Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 11 Oktober 2011

Macam mana Selangor tak lingkup, MBnya nak tadbir ‘Cabang PKR’ pun tak mampu....

Sugul dan berserabut kerana terlalu banyak masalah....
MACAM-macam kisah penyelewengan dan salah guna kuasa serta salah tadbir yang rakyat negara ini dengar mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak ‘Pakatan Haramjadah’ memerintah setelah dapat kuasa melalui PRU-12 hampir empat tahun lalu.

Paduka Sultan Selangor sendiri entah berapa kali rasa tersinggung dan murka dengan pentadbiran kerajaan negeri kerana beberapa tindakan tidak bijak dan terlalu mengikut polisi komunis DAP.

Kesepakatan dalam ‘Pakatan Haramjadah’ tak menjadi kenyataan. Walaupun MB dari PKR tetapi, yang ‘maha berkuasa’ ialah DAP yang diketuai gangster Ronnie. Khalid selaku MB jadi boneka. Hasan Ali yang satu ketika dulu terkenal lantang tak mampu buat apa. Pas jadi pak turut dan alat pelengkap kuasa semata-mata. Kalau menentang kehendak DAP, pakatan selangor akan gulung tikar jika DAP keluar pakatan.

Inilah ugutan yang dimainkan oleh DAP dalam memerangkap Melayu PKR dan PAS di Selangor. Khazanah negeri mereka sapu semahu-mahu dan sebebas-bebasnya. Harta peninggalan BN dalam yayasan dan pelbagai agensi dijual atau ditutup kerana tidak menepati citarasa DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam permasalahan di Selangor ini? Rakyat yang mengundi pada PRU 2008 atau Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim selaku ‘Ketua Umum Pakatan Haramjadah’?

SM tak mahu salahkan kaum chauvanis dalam DAP. Mereka memang begitu. Niat mereka bukannya ikhlas. Harta dan khazanah mereka sapu, kuasa politik mereka kuasai dan matlamat akhirnya ialah menguasai negara bernama Malaysia untuk dijadikan seperti Singapura.

Apapun, kesalahan utama ialah kerana ‘Pakatan Haramjadah’ meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Selama hampir empat tahun beliau menerajui kepimpinan negeri, tak ada satu kebaikan yang mampu dibuatnya. Yang rakyat dok dengar hanyalah masalah, krisis dalam pentadbiran negeri dan penyelewengan pelbagai khazanah serta harta hak milik anak negeri.

Memang wajar orang Selangor dari kalangan puak pembangkang mahu turunkan Khalid daripada kerusi MB. Tapi apakan daya. Kuasa yang menentukan Khalid berada di kerusi MB terletak kepada DAP. Kalau DAP kata mereka mahu Khalid dikekalkan, Anwar Ibrahim terpaksa akur. Telor Anwar berada dalam genggaman DAP – Karpal Singh yang mengetuai barisan peguambela kes liwat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu.

DAP mahu kekalkan Khalid kerana kebebalannya. Dia tak cekap mentadbir negeri dan mudah mengikut apa sahaja kehendak DAP. Mudah diugut. Senang digertak. Bila DAP goncang kerusi Mbnya, maka kecutlah telornya. Walaupun Khalid berbangsa Melayu, jasadnya telah disalut fahaman komunis DAP. Akhirnya, Khalid jadi biul dan tak tahu nak buat apa. Jadi boneka untuk selamanya....

Apa yang berlaku di mesyaurat cabang PKR Kuala Selangor pimpinan Khalid membuktikan betapa tidak cekap dan tidak berkemampuannya Khalid sebagai pemimpin.

Kalau untuk memimpin parti di peringkat cabang pun tak mampu, apakah boleh diharapkan dia mengetuai pentadbiran sebuah negeri terkaya di negara ini – Selangor?

Kalau masalah kunci kira-kira kewangan tahunan cabang pun tonggang-langgang, apakah Khalid boleh diharap untuk mengawal dan mentadbir kewangan negeri?

Entahlah! Apa nasib warga Selangor selepas ini. Kalau masih tak sedar dan masih terikut-ikutkan perasaan dan emosi membenci Umno/BN kerana hasad dengki dan salah persepsi, Selangor akan terus lingkup dan terlangkup.

Kalau selepas PRU-13 Selangor masih berada di tangan ‘Pakatan Haramjadah’, jangan terkejut beruk jika Selangor tidak lagi menjadi negeri termaju dan terkaya di Malaysia.
Wallahhu’alam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog