Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 11 Oktober 2011

RUSUHAN SALIB: Kristian Mesir dan polis bertempur.... Kementerian Luar pantau keadaan....

KENDERAAN perisai polis dan orang awam musnah dibakar oleh penganut Kristian Mesir yang mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah, kelmarin. - AFP
PENGANUT Kristian dan polis tentera Mesir bertempur di Kaherah semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh.

Penganut Kristian yang membantah mengenai serangan ke atas sebuah gereja dilaporkan membakar kenderaan, kereta perisai dan membaling batu ke arah polis yang didakwa bertindak keras.

Kabinet hari ini mengadakan mesyuarat tergempar berikutan insiden itu dan berikrar bahawa keganasan itu tidak akan menjejaskan pilihan raya pertama Mesir selepas presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Insiden ini berlaku menjelang pilihan raya Parlimen di negara ini yang dijadual diadakan pada 28 November ini dengan calon akan mula mendaftar pada Rabu ini.

Pertempuran itu meningkatkan lagi kekecewaan aktivis terhadap tentera yang disifatkan oleh kebanyakan rakyat mahu terus berkuasa di belakang tabir, walaupun selepas menyerahkan tampuk kepimpinan Mesir, sesuatu yang dinafikan oleh pihak tentera.

Kementerian Kesihatan berkata, angka kematian ialah 24 orang, manakala 213 lagi cedera, tetapi identiti mangsa tidak didedahkan.

Agensi berita MENA melaporkan, Perdana Menteri Essam Sharaf turut mengadakan lawatan ke tempat kejadian yang terletak berhampiran bangunan televisyen kerajaan.

Penganut Kristian mengadakan protes bagi membantah serangan ke atas sebuah gereja di wilayah Aswan minggu lalu yang didakwa mereka dilakukan oleh radikal Islam.

Mereka turut menuntut pemecatan gabenor wilayah itu kerana gagal melindungi bangunan tersebut, tetapi aktivis kedua-dua agama menyatakan keganasan yang berlaku semalam disebabkan tindakan keras pihak tentera.
REUTERS/UMOnline

Kementerian Luar Pantau Pertempuran Terbaru Di Kaherah

WARGA Malaysia yang tinggal di Kaherah dinasihatkan supaya mematuhi perintah berkurung dan sekatan-sekatan lain yang dikenakan pihak berkuasa berikutan pertempuran terbaru di ibu negara Mesir itu.

Dalam satu kenyataan Isnin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, ketika menyatakan pandangan berat terhadap kejadian terbaru itu, menasihatkan mereka jangan berjalan/memandu seorang diri dan mengelakkan semua kawasan yang terlibat dengan pertempuran terutama kawasan berhampiran bandar Kaherah dan Medan Tahrir.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan melaporkan segera sebarang kejadian ke Kedutaan Malaysia di Kaherah.

Kedutaan itu sedang memantau keadaan dari dekat, kata beliau.

Pada Ahad, pertempuran meletus antara puak Kristian dan askar Mesir selepas berlaku protes di Kaherah terhadap serangan ke atas sebuah gereja di wilayah Aswan minggu lepas.

Sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera dalam insiden itu.

Berikutan itu, pemerintah tentera Mesir mengenakan perintah berkurung di Medan Tahrir dan bandar Kaherah dari 2 pagi hingga 7 pagi waktu tempatan pada Isnin.

Anifah berkata tidak ada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu setakat ini.
- BERNAMA/UMOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog