kepada teman, Bajet yang dibentang DS Najib tu macam ‘Bajet Santa Clause’ di musim Krismas. Tuuu... kisah orang pakai baju merah dengan janggut putih yang naik kereta bentag ditarik oleh rusa sambil membawa banyak hadiah untuk diberikan kepada orang yang sedang tidur...,” jelasnya sambil ketawa. Kami yang dengar pun turut ketawa sama.
“Apapun teman anggap Anwar Ibrahim kini bukannya mati pucuk tetapi, mati akal. Temberangnya dah tak menjadi dan tak laku lagi...” katanya menutup perbualan mengenai Anwar Ibrahim....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan